Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 19 Februari 2016

Projek mega Kelab Blogger Ben Ashaari 2016

Ni adalah permulaan kepada projek projek yang lain.. InshaAllah ! Segala impian aku dan angan angan aku sejak awal berblog , tercapai sedikit demi sedikit.. berkat hasil kerjasama sepasukan ! Bangga aku melihat mereka telah punya persefahaman yang jitu ! Bukan mudah tapi perlu ketegasan dan kesungguhan !


Alhamdulillah... InshaAllah , malam ni seramai 36 blogger bertolak ke Taman Negara bersama sama krew RTM dan juga beberapa orang lagi media yang bakal berada di sana juga nanti.. Fuhh , tak sangka aku ! Maklumlah , sapa pandang blogger kan ? Orang nampak blogger belah hiburan dan politik jer.. Selebihnya , mereka tak nampak peranan blogger terhadap masyarakat dan negara.. 

Sekurang-kurangnya , ramai dah buka mata.. Blogger punya  aura tersendiri untuk membawa imej positif. InshaAllah.. 

Terima kasih kepada para penaja yang sudi menaja kami kali ni. InshaAllah , jika ada di kalangan korang sudi nak menaja kami untuk projek mega yang akan datang , boleh hubungi saya di benashaari@yahoo.com .. Heee.. 

Doakan semoga urusan kami dipermudahkan Allah.


Akhirnya , ibu tidak lagi lewat dan jimat petrol !


Bayangkan.. setiap kali aku ada job atau event , aku kena gi Cheras untuk antar anak anak aku ni ke orang tua aku. Mintak diorang jaga sekejap. Tapi tak semudah itu ! Meh aku cerita perjalanan aku setiap pagi bila aku ada kerja luar ! 

 Dari Sepang ke Cheras pastu ke Putrajaya -untuk hantar wife ke pejabat dan baru ke lokasi event .

Bila selesai event , aku akan terus ke Cheras terlebih dahulu pastu ke Putrajaya semula untuk amik wife. Kemudian ke Cheras semula dan malam , baru pulang ke Sepang.. Petrol . RM30-50. Tol ??? Tu pun ada anak menteri mana tah  kata rakyat Malaysia ni pemalas ! Adehhhh... Tak cukup rajin lagi penyayang pada keluargakah ? 

Kenapa jadi gitu ? Sebab Zahra tak nak duduk dalam car seat. Setelah dia berusia skit ni , baru laaa nak duduk ! Tu pun baru minggu ni. Dan bila dia nak duduk dalam tu , perubahan perjalanan berlaku.. Dari rumah aku , terus hantar wife ke pejabat dan baru ke Cheras. Fuhhhh.. legaa !


Dan si abang.. dulu tak nak beralah langsung.. tapi sejak dua menjak jadi abang long , dia sangat matang.. hahahaha... Automatik seat belakang tu , tempat kegemaran dia dan dia suka melihat permandangan luar... huhuhuh.. 

Lega aku..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI