Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 28 Februari 2016

Nasib baik ada PHILIPS !

 

4 tahun !! Akhirnya dia menyerah rambutnya dengan rela. Begitu juga dengan Zahra yang tengok abang dia makin hensem gara gara kerap dirapikan rambutnya sejak kebelakangan ini oleh daddynya !

Rahsianya ??

image

Senang giler guna ni ! Mula mula je susah sebab nak bagi si Qhaliff ni duduk diam diam.. Kena kerat sikit sikit pastu puji dia ! Haaa.. Qhaliff ni makan dek puji ! Terus dia mengaku dia hensem ! Cam bapak dia la gak .. kan ? Hakikat.. memang pon kan ? Haaa..

Bila si Zahra tengok abang dia makin segak.. dia pun rela kan rambutnya di kerat di sesetengah tempat.. di bahagian depan terutamanya ! Huhu..

Masa tok ma Qhaliff datang minggu lepas , dia tak komplen dah rambut Qhaliff panjang ! Huhuh.. lega aiii…

image

InshaAllah , adik Zahra pasni pon mudah dah daddy nak gondolkan ! Hahahaha…

Nasib baik laaa ada Philips ! Oh ya.. aku beli kat Aeon Alamanda jer..

Puashati dengan kasut Adidas Gore-Tex !

 

Antara Timberland boots atau Adidas Gore-Tex ? Mana satu aku nak guna masuk Taman Negara ? Kalau ikutkan , giler laaa nak guna kasut berharga RM400++ untuk redah hutan belantara tapi mengenangkan aku ni mudah terseliuh dan melecet , maka aku perlu buat keputusan yang drastik !

5

gotrex

Aku nekad ! Aku guna .. Adidas Gore Tex ! Kenapa aku pilih Adidas Gore Tex berbanding Timblerland ? Antara faktornya ialah.. cepat kering bila dibasahi air memandangkan akan ada aktiviti bermain air di Taman Negara !

Selain dari cepat kering , bila aku redah hutan , kaki aku tak sakit seperti mana kasut kasut lain yang aku guna termasuklah Timberland Boot ! Ini diluar jangkaan aku ! Aku tak salahkan kasut pon.. Kaki aku ni je .. lebih sesuai dengan Adidas agaknya !

1 2

Tapak dia memang cengkam abis ! Nak bergerak pon tak risau tergelincir. Bahagian dalam , pon selesa jer ! Basah ? Aku jemur jer… Dalam masa 3 jam cuaca panas , kering abis dah ! Bau ? Takde wooo ! Aku paling risau part bau.. Haaa ! Memang tarak bau punya ! Lega sungguh aku..

Ditambah dengan guna stokin Nike yang aku beli di Al Ikhsan , memang lengkap hari aku di sana !

1

Selepas 4 hari redah Taman Negara , kasut aku ni tetap kelihatan kacak ! Huhuhuh..

4

Rasa nak beli sepasang je lagi.. hahahaha.. Buat stok jenjalan.. Lalalala….

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI