Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 2 Mac 2016

Jangan cepat salahkan pemandu !

 

Hurmm.. aku baru tengok video penuh isu budak jatuh van tu tapi ada la terbaca caption yang menyalahkan pemandu van sekolah tersebut ! Aduhhh…

Aku malas nak komen  isu tu dan  berdasarkan pengalaman aku , jadi konduktor bas sekolah ni.. fuhhhh ! Memang pening ! Mak bapak harapkan apa dari pemandu bas / van sekolah ni ? Budak budak dalam tu , ingat semua nak dengar cakap ? Kalau cakap lebih skit , ngadu kat parents ! Dah kena serang pulak si pemandu tu.. kan ? Serupa cikgu sekolah laaa kan ?

Yang pastinya kann… kita kena ajar anak kita.. dalam bas sekolah , duduk diam diam.. Jangan main main dalam bas. Jangan merayau ! Kena la hari hari bagitau ! Ingat driver nak jaga sangat ke ? Dia nak pandang belakang.. nak tengok jalan raya .. nak tengok budak keluar sekolah lagi ! Bayar ciput tapi buat seolah olah driver bas ni , serupa pengawal peribadi lak ! Eh , apa kata amik je driver persendirian jer !

Malam tadi jer ada satu kes berlaku di rumah mak aku. Amboiii.. dah la bayar lambat ! Pastu bising kata adik aku salah tulis ! Senang citer.. halalkan jer dan ko cari la bas lain pasni ! Huhhh..

Kita kena tau.. nak yang terbaik di Malaysia ni , bukan free atau murah !

Cita cita aku dalam dunia blog , tercapai !

 

image

Semeja dengan orang orang besar dari Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia , baru baru ini adalah sesuatu yang lama sudah aku impikan ! Kenapa ? Aku dulu bekerja di Kementerian Pelancongan dan pernah mengemukakan cadangan untuk menggunakan blog sebagai medium bagi mengetengahkan pelancongan domestik tetapi ketika tu , cadangan aku tidak diendahkan ! Hurmm..

Akhirnya , di Taman Negara Kuala Tahan , segala-galanya menjadi kenyataan ! Aku luahkan segala isi hati aku pada Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Hasrat , idea dan cadangan bagi membantu mereka dalam menjayakan misi #DekatJer !

image

image

Bangga ! Aku tak perlu menang award sebagainya untuk memastikan cita cita tercapai ! Yang penting, bagiamana nak gunakan peluang di depan mata ! Itu yang sepatutnya.. jangan biarkan peluang itu berlalu begitu saja !

Dan sekarang.. hanya menanti apakah ianya bakal menjadi realiti ?

Kembali ke jadual asal !

 

Tiada lagi aku dengar ..

“ Daddy , jommmm tgk tv ! “

Biasanya sebelum ni , Qhaliff akan sibuk ajak aku lepak tgk tv sambil layan tablet di malam hari ! Tapi sejak aku ubah jadual aku.. tiada lagi update blog di jam 12 malam ke atas , maka semua tidur awal !

image

Aku tidur jam 11 gitu.. pastu dalam kul 4 pagi , aku bangun dan buat kerja kerja tertunggak aku ! Huhuhuh…

Masalah anak anak ketagihan gadget ni sebenarnya berpunca dari kita ! Kita kena tau mengawal mereka.. Sebenarnya , mereka jadi gitu sebab kurangnya perhatian dari ibu bapa mereka.. Jangan sesekali salahkan mereka…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI