Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 16 Mac 2016

Jogging atau berjalan ? Mana lagi membakar kalori ?

 

Pertama kali aku join hiking , masa g Taman Negara Kuala Tahan tu. Dari pengalaman tu aku baru tau yang hiking memerlukan stamina yang cukup mantap ! Biar pun sekadar berjalan tetapi kalau takda ‘ angin ‘ , memang confirm pancit punya !

Dan baru baru ni , aku ke pelancaran produk terbaru Osim , UTrek. Aku mencuba produk terbarunya dan.. Wowww ! Walhal sebelum aku mencuba produk tu , aku memandang rendah akan keistimewaannya ! Dan sejak tu baru aku tau.. mendaki bukit bukanlah semudah yang disangka !

Maka.. minggu ni , aku tak gi gym… tapi aku nak bakar lemak lemak tepu aku dengan mendaki bukit yang terletak di sebelah rumah aku !

image

Aku buat 3 pusingan jer ! Tu pun.. perghhhh ! Memang berpeluh peluh !! Kalah gi gym punya peluh.. Dan yang pasti , sampai rumah perut pon leper jer ! Wahhhhhh..

Dan aku mula buat awal pagi dan petang hari ! Hehehehe.. Memang terasa la perbezaan. Tak perlu jogging dah aku.. memandai dengan berjalan perlahan lahan menaiki bukit…

Nak tengok kesan dia dalam seminggu. Apakah berjaya menurunkan berat  badan aku ?

Seminar membuang masa untuk wanita !

 

Seminar Dari Wanita untuk Wanita ? Kongi Minda Gapai Bahagia ?

Huhhhh ! Nasib baik aku bukan wanita ! Kalau aku wanita ? Confirm seminar gini membuang masa aku ! Apasal lak aku kata gitu ? Huhhhh.. Apakah aku bermasalah ? Tentulah aku tak punya masalah ! Kalau aku ada masalah , pasni seminar gini membantu aku ! Er , apakah seminar gini untuk mereka yang bermasalah jer ???? Hurmm.. kalau ada yang pikir gitu , mesti mereka jenis manusia yang sempurna !

Jadi , seminar ni untuk apa ? Dari Wanita Untuk Wanita ? Kongsi Minda Gapai Bahagia ? Cam boring jer tajuk.. kan ? Tapikan..tapikan.. mesti ada sebab kenapa seminar ni dibuat KHAS untuk wanita jer.. Apasal lelaki takde ???

Yang aku tahu laa.. Diorang kata khas untuk mereka yang berkerjaya tapi juga menguruskan rumahtangga. Dalam diam , mengalami stress ! Yelah , kat opis dengan kerjanya.. dengan masalah rakan sepejabat lagi ! Di rumah , dengan anak anak.. Camana nak uruskan semua masalah tu ???

Selain dari tu  Apa lagi yang ada dalam seminar ni ? Takkan ni je kot ? Boring la kan ? Takde ke cara cara nak tambah pendapatan ke ? Haa.. Dah bayar duit kan ? Mesti nak pulangannya ! Kan kan ?

Rileks laa.. ilmu yang dapat dalam ni , jauh lebih mahal dari pelaburan yang dikeluarkan untuk join seminar ni ! InshaAllah bermanfaat dan berbaloi ! Nasib baik aku lelaki.. kalau perempuan ,aku join dahh !

Panel panel bertauliah bakal hadir dan berkongsi ilmu dan pengalaman.  Antarnya ialah Pakar Motivasi dan Kaunselor Keluarga - Dr. Robiah K. Hamzah , Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan PrimaNora - Dato’ Dr. Nora Ashikin Mokhtar, Pakar Motivasi dan Aktivis (Timbalan Pengerusi Kumpulan PM Melati Sdn Bhd) – Datin Sri Dato’ Dr. Fadzilah Muhammad Ali dan Usahawan Cemerlang daripada MARA Selangor.

Tak pernah dengar ? Haaa.. Kalau tak pernah dengar , ni la masanya nak dengar dan curik ilmu serta tips tips kehidupan yang bakal membawa perubahan pada korang yang bergelar wanita ni !! Grr… aku nak gi gakkkk !

Menariknya , seminar sehari itu juga memberi peluang kepada para peserta teknik merias wajah daripada juru solek berpengalaman dan berkongsi suka duka kehidupan Ibu Halimah yang juga kini bergelar Usahawan daripada Jamu Mak Dara.

Wahhhhh… kena suruh wife gi gak ni ! Rugi tak amik peluang gini ! Tapi… camana nak join ? Boleh ke nak ajak kengkawan kat opis sekali ? Ada sijil ke ??? Haaaa.. Segala persoalan tu akan terjawab dengan sendirinya… dengan cara , sila hubungi penganjur ! Hehehehe..

image

Berikut adalah dari keratan akhbar yang aku dapat ! Maaf , aku copy paste je yer.. hehehe .. Kot la korang tak paham kalau aku guna bahasa aku.. maka gunalah bahasa kebangsaan kita.. hehehe..

“ Seminar ini terbuka kepada semua kaum wanita berkerjaya, suri rumah atau pelajar dengan bayaran RM200 bagi seorang peserta dan RM180 seorang bagi yang mendaftar secara berkumpulan 10 orang dan ke atas. Badan-badan korporat, agensi dan jabatan kerajaan, swasta dan persendirian juga dialu-alukan untuk menaja kaitangan masing-masing atau digalakkan untuk menghantar peserta di kalangan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO), ibu tunggal, kumpulan asnaf dan persendirian. “

Seminar akan diadakan pada:

Tarikh : 27 Mac 2016 (Ahad)

Lokasi: Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur

Masa: 8 pagi hingga 5.45 petang

Daftar Sebelum 20 Mac 2016.

 

Untuk sebarang pertanyaan :

Pengarah Program Puan Normala Hamzah (0192683579)

Rahana MD (012 2813848)

Huda Khalid (0123031005) dari Huda Hana Media Communications

 

Oh ya.. Dengar kata ada cabutan bertuah yang menarik ! Huhuhuh.. Selain dapat ilmu , mana tau ada rezeki lain lak.. kan kan ?

Akhirnya , dapat kasut baru !

 

Tu diaaa.. pakat berebut ! Memula masuk Al Ikhsan.. kasut lawa dah.. Adidas tapi takde size. Wife senyap je.. Haahah.. Kenapa ? Harga lebih RM100 tuuu ! Adehh… kasut budak je kot ?

Aku tak kisah.Asalkan selesa untuk anak pakai ! Huhuhuh.. Bukanlah aku kaya tapi kalau diorang sakit kaki , aku gak yang susah kan ? Haaaa.. Huhuhu.. tetiba ayat coverline gitu !!

Masuk ke Parkson.. kat dalam tu ada banyak jual selipar dan kasut budak.

image

Rambang mata Qhaliff dan Zahra ! Zahra pon nak walhal takde size ! Qhaliff lak , Thomas N Friends pon dia nak.. Transformer pon dia nak ! Nasib baik la harga mampu beli ! Kalau tidak ? Daddy balik jalan kaki.. togel ! Jual baju seluar yang dipakai .. hasil sponsor ! Huhuhuh.. Ayat coverline lagi ! Adehhh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI