Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 9 Mac 2016

Tersenyum melihat telatah blogger..

 

Bukan senang.. tapi inilah hakikatnya ! Kena berlakon.. kena berpura pura ! Tapi yang pasti , segalanya kerana minat dan hobi ! Tapi janganlah amik kesempatan pulak.. kan ?

image

Adakalanya , percuma.. tapi janganlah selalu sangat ! Kesian kami ni.. Ada yang sepenuh masa cam aku ni , kalau memanjang nak free.. lemau la gak kan ?

Ni antara gelagat blogger sesama blogger. Alhamdulillah , antara kami.. walaupun jarang jumpa.. tapi mesra tetap ada ! Tiada pura pura punya.. Cam ada sesetengah blogger… bila jumpa  masa event , manis senyuman.. bertepuk tampar lagi ! Tapi belakang belakang.. hurmm..

image

Cam blogger Sohoque ni.. aku respek ! Bila dia buat sesuatu tu , dia serius.. tapi cam aku gak la.. berkeluarga.. Apa apa , keluarga dulu.. tapi bila part blog , dia macam ni la ! Tolak tepi orang nak kata apa dah ..

Ni baru skit jer.. Kalau join event event yang melibatkan blogger ni , korang mesti tersenyum dan sesekali geleng kepala.. Maklumlah.. ada blogger lebih hebat dari artis ! Hehehehe.. No komen !

3M Countertop Drinking Water System !

 

Masalah air paip.. kekadang nampak ok.. walhal berkeladak ! Nak minum walaupun dimasak pun agak mengerikan.. Huhuhuh.. Risau nak bagi kat anak anak.. Terpaksa la beli air mineral atau air suling..

Tapi kalau selalu beli , letih gak kan ? Kekadang stok takde.. Bila takde ? Haaa.. Nak tak nak , kena pasang jugak penapis air di rumah ! Kan kan ?

Jalan penyelesaian bagi aku.. mudah jer ! Aku pasang 3M Countertop Drinking Water System. Boleh dibeli Tesco dan pasaraya terpilih.. hehehe..

Cara nak pasang ? Mudah giler ! Tak sampai 10 minit , settle !

image

Aku ingatkan memula macam payah ! Rupanya ? Hahahaha ..

image

image

Tadaa.. siap ! Hahahahaha.. Camana nak tau jangka hayat tapisan air ni ? Mudah jer..

Tukar catridge tu ! Ada satu tanda aras di situ.. Boleh tahu bila tiba masanya untuk tukar. Stok catridge boleh dibeli di tempat yang sama kita beli penapisan air ni ..

Pastu , ada dua cara nak letak penapis air ni. Satu , letak macam gambar di bawah ni.. Dan satu lagi , sangkut je di dinding ! Haaaa.. mudah gituuuu.. kan kan ?

image

Ringan.. mudah nak diuruskan. Anak dara lepas spm pon leh pasang menda ni ! Tak perlu panggil tukang kayu atau sebagainya ! Senang sangat..

Dan sila minum air tapisan tanpa was was ! Huhuhuh..

Cabaran setiap malam !

 

Payah nak tidur terutama si Zahra ! Hurmmm.. Aku ingatkan , bila malam menjelma , aku nak lari ke gym barang sejam dua. Nak membakar lemak lemak di perut lak ! Huhuhuh…

Tapi masalahnya , Qhaliff nak ikut ! Zahra pon gitu. Tapi aku tak leh bawak Zahra. Nanti abis dia ngorat abang abang sado kat gym tu haaaa.. Tak jadi kerja aku dibuatnya !

Nak tak nak.. aku workout je kat rumah.. Tu pun dapat la dalam 15-20 minit. Selebihnya .. layan diorang workout lak !

image

Aktif la dua dua ni tiap malam ! Aku pulak banyak kerja nak kena selesaikan. Nak tak nak.. layan diorang dulu.. Paksa tidur , tak jalan. Kejap nak air.. Kejap nak susu.. Aku risaukan wife jer.. Zahra suka panjat badan dia.. Hurmmm .. Tu pasal kena bagi tidur gak..

Qhaliff dah tak tidur lewat. Asalkan janji nak bawak dia gi gym.. dia ok laaa .. Hurmmm..

image

Aku kena mantapkan sebelum bulan 9.. masuk bulan 9 , semua aktiviti… terhenti untuk 2 tahun ! Hurmmm…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI