Jumaat, 4 Mac 2016

Menyesal tak gunakan BB Cream dari Cosmoderm !

 

Sepertimana korang tau , kan baru baru ni aku bersama team blogger , Kelab Blogger Ben Ashaari ke Taman Negara. Di sana , cuaca memang cantik ! Panas dan kering. Kalau nak buat aktiviti lasak ketika ni memang best sangat !

Panas ? Aku tak risau pon.. Aku dah ada BB Cream dari Cosmoderm ni. Makanya aku dah ready untuk harungi kepanasan hari ! Haaa.. Tak risau untuk sun burn !

Aktiviti redah hutan belantara. Walaupun di dalam hutan dan diteduhi pokok pokok tetapi kepanasan tu tetap  terasa dan aku teringat yang aku tak pakai BB Cream ! Arghhhhh.. Abislahhh aku..

image

Kemudian disusuli dengan aktiviti bersama pacuan 4 roda ! Dan yang ini memang membakar terus kulit aku ! Bayangkan aktiviti tu di tengahari ! Best memang best ! Tapi memang kulit tak tahan dibakar mentari wooooo !

image

image

Memang menyesal abis tak gunakan BB Cream ! Aku berharap tak la hitam sangat aku nanti.. huhu…

Sejurus selesai semua aktiviti termasuk boat di sungai Kuala Tahan.. kitorang balik ke resort. Ada aktiviti lagi dan aku kali ni , pastikan guna BB Cream dan… Hurmmm…

image

image

Pedih rupanyaa kena sunburn ni ! Dulu , masa remaja tak pe laa.. Tak terasa sangat ! Lagi pun ketika tu perubahan iklim dunia tak terasa sangat. Sekarang ni, memang dinyatakan cuaca panas dunia memang berbeza dan kita perlu lindungi kulit kita !

Hari berikutnya , aku guna BB Cream ! Tak terasa pedih dah. Rakan rakan yang kena sunburn pon nyatakan perasaan yang sama.. Selepas gunakan BB Cream untuk aktiviti selepas tu , tak terasa pedih dah !

image

image

Balik dari Taman Negara , kami ke Legoland pulak dan kali ni , kami semua bersedia ! Katakan tidak pada sunburn ! Kami semua enjoy di sana tanpa rasa sebarang pedih di kulit.

image

Kat mana nak beli ? Sekarang tengah promosi di Vitacare.

image

Atau boleh je beli online di Cosmoderm. Dan kalau beli lebih dari RM50 , penghantaran percuma. Nasihat aku , beli sekali pencuci muka Tea Tree Oil dan Magic Lotion. Serius berbaloi ! Ikutkan semua produk Cosmoderm ni bagus sangat sebab , aku sekeluarga pakai dah bertahun tahun !

image

Tunggu apa lagi ? Aku dah setia.. hehehee…

Osim Utrek sesuai untuk anda !

 

Baru baru ni aku pergi ke ibu pejabat jualan Osim di Petaling Jaya. Tujuan ? Nak tengok sendiri produk terbaru keluaran Osim yang dipanggil Osim UTrek.

image

Hurm.. sizenya… jauh lebih kecil dari treadmill aku ! Apa kelebihannya Utrek ni ? Selepas mendengar sendiri dari pakar mereka mengenai Utrek ni , aku berpendapat Utrek ni lebih sesuai untuk wanita yang nak kekal fit atau nak bakar kalori dan juga untuk warga emas  termasuk yang mempunyai masalah sendi terutama lutut..

Kemudian aku mencubanya sendiri..

image

Hurmmm… tak leh jalan laju ! Kena ikut pergerakkannya dan treknya pula memang direka khas untuk mereka yang punya sakit sendii ! Wowwww !

image

Serius ! Macam trekking di hutan rasanya ! Sebijik perasaannya bila aku gunakan Utrek ni. Sememangnya bagus untuk mereka yang ingin mulakan hobi trekking , gunakan Utrek bagi mendapatkan stamina atau mengekalkan fitness mereka.

Balik rumah.. aku try treadmill aku. Aku gunakan incline yang paling tinggi sekali dan ternyata berbeza rasanya ! Hurm… Patutlah Osim ni produk dia bagus ! Ternyata ada perbezaan rupanya..

Harga promosi sekarang dalam RM1300+. Boleh gi try sendiri kalau tak caya.. hehehehe… Aku tak jual..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI