Selasa, 1 Mac 2016

Sukar berlaku adil !

 

“ Daddyyyy.. nak bussss !! “ .

Bila sampai kawasan taman perumahan aku , itulah yang bakal aku dengar dan keluar dari mulut Qhaliff. Dia nak pandu kereta ! Camana sekali pun , dia tetap nak ! Zahra pon nak.. tapi dia cuma mampu memandang jer. Bila aku memanggil Zahra , dia sempitkan lagi kawasan tempat dia duduk.. Sayu je riak wajah dia ..

Dan sesekali , aku bertegas ! Aku suruh Qhaliff bagi ruang untuk Zahra. Dia bukan nak sangat pon tapi dia nak apa yang abang dia dapat !

image

Gambar Arkib

Hurm… Sian kekadang aku tengok Zahra. Aku cuma nak lebihkan dia , tapi mamat ni terasa sungguh laa.. Memang leh nampak dari wajah dia. Bila aku balik dari event , dia buat tak tau jer.. Cepat jauh hati dia ni tapi mudah dipujuk !

Nak tak nak.. kena tunggu Qhaliff gi sekolah dan barulah aku leh manjakan si Zahra ni.. Garang dia ni. Tak kasi kita gomol dia pon ! Naik kaki terus ke muka kita.. huhhhh !

Han Rainforest Resort , Taman Negara

 

Impian jadi kenyataan. Lama dah aku teringin nak ke Taman Negara. Dan Han Rainforest Resort menjadikan impian aku tu ,satu kenyataan dan ianya tidak dapat dilupakan sampai bila bila !

image

Seramai 35 orang blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari serta beberapa orang media telah menikmati satu pengalaman yang cukup menarik di Taman Negara Kuala Tahan , baru-baru ini di bawah kendalian Han Rainforest Resorts.

Ok.. aku mulakan dengan penginapan. Walaupun Han Rainforest Resort ni dilanda banjir tahun lepas , mereka telah bangkit kembali dan memberikan kemudahan yang cukup terbaik buat para pengunjung. Bilik yang disediakan untuk aku , tiada television ! Mula mula agak terkejut tapi selepas semalaman di situ , baru aku paham.. aku takkan ada masa untuk tonton tv ! Menurut mereka , sebelum banjir , ada tv.. Heheheh…...

image

image

image

Ada kedai runcit. Tempat urut kaki.. Restoran. Pengangkutan. Segalanya ada dah di situ ! Selesa , tenang dan menarik ! Hehehe..

Aktiviti ? Ada banyak pakej di sediakan. Dan aku cadangkan korang untuk mencuba… Hehehehe..

Perkhemahan di perkampungan orang asli  !

image

image

Jungle Trekking !

image

image

Rapid Shooting !

image

image

4WD

image

image

image

 

Pokok Tualang ( pokok paling besar di Asia Tenggara )

image

image

image

Lata Berkoh

image

image

image

image

Dan banyak lagi aktiviti aktiviti yang menarik di Taman Negara Kuala Tahan ! Serius best giler ! Dan inshaAllah , kami akan kembali ke Taman Negara ini…

Aku syorkan korang menginap di sini kalau ke Taman Negara Kuala Tahan ! Confirm puashati !

HAN RAINFOREST RESORT

Co No : 673437-T / KPL 4647 Kuala Tahan, Jerantut, Pahang, Malaysia 27020

  • 09-2667888
  • hanrainforestresort@gmail.com

http://www.han-rainforestresort.com/

Program ‘English Mania’ di Legoland Malaysia

 

Dengan kerjasama Kementerian Pendidikan , Legoland Malaysia telah melancarkan “ English Mania” yang bertujuan memberi pengalaman pembelajaran bahasa Inggeris di luar kelas dengan lebih berkesan , baru baru ini .

image

image

image

image

Cara pembelajaran dengan menerokai Lego Kingdoms dan Miniland serta menaiki permainan yang disediakan di sana , pasti akan memberikan impak yang berkesan di kalangan murid murid.

Program ini berterusan hingga tahun 2025. Semoga program ini memberi manfaat pada kita semua..

Qhaliff hilang di Alamanda !

 

Gara-gara Zahra tak nak duduk diam selepas siap makan di salah sebuah restoran , aku bawak dia berjalan bermain di bahagian dalam Alamanda dan dalam tak aku sedari , Qhaliff yang sedang makan bersama mak dia , turut mengekori aku !

5 minit kemudian wife call aku.. tanya apakah Qhaliff bersama aku ? Aku jangka dah… hurm.. Terus aku cari dia. Cepat cepat aku balik ke restoran tadi. Aku suruh dia tunggu je kat situ. Sebab aku tahu sangat Qhaliff ni. Bila dia nak merayau , dia akan tengok dulu dari mana dia bermula dan ingat jejak jejak dia. Dan aku cari di bahagian dalam.

image

Gambar di Legoland baru baru ni.

Baru nak bergerak.. wife panggil aku..

“ Tuuuu Qhaliff.. “

Aku pandang dia.. Hurm.. Tuu dia ! Jauh tuuu.. Dok berjalan sambil hayunkan pedang dia. Kemudian dia berhenti depan tukang sapu sampah. Kelihatan dia bertanya sesuatu dan mamat bangla tu seperti tercari cari sesuatu. Aku tahu dahhh..

Aku jerit kat Qhaliff.. Dia nampak aku dan berlari. Kelihatan pucat muka dia..

“ Daddyyy.. “. Dia hayunkan pedang dia.. Cuak la tuuu…

“ Daddy pesan apa ? Takut ? Hurmmm… Tuuuu.. ibu cari Qhaliff..”.

Wife sambung bebel.. hurmm…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI