Isnin, 14 Mac 2016

Istimewa di Trulia Cafe , Cyberjaya

 

Bila dengar je Cyberjaya , ada yang terpinga pinga.. Ada apa kat Cyberjaya ? Hehehe.. Apakah serupa macam Putrajaya ? Huhuhuhu.. kan kan ? Bagi yang tak pernah pergi , pastinya itu yang bermain di minda mereka.

Namun bagi mereka yang bekerja dan tinggal berhampiran Cyberjaya pastinya dah tau akan keunikan Cyberjaya ni..terutama dari segi keunikan restoran restoran yang ada di sana.

Baru-baru ni , aku dan rakan rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaaari berpeluang sekali lagi menerokai salah sebuah cafe di Cyberjaya dan kali ini keunikan cafe ini terletak pada makanannya ! Maknanya , orang ke cafe ni hanya semata mata untuk menikmati makanan yang disediakan di sini.

1

Trulia Cafe yang terletak di Jalan Flora CBD Perdana 2 Cyber 12 Cyberjaya sudah setahun beroperasi. Nama Trulia ni berasal dari Italia. Haa.. Ada sejarah tersendiri sebenarnya. Tapi apakah makanannya berkonsepkan Italian ? Tidak sama sekali ! Namun tetap ada keunikannya..

Ok.. apakah jenis makanan yang ada di sini ?

image

Hurmm.. aku bukak buku menunya.. Eh , macam makanan kebiasaan je ni ? Kan ? Harganya pon lebih kurang standard jer.. Nak dibandingkan dengan gerai tepi jalan , tak adil la pulak ! Ni kat Cyberjaya kawan.. Sewa di sini pun tak sama sewaan di lokasi lain. Tapi apakah sebab itu ? Itu cuma antara faktor..

Persoalan demi persoalan.. Sedap ke ? Setanding ke dengan harganya ??

image

image

image

image

Macam macam ada , kan ? Ok.. order makanan dah dibuat. Air sampai dulu ! Huhu.. mesti la kan ? Dahagaa ! Aku order air asam boi ! Kasi lega tekak dulu sebab aku workout di gym sebelum datang.. Heee..

Rakan rakan lain , dengan selera memasing..

5

6

7

image

Fuh… amacam ? Membuka selera tak ? Tengok air pun dah terliur.. Makanan mesti lagi gempak kan ?

Ok… tak lama kemudian , makanan dihidangkan satu demi satu.. Kami pun , buat la tugas kami.. Heheheh.. Bukan mereview tau.. Kami ke sini untuk mempromosikan Trulia Cafe.

image 

Dan sampai lagi.. lagi dan lagi !

Semua yang dihidangkan pada kami adalah antara tarikan.. Antara yer ! Haaaaa…  Menyelerakan sama sekali !

15

17

13

19

image

image

Buat kerja dulu  baru makan ! Hehehehehe…  Kan kan ? Dan bila merasai satu demi satu makanan.. ternyata harga Trulia Cafe ni memang berbaloi untuk datang makan di sini ! Tak kira makan tengahari atau makan malam ! Huhuhuhuh..

2 jam berlalu dengan begitu manfaat ! Huhu.. Sambil berborak santai , makan hidangan yang lazat.. sememangnya berbaloi datang sini !

Ok. penutup lak !

Sagu Gula Melaka dan kopi !

10

21

20

image

Beberapa idea dilontarkan dengan seikhlasnya.. bukan dari sudut makanan yer.. makanan dah tip top ! Hehehe.. Dan empunya cafe menerima dengan hati yang terbuka malah menghargainya.

Ok.. Bagi yang berminat nak datang sini , korang waze jer TRULIA CAFE ( Cyberjaya ) . Turut mengambil tempahan terutamanya event event di pejabat. Dibuka seawal 9 pagi dan tutup jam 9 malam pada hari biasa dan pada hujung minggu , tutup jam 12 malam.

image

Untuk pertanyaan dan info lebih lanjut , sila hubungi :

Trulia Cafe - +60-3-86885963/64

Facebook : Trulia Cafe

Guna Simkad TOUCHDOWN International ketika melancong !

 

Pengalaman di negara orang membuatkan aku terfikir.. Mudahnya jika aku tak perlu susah payah tukar simkad untuk terus berhubungan dengan keluarga serta kawan kawan tercinta di media sosial terutamanya !

Kalau nak guna telco yang sediakan talian perantauan , pastinya bukan murah dan belum tentu sempurna ! Kan ? Atau kalau nak guna talian antarabangsa pon leceh gak.. Aku nak segalanya dah lengkap dari rumah terus ! Kat sana , aku nak relaks jer !

Ok.. meh aku bagitau.. Baru baru ni , telah lancar  TOUCHDOWN INTERNATIONAL.  Simkad ni boleh digunapakai lebih 190 buah negara dan melibatkan 320 rangkaian .

image

image image

Dikatakan penjimatan lebih 85% jika menggunakan TOUCHDOWN ni termasuk panggilan masuk percuma dari 125 buah negara.. dan juga mesej teks !

Menariknya , tak perlu guna nombor baru jika guna TouchDown ni. Kekal nombor lama. Dan selepas diaktifkan , sah digunakan dalam masa  365 hari.

Apa yang menariknya TouchDown ni ? Tiada kontrak! Tiada minimum pembelian. Tiada bayaran tersembungi. Semuanya adala prabayar dan korang sendiri yang mengawalnya ! Harga berpatutan untuk panggilan di lebih 190 buah negara dan  penggunaan data lebih 100 buah negara.

Lagi ?? TouchDown juga menyediakan panggilan web dan teks secara percuma. Harga istimewa juga untuk negara negara Asia dan Eropah yang terpilih seperti panggilan dari negara China ke negara Asia ( terpilih ) adalah $0.15 per minit dan Eropah ke Asia ( terpilih ) adalah $0.29. Negara terpilih , sila check website.

Ada dua jenis simkad TouchDown.

TouchDown Classic 

Plan/ Pakej baru yang fokus pada plan panggilan telefon tapi masih boleh mengakses data ( internet ) pada harga berlainan.

image

Berikut adalah pakej yang disediakan.

image

TouchDown New

Plan atau pakej yang fokus pada data tapi masih boleh akses panggilan telefon dan juga sms pada harga yang berlainan.

image

Berikut adalah pakej yang disediakan :

image

Haaa…mudah sangat ! Jangan risau , ada manual untuk pembeli simkad TouchDown ni. Mudah difahami sangat !

image

image

Untuk maklumat lanjut , sila hubungi :

Website : www.touchdown.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/TouchDownMY/

Minggu yang mendukacitakan..

 

Minggu lepas.. 3 berita mendukacitakan aku terima.. melibatkan keluarga aku dan juga sahabat handai. Dan ketiga tiga melibatkan orang tersayang.

Yang pertama , pemergian mak saudara aku yang berada di Pulau Pinang. Arwah juga adik kepada ayah aku. Hurmm… Yang kedua , ibu kepada rakan sepermainan sewaktu kecil dan yang ketiga , ibu kepada kenalan blogger.

Hari yang panas , tapi mendung di dalam hati ! Semoga Allah menempatkan mereka di kalangan orang orang yang beriman. Alhamdulillah , mereka pergi di kala anak anak sudah membesar. Ada yang sudah punya cucu.

Memandang Zahra dan Qhaliff.. Apakah aku sempat melihat mereka membesar dan juga punya anak nanti ?

image

image

Hurm….Begitulah kehidupan.. Bila tiba masanya , tak kira usia… kita akan pergi juga ! Ada yang terlupa.. Hidup seolah olah tiada penghujungnya.. Sakan enjoy ! Semoga aku tak tergolong dalam manusia gitu.. Huhuh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI