Selasa, 16 Februari 2016

Akhirnya..dapat jugak gunting rambut dia!!

 Fuhhh...geram berbalas!!  Terpaksa puji dia berkali kali..kasi perasan dia hensem dari aku,  baru dia bg rambut dia..tu pun sekejap jer!! 


Legaa tgkkk.. Kena gunting sebelum atuk dia dari Kelantan datang hujung minggu ni.. Kalau takkkk..haaaaaaa... Daddy segan lorr..

Kos ialah Mesin rambut dan kerusi patah..RM300!! 

Kasut baru untuk ke Taman Negara!

Semata mata???  Perghhhh!! Semua rakan blogger yang terlibat dalam kembara ni nanti dah tak sabar dan bersedia dari fizikal dan mental ! Heheheh.. macam nak panjat gunung Everest je lagaknya ! Kenapa diorang ni poyo sangat ? Sebab menghimpunkan 40 blogger yang selama ni hanya dok sembang kat Whatsapp dan bakal bekerjasama sesama mereka di sana kelak ! Gempak ? Perghhhh !! Hahahaha... Malas nak bayangkan ! Siap ada krew tv ikut yer.. Tv mana ? Biarlah rahsiaaaaaaa...

Dan paling gempak nanti , ada Timbalan Menteri yang bakal habiskan masa berrsama sama blogger nanti ! Satu pengiktirafan bagi Kelab Blogger Ben Ashaari. Moga segala peerancangan berjalan dengan lancar .


Dan aku pon 2x5 je cam diorang ! Beriaaaa .. Maklumlah, dah 40 tahun tak masuk Taman Negara ! Kali terakhir aku masuk Taman Negara... hurmmm... Tak ingat bila tah ! Heee.. padahal tak pernah masuk ponnnn... lalalalala...

Siap beli kasuk hiking woooo.. Harga ??? Hurmmm..


 

Tgk GST tu.. perghhhh... memang menyakitkan jiwa laa.. Patut la Malaysia selamat ! Rakyat dok bayar GST setiap saat !! Ok , tu isu lain.. malas nak cerita dalam ni ! Buat semak blog aku je nak cerita pasal politik ni.. 

Kenapa aku beli kasut ni ? Aku puas dah dok fikir kasut apa aku nak beli. Aku takkan beli kasut yang sekadar kasut ! Aku takut cuaca kat sana nanti berubah. Dan aku perlu jaga  keselamatan aku. Camana aku pergi , camtu jugak aku pulang ke pangkuan anak bini aku ! Haaaa...Kan kan ? 

Lagi pun pasni ,InshaAllah ... banyak lagi projek macam ni untuk Kelab Blogger Ben Ashaari akan dibuat.. Larat ngan tak larat je nak redah ! Huhuhuhuh...


Harga kasut ! Di kala orang dok sibuk beli emas , aku beli kasut ! Adehhh.. rosak rosak ! 

Tak pe la.. duit boleh carik... Bangla kat Malaysia pon leh hidup apatah lagi aku ini rakyat negara ni sendiri kan ? Hehehehe.. Dah tua tua ni , kena jaga keselamatan dan kesihatan lebih skit. Darah tinggi , sakit jantung.. macam macam penyakit boleh ada kalau tak jaga.. kan kan ? Apa kaitan dengan kasut ??? Tapak kaki maaa ! Kalau kaki tak sihat , camana nak cari duit kan ? Haaaa... 

Ok tak alasan aku ? Fuhhh.. pening jap tengok resit ! Masa beli tak pikir panjang.. Hahahahha.. Apa pun , aku memang puashati la ngan kasut ni.. Kang nak beli seluar Timberland ngan jaket Oakley lak.. Heheehhe.. Guna duit blog yer.. bukan duit mak bapak ! 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI