Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 24 Februari 2016

Projek Kembara KBBA9 2016 seterusnya..

LEGOLAND !! Weeeeee.... Hehehe.. Cerita pasal Taman Negara belum lagi abis pon tapi aku nak skip sekejap.. Penat belum abis lagi. Terlalu seronok hingga abis banyak tenaga namun dalam seronok tu , kena beringat juga... haaa.. kan kan

Sebenarnya projek Legoland ni tak la ramai macam yang Taman Negara tu tapi ada la berbelas blogger yang gi gak termasuk keluarga memasing.. Huhuh... Dan ada aktiviti yang disediakan oleh pihak Legoland.. Aku pun akan turun juga. Tak pernah dapat pusing sampai abis di sini.. huhuh.. 

2 hari di sana dan kemudian , akan ke destinasi lain serta projek projek mega yang lain.. dah dalam perancangan ! Alhamdulillah.. ramai buka mata dah akan kewujudan Kelab Blogger Ben Ashaari ni. Yang penting , blogger blogger picisan yang dipandang rendah sebelum ni , berjaya buktikan mereka juga setanding dengan blogger yang berlagak diva ni ! Huhhhh... 

InshaAllah , sebelum Ramadhan , aku nak settlekan lagi beberapa Kembara. Kalau ada di antara korang berminat nak jadi penaja utama , sila email aku di BenAshaari@yahoo.com . 

Terima kasihh ! 

Bila blogger tanpa INTERNET !

Lokasi : Perkampungan Orang Asli  Dedari , Taman Negara Kuala Tahan. 

Apa kes ? 

Tak signal la boh ! Jenuh guna ranting dan  dahan untuk cari signal.. Tak dapat dapat jugak.. Adehhhh.. Dengar kata , Maxis je ada .. tu pun cukup cukup untuk buat call ! Hahahaha.. Patut la orang asli takde yang ada darah tinggi atau sakit jantung ! Huhuhuh.. Curang , jauh sekali la .. hahaha!

Apakah hidup seronok tanpa internet ? 

Gileee best ! Hahahahaha... Tak fikir langsung pasal fitnah di Facebook.. Viral hiburan ! Pasal status mengarut politik dan sebagainya ! 



Tidur di bawah bulan dan bintang bersama sama rakan blogger yang lain , satu kenangan yang terindah ! Berdengkur beramai ramai koooo..


Moga dapat berkumpul lagi macam ni , satu hari nanti..

Dan masa untuk mereka pula..


4 hari 3 malam tak jumpa diorang.. Qhaliff sampai tidur depan ruang tamu tunggu daddy balik ! Tengok tv sorang sorang.. biasa bersama daddy ! Huhuhuh... Dan bila aku tiba di rumah , awal pagi semalam.. dia tgk mcm tak percaya daddy dok tidur sebelah dia ! 

Awal pagi... dah kacau daddy ! Dengan tak cukup rehat , daddy bawak laaa semua jenjalan.. Terlebih dahulu gi antar mak mertua ke KLIA. Dia sanggup datang dari Kelantan untuk tlg aku tengokkan keluarga aku.. huhu.. Terharu gueee.. 

Pastu , ke Alamanda.. Memasing mintak aiskim ! Huhuhhu.. Tak pe , daddy belanja.. Huhuh... Pasni , Qhaliff akan ada banyak kerja ! Ada orang nak amik dia bekerja.. hehehe.. Alhamdulillah. Zahra ? Dia garang.. hahahaha.. .InshaAllah... 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI