Selasa, 15 Mac 2016

UM EDUCATION CARNIVAL 2016

 

Penganjur bagitau aku.. aku bagitau korang ! Korang bagitau la kawan kawan korang eh ? Ajak beramai ramai pergi ! Mana la tau kot kot ada yang bermanfaat untuk diorang.. kan kan ? Walhal semuanya bermanfaat.. ni bukannnya hiburan.. heee..

image

Come and meet our esteemed faculties at the UM Education Carnival on 25 & 26 March 2016. Learn more on what UM offered at Postgraduate and Undergraduate programmes. Enroll in our world class courses. Apply on-the-spot with up to 100% application fee waived!

Exhibition hours from 9.00 AM - 5.30 PM.

Don't miss this wonderful opportunity. See you there!

Paham omputeh tak ? Paham kan ? Haa.. aku tak yah nak translate dah ! Heheheheh..  Save the date dan ajak mak ayah gi sini ! Ajak kekasih tak guna .. nanti dia jeles ! Hehehehee… Kot la.. Tak jeles , bagus laaa..

Jangan lupa.. 25 & 26 March 2016 tauuu !

Jimat ke elektrik guna La Genius Saver ni ?

 

Hurmm…

image

Dua bulan lepas.. aku terima kad La Genius Saver ni. Entri bertarikh 1.1.16 .. hehehe.. Tu kelebihan ada blog ni. Leh rujuk balik entri tu..

Secara jujurnya , aku tak percaya la kad ni leh kurangkan RM yang tertera pada bil elektrik aku tu ! Tapi apa pun , aku cuba dulu la kan ? Cerita biar ada bukti kan ?

Ok.. 2 bulan selepas guna kad ni..

image

Dan bil elektrik bulan ni..

image

Secara jujurnya aku bagitau.. 3 bulan aircond di ruang tamu dah rosak.. Aku guna aircond dalam bilik tidur jer.. On setiap malam. Tapi  untuk bulan Mac ni , penggunaan tv berkurangan la.. Sebab jarang tengok tv belah malam. Maka , banyak kemungkinan yang menyebabkan bil elektrik turun bulan ni.. Tapi ini paling rendah sejak tarif elektrik dinaikkan !

Adakah benar kad La Genius Saver ni mampu mengurangkan bil elektrik anda ? Wallahualam..  Korang kena tanya sendiri pada orang yang menjual kad ni.. hehehe .. Sila rujuk Puan Ecah Shafiee di Facebook.

Aku terperangkap dengan mereka akhirnya !

 

Aku dok pikir.. Camana aku nak larikan diri dari mereka. Aku nak gi gym ! Dah terlebih makan semalam ni ! Adehhhh… Nak tak nak , aku perlu bakar sebanyak mungkin kalori yang ada dalam tubuh badan aku ! Atau.. aku akan kembali malas !

Aku dah pandang wife. Wife kasi green light kat aku tapi masalahnya Qhaliff dan Zahra. Masing masing mengikuti rapat aku. Aku bangun.. pura pura ke bilik air.. Zahra turut bangun . Walhal dia dok tengok tv masa tu.

Bila aku keluar dari bilik air , Zahra dok bermain dengan permainan yang ada di depan bilik air ! Huhh.. ingatkan dia blah ke ruang tamu. Rupanya dia tunggu ! Dan baru selangkah nak ke ruang tamu , Qhaliff dah menuju ke aku..

“ Nak ikut… g gym ! “ . Aku batalkan niat aku.. Aku naik atas.. nak bersenam kat atas jer .. Dan dua dua ikut..

image

Arghh.. aku kembali turun ke bawah. Dan wife memandang aku. Aku tahu dah apa dia nak sampaikan..

“ Nak makan malam apa ? Abang nak kuar g beli.. tapi lewat skit la sampainya makanan.. Nak naik gym jap.. “. Tanya aku.

Belum abis cakap, Qhaliff dan Zahra dah menuju ke pintu ! Hahahaha.. Dua dua standby nak keluar. Huhhhh.. Camana ni ? Adehh..

Dan akhirnya.. aku batalkan segala niat aku..

“ Dahhh.. g bersiap ! Jom g Putrajaya.. Tengok belon.. “. Semua menjerit kegembiraan termasuk wife ! Adehhhh…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI