Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 15 Februari 2016

Kenapa perlu beli beg mahal ???

Terfikir.. kenapa la ramai orang dok giler beg beg berjenama ni ? Ada yang kata sebab kualiti.. Ada yang kata sebab jenama .. Ada yang kata sebab ikut orang .. Ada yang kata sebab duit banyak.. Ada yang kata dia tau jenama tu jer.. ! Macam macam alasan !

Dan terus terang , aku tak pernah pakai beg yang lebih dari harga RM500 ni ! Nak beli , sayang duit ! Walaupun ada hasrat nak memiliknya satu hari nanti tapi hasrat tu masih terpendam hinggalah aku dapat hadiah dari seseorang ... hehehe.. Beg berjenama TUMI..

Bila aku pakai beg tu , terasa lembut laaa tali dia tu ! Bila bergeser dengan kulit leher , tak terasa sakit pon ! Teringat beg beg yang pernah aku miliki dulu.. memang memelecet laa jawabnya ! Pakai kejap jer.. pastu tak guna dah !

Tadi , aku beli sling bag berjenama Camel. Harga , hampir RM200. Tak try pon pakai masa tu.. sebab nak cepat !


Bila aku pakai...Aduhhhhhh ! Terasa pedih laa bila bergeser ngan kulit leher ! Keras tali dia berbanding tali sling beg Tumi tu ! Fuhhhhh. Patut laaa mahal beg tuuuu ! 


Nasib baik laaa aku nak pakai sebab nak masuk Taman Negara nanti.. Kalau tak , memang tak beli laa.. Tapi ok jugak sebenarnya.. Lama lama , kulit aku tu leh terima laaa geseran tali beg tu.. Buat masa sekarang , memang manja kulit leher aku tuuu.. Hehehhe... 

Pasni.. kalau aku nak beli.. kena cari yang betul betull... memang pengeluar beg ! Kan , kannnn ! Er , persoalannya.. jenama apa eh ??


Bila blogger bersantai di Coffee Société , Publika !

Lama tak jumpa rakan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari. Tiap minggu ada je job memasing dan payah nak jumpa. Ditambah lagi dengan perayaan demi perayaan.. membuatkan memasing sibuk ! Akhirnya , satu pertemuan ringkas dibuat di Publika. Lokasinya , CoffeeSociété !





Kenapa sini ? Ari tu masa lepak makan di Garage 51 , kami dimaklumkan yang mereka ada cawangan di Publika tapi atas nama  Coffee Société dan hidangan di sini juga berbeza ! Tu pasal kami pakat pakat serbu sini beramai ramai ! Nak rasa apa yang menariknya di sini.. Di sana pon menarik tapi pastinya di sini ada kelainan.. Dan apakah kelainan itu ?? 

Menu utamanya , mengikut hari.. tak sama yer.. Hehehe. Tapi semua sedap ! Camana aku tau ? Sebab aku rasa laaa semua.. Camana leh rasa semua ? Hehehe.. Tu la kelebihan blogger.. lalalala.. 



Antara makanan yang ada di dalam menu ialahh...... Dan jangan risau pasal harga ! Takkan terjelir lidah punya tapi tak la tahap restoran mamak ! Eloooo.. tengok deco makanan pon leh tau la kan ? haaaa.. Mampu bayar punya laaa...













Amacam ? Menyelerakan , kan ? Haaaa... Aku kata dah.. aku tahu laaa sebab aku pasti akan kembali ke sini !

Alhamdulillah.. sambil berbincang tu , makan laaa ! Sedap sedap belaka .. heehhehe.. Kalau korang plan nak ke Publika atau sememangnya bekerja di kawasan berhampiran Publika ni , dinasihati.. g la try makan kat sini ! Hehehehe.. Tak manis seperti yang korang nampak dalam gambar tu. Nampak manis tapi inshaAllah takde yang kena kencing manis selepas makan di sini.. hehehe.. 

Ok.. untuk sebarang maklumat atau nak tau dengan lebih lanjut , sila ke : 

Facebook : CoffeeSociété
Hastag : #CoffeeSociete

Buka jam 8.30 pagi hingga 11 malam dan pada hujung minggu serta cuti umum , buka jam 10.30 pagi - 11 malam ! 

Selamat Menjamu Selera ! 

Belajar menyelesaikan masalah dengan tenang !

Aku cukup respek dengan insan insan yang senantiasa mengalami masalah masalah besar yang aku nampak, aku tak mampu hadapinya langsung ! Sedangkan bila aku diuji dengan masalah kecil , aku dah mula tertekan.. Bila tertekan , mulalah tak lena tidur ! Camana la aku tak dapat penyakit tekanan darah tinggi ! Nasib baik dah ok skang.. Hehehe.. Alhamdulillah.
Camana aku lepaskan tekanan aku tu ? Heheheh... 

Ada gym baru bukak di kawasan taman perumahan aku ni dan.. aku lepaskan segala perasaan aku di situ ! Selepas itu , aku tenang kembali dan boleh berfikir dengan waras ! Hehehehe..


Di rumah , wife bagitau aku... Ada bahagian lantai yang keluar air ! Dua tempat !! Dan aku tengok. Aku amik kain dan lap.. Ada yang terpaksa aku mop. Hurmmm... Tak sampai sejam , keluar balik.. Aku terpaksa letak kain di situ dan setiap jam aku kena bersihkan. Tujuan untuk elakkan dari anak bini tergelincir !  

Aku mula tertekan. Terutama bila diberitahu mungkin ada paip bawah tanah pecah. Dalam kepala aku , nak kena korek untuk buat saluran paip yang baru. Bermakna , duit lagi ! Aishhh.. letih gini ! Baru plan nak menyimpan skit.. Aku tengok wife , dia tenang jer ! Huhhhh...

Tiba tiba teringat seseorang. Aku capai telefon dan buat panggilan. Dengan harapan dia ada masa esok untuk datang periksa. Sementara itu , aku terus lap dan lap ! Air makin melimpah keluar. Tak leh tahan gini wehhh ! 

Aku letak banyak banyak kain kat situ.. Biar dia serap air yang keluar. Moga esok air tak banyak melimpah. Risau anak anak jer.. Hurmmmm.. 

Awal pagi , aku turun dan periksa.. Kecewa.. Air meleleh je keluar.. Dalam jam 930 pagi , kawan tu sampai bersama pekerja dia. Lalu dia buat pemeriksaan. Katanya mungkin ada paip pecah tapi dia tak pasti lagi .. Terus buat pemeriksaan. Aku bagitau dia , meter air tak laju. Sebelum ni pernah berlaku dan meter laju je berpusing. Rupanya bahagian atas tangki bermasalah. 

Pekerja tu terus buat pemeriksaan dan akhirnya dia tau apa puncanya ! Dia terus buat dan... alhamdulillah ! Selesai masalah ! Masalahnya ialah .. tersumbat !!! Saluran tersumbat menyebabkan air keluar ikut saluran paip yang lama. Kontraktor yang buat ubahsuaian sebelum ni tak buat kerja dengan betul.

Lepas dia buang segala punca masalah tu , air tak keluar dah ! 



Syukur sangat masalah aku ni selesai ! Risau gak sebab mak mertua nak datang minggu depan. Aku tak de lak masa tu sebab kena out station ! Kena kerja ! Hurmmm... 

Dan aku belajar sesuatu.. Tenang bila selesaikan masalah ! Jangan gelojoh... 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI