Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 5 Mac 2016

Simpan satu dan bawa ke mana mana sahaja !

 

Aku order lagi ! Setiap bulan , aku akan order satu kotak ! Letak dalam kereta satu.. dalam beg Qhaliff , dalam bilik , bagi orang tua lagi.. kawan kawan lagi ! Haa.. Bukan promote tapi barang yang bagus , kita kasi kongsi sama sama ! Jangan pakai sorang sorang.. kan kan  ?

image

Teringat baru baru ni camping di Taman Negara.. Aku bawak Pati Batook Ori dan ianya sangat bermanfaat untuk aku dan rakan rakan yang lain !

Camana tu ? Bayangkan dalam keadaan penat setelah trekking dan bermain air , nak tidur pun payah ! Sana sini lenguh. Ditambah lagi dengan kelaparan.. sakit kepala dan sakit badan ! Dan Pati Batook Ori inilah jadi penyelamat ! Hahahahaah..

Ada kawan blogger kena gigit dengan serangga yang tak diketahui jenisnya.. Letak minyak ni , dan legaaa ! Fuhhh.. Alhamdulillah. Lega kawan tu ! Dia dah terasa pedih awalnya tapi bila letak minyak ni, surut terus sakit dia..

Oh ya.. Pati Batook Ori ni , Zahra dan Qhaliff dah guna sejak mereka baby lagi. Aku tak guna dah minyak yuyi.. hehehe.. Tak panas , berbau wangi dan sangat merilekskan ! Heeee…

Mana mau order ? Sila gi cari agen berdekatan dengan korang.. Er , tengok di page Pati Batook Ori ni..

Review atau promosi makanan ???

 

Perbualan singkat semalam bersama seorang kenalan blogger yang cukup berpengalaman dalam niche dia , adalah sesuatu yang sangat bermanfaat bagi aku. Sayangnya , terlalu singkat pertemuan itu. Moga dapat duduk semeja dan berbual panjang lagi..

Katanya , dia ‘terpinga-pinga’ cara kerja blogger di Malaysia terutama dalam mereview makanan dan juga hotel. Berbeza di tempat dia. Secara jujurnya , aku menyokong apa yang dia kata tu. Itu yang sepatutnya dan tampak lebih telus tetapi apa yang berlaku di Malaysia ni sebenarnya lebih pada mempromosikan restoran mereka.Itu yang aku beritahu mereka..

image

Ini kerana majoriti blogger yang gi review makanan ni adalah blogger yang tahu makan ! Termasuklah aku. Maksudnya , blogger gi makan di restoran.. jika sedap , mereka war warkan.. Jika tak sedap , mereka bagitau tokey..

“ Bosss.. tak sedap !! Camana mau promote kalau tak sedap ni ?? “

Dan perlu ingat.. tekak manusia ni macam macam ! Ada kata sirap bandung tak best ! Ada yang kata air paling best sirap bandung ! Haaa..

Untuk jadi reviewer ( lebih tepat lagi sebenarnya ) , mereka perlu ada ilmu dalam bidang tu. Maknanya ,bila sesuap sudu makanan tu masuk ke dalam mulut dia , dia tau dah bahan yang digunakan.. apa lebih dan apa yang kurang ! Haaaa ! Ini skill , aku takde ! Hahahha.. Sesudu masuk dalam mulut aku , aku analisa dengan tekak aku..

“ Waah.. sedap sungguh ni atau aku tengah lapar sebenarnya ni ? “

Atau…

“ Hurmmmm…. kurang garam atau aku kekenyangan ni  ?”.

Itu bezanya… Blogger yang mahir dalam bidangnya atau amatur seperti aku. Sebab itu , blogger seperti aku ini menarik minat mereka yang setia menyokong aku dari dulu lagi atau terbaru.. Berbanding reviewer sepertinya itu , dibaca oleh mereka yang mencari info mengenai makanan tersebut ! Berbeza kan ? Tapi caranya , memang aku lama dah impikan ! Hahahah.. Tapi persoalannya , apakah tokey restoran bersedia untuk dikritik ???

“ Ni laa melayu ! Asyik nak jatuhkan melayu jer ! “.

Ah, sudah.. kita ni niat nak tolong dia perbaiki bisnis dia tapi dok kata macam tu.. Acaner tu ?? Haaaa.. Pening dik oiiii !

image

Nahhh.. susah susah.. review je roti ! Senang cita.. Cicah dengan kopi di kala hujan lebat sedang turun !

“ Ya Allah.. sedapnyaa ! “.

Cara kawan tu menarik tapi aku tak rasa , Malaysia sedia menerimanya lagi ! Kalau tak , lama dah chef chef di Malaysia.. buat gaya gini kan ? Tapi mereka lebih tahu suasana di Malaysia camana.. hehehe.. kan kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI