Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 6 Mac 2016

Zahra memberontak ?

 

Berbeza sungguh dia ngan abang dia. Tapi dia seorang yang cukup penyayang. Namun dalam diam , dia seolah memberontak ! Apakah dia tau yang aku sedang lebihkan abang dia ?

image

Hurm…

image

Dia memang pandai tarik perhatian. Antaranya , meleparkan handphone tepat ke muka aku dan mak dia.. memijak samsung tab s2 Qhaliff hingga berderai template glass.. menaburkan makanan.. dan macam macam lagi !

Bila daddy ‘amuk’ , dia senyum.. dia berjaya la menarik perhatian ! Hurmm.. Sian anak kedua kan ? Aku anak kedua.. leh paham gak apa dia rasa.. huhuhu…

Kerjasama yang membanggakan aku dan rakan !

image

Projek ‘Ketch Up’ yang dah dirancang berbulan lamanya dengan sebuah company yang terkemuka , akhirnya berjaya dilancarkan dengan cemerlangnya ! Huhuhuh.. Tak sangka menjadi pulak. Dan yang paling penting , tak sangka ada pihak berminat dengan Kelab Blogger Ben Ashaari dan menjalinkan kerjasama. Satu perkembangan yang sihat untuk kelab yang dulu sering dipandang serong !

Semalam 6 blogger terlibat dalam fasa pertama ! Lokasi , Taman Tun Dr Ismail. 6 cafe mereka jelajahi dengan cemerlangnya ! Huhuhu..

image

image

image

image

image

Fasa pertama ni , 12 blogger Kelab Blogger Ben Ashaari terlibat. Minggu minggu berikutnya , beberapa blogger lagi akan turut serta. Sistem giliran digunakan. Semua blogger akan rasa join Ketch Up ni.. InshaAllah..

Hari ini , diorang serbu area Kota Damansara. Yang pastinya , semua balik dengan penuh kekenyangan serta idea yang bersepah sepah ! Banyak nak kena update ! Huhuhuh..

image

Tahniah semua !

Psst… Dulu orang sok sek sok sek kata , Ben Ashaari gunakan blogger baru untuk naikkan nama dia.. Hehehehe.. Diorang tak tau perancangan aku pada blogger blogger baru , ketika tu ! Sekarang , nah !! Inilah hasilnyaa.. Ni antara hasil dari perancangan aku.. Takkan aku nak cerita semua kan ? Dah nama pon perancangan.. Pastinya semua dalam kepala aku ! Alhamdulillah.. Bangga aku dengan mereka ! Memasing dah matang dalam bekerjasama..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI