Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 3 Mac 2016

Terlalu penat !

 

Tahun ni , bukan tahun yang calang calang bagi aku ! Aku punya pelan perancangan yang cukup panjang memandangkan ‘laluan ‘ terbuka luas di depan mata aku ! Aku perlu pantas memanfaakan sebelum aku kehilangan peluang tersebut !

Alhamdulillah.. makin ramai buka mata dan berminat untuk bekerjasama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari. Memandangkan aku dan beberapa orang saja bergelar blogger sepenuh masa , maka temujanji yang dibuat pada hari biasa , kami yang kena gi ! Demi untuk memartabatkan nama blogger !

Ada beberapa projek amal yang bakal melibatkan Kelab Blogger Ben Ashaari. Bukan mudah tapi inilah saja ‘trafik’ yang diidamkan sejak awal berblogging dulu !

Antaranya , projek bersama Muslim Voluenteer Malaysia. InshaAllah.

image

Tak dinafikan penat… Tapi selagi mana khidmat aku diperlukan.. inshaAllah , aku akan beri 100% komitmen ! Pada rakan rakan yang berminat untuk join projek projek ni nanti , sila follow FB saya yer.. Apa saja info nanti , saya akan update di situ..

Pasni ada trip travel domestic lagi ! Waa.. #DekatJer !

Bukan senang mau senang !

 

Usia aku dah jangkau 40 tahun ! Dalam dunia blog , aku ni dah kira ‘tua’ dah ! Untuk dapatkan job yang gempak gempak , hanya mereka yang muda jer biasanya akan terpilih..

Maka apa yang perlu aku buat ? Cari sendiri atau ?? Hurmm… Aku rasa aku patut cari sendiri tapi pada masa sama , aku perlu terus jaga network yang aku ada .. Dalam erti kata lain , aku perlu bersaing cara sihat dengan blogger blogger yang jauh lebih muda dari aku.. hensem dan single ! Haaaa !

Apa yang aku buat ? Yer.. siang malam aku gi gym ! Kemaskan diri agar client tengok pon , rasa gembira ! Hahahaha.. Aku bukan nak jadi gigolo yerrr…

Siang di gym Cheras..

image

Malam , di gym Bandar Baru Salak Tinggi lak !

image

Tak penah kah ?? Gilaa tak penat ! Kerap kali aku berenti di RnR Mex untuk menikmati lena yang sekejap ! Tak lama.. dalam 15 minit  ! Tu pun dah memadai.. huhuhuh…

Dan dalam tempoh sebulan , dah nampak ada perubahan ! Huhuhu..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI