Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 8 Mac 2016

Wajahku makin berseri kata awek itu !

 

image

Haaaa.. apakah rahsianya ??

Ceritanya gini.. tadi , aku gi satu tempat ni. Tetiba ada satu awek cun tegur aku..

“ Abang Ben , eh ? “.

Aku jawab la..

“ Tak dik.. Saya Bratt Pitt. “

Pastu dia cubit lengan aku..

Wowww.. sadonyaaa ! “.

Aku pun nak cubit lengan dia gak tapi teringat bini kat opis , cancel terus ! Haaa..

Ok.. aku tipu jer cerita tu.. Hahaahhaha… Sentap la tuuuu..

Gini ceritanya.. Tadi aku gi meeting.. Abis meeting , kawan ni tanya la..

“ Abang Ben nampak makin berseri. Sebab Cosmoderm ke ? “

Aku jawab la..

“ Pun yer .. dan bersenam pon punca lelaki nampak makin muda.. Bersenam ni , awet muda.. “ .

Bangga jap dalam diri.. Maklumlah , dah jejak 40an ni.. hehehe.. Bukanlah nak nampak muda cam orang muda tapi sekurangnya tidak la nampak tua sebelum usia..kan kan ? Maka , silalah rajin cuci muda gunakan produk Cosmoderm seperti pencuci muka dan gunakan serum di kala nak keluar rumah atau nak tidur.. Bila ada kelapangan , sila lepak di gym.. Seminggu , hari hari pon ok.. Ala , dari lepak kat mamak.. baik lepak gym ! Sadokan badan skit.. bini pon jeles tengok nanti ! Haaaa…

image

“ Review produk pun nak kena bayar ke ? “

 

Alhamdulillah.. murah rezeki dalam dunia blog ni. Walaupun nampak mudah , tapi sebenarnnya sukar jugak.. Orang ingat duduk depan laptop dan update blog.. dah ! Tu je !! Diorang ingat idea datang macam air jer.. Hurmm..

Ada banyak permintaan untuk review produk. Ada yang tanya , berapa mau kena bayar.. bila bagitau , terus diam ! Katanya nanti akan hubungi semula.. Hehehe.. Aku senyum jer.. Ayat biasa. Memang akan terus kkrikkk kriikk

Diorang ingat , blogger ni tikus makmal kot ? Diorang keluarkan produk.. pastu kasi blogger untuk try.. Kalau cun , kasi tulis best best di blog ! Kalau tak cun ???? Kasi kritik boleh ??? Tak leh kan ? Suruh diam diam jer.. kata mesti salah guna la.. diri bermasalah laa.. Haaa.. walhal ? Haaa..

Ada lagi best.. kasi produk.. katanya tak yah review pon. Saja je kasi ! Tapi kalau nak review pon ok jer .. Hehehee.. Dah kita terima  baru dia kata gitu.. Memula tu , kata kasi jer.. Macam macam..

Terus terang.. aku kalau review produk memang aku kenakan bayaran. Kecuali produk tu memang berbaloi baloi aku terima. Contoh macam review kereta Ferrari… takkan aku nak amik bayaran lagi kot ? Kereta dah bagi.. mintak duit lagi ?? Erkkk.. hehehe.. tu contoh !

Bukan mudah nak review produk ni. Kena buat kajian. Masa yang terluang. Walhal masa tu , boleh je bantai buat menda lain yang berfaedah seperti layan DragonBall ke.. tengok gimrama ker.. haaa..

Aku ada gak terima review produk percuma atau bayaran rendah. Atas sebab mereka tak mampu dan aku sekadar bersedekah.. Tapi kalau sampai yang kaya pon nak free.. lemak la kan ?

Konsep aku bila buat review mudah jer.. Aku tak terima wang pendahuluan. Aku buat entri , dan aku kasi draf. Tempoh untuk penambahanbaikan dalam seminggu dua. Jika lebih dari tu , aku terus up jer ! Aku anggap entri aku tu takde masalah.. Kalau client tak puashati , aku tak leh nak kata apa. Aku dah kasi tempoh masa.. Aku ada banyak lagi job nak disettlekan. Aku pon ada dateline gak..

Aku bukan demand tapi aku ada juga tatacara kerja aku sendiri. Dia ada dateline , aku ada dateline. Sebab tu mesti bayar ! Kalau tak bayar , ikut suka aku la nak update ke tak.. kan ? Ko yang offer barang.. aku terima jer la.. kan kan ? Rezeki jgn ditolak.. hehehehe..

Bukan mudah kawan.. aku pun tak suka amik barang orang tanpa beri kembali keuntungan padanya.. kiranya win win situation laaa ! kan kan ?

Entah laa.. makin ramai orang pening di zaman ni.. termasuk aku !

image

Cyst di kala mengandung !

 

“Abang.. ada berita baik dan buruk ! “.

Wife bagitau aku. Hurm.. Dia tanya aku mana satu aku nak tau dulu ? Aku suruh bagitau je mana mana pon ! Agak gementar sebenarnya dan aku berlagak cool.

“ Berita buruknya .. ada cyst ! Size baru 0.01.. kecik lagi tapi doktor kata boleh membesar jika tidak menjaga pemakanan ! Jangan makan ayam dan bla bla bla… “.

Jika cyst membesar , maka berisiko pada baby. Kena buat pembedahan ketika tu jugak ! Hurmmm.. Kalau nak diikutkan , memang wife pernah buat pembedahan cyst dulu. Dan doktor memang bagitau cyst tu akan muncul semula. Hanya dengan mengandung dan beranak je boleh gugurkan cyst tu dengan sendirinya..

image

Sebelum lahirnya Qhaliff , wife ada cyst gak.. dah selamat dibuang !

Wallahualam. Semoga Allah pelihara dan permudahkan urusan kami dan juga sahabat sahabat yang mengenali kami..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI