Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 18 Mac 2016

Serang cafe di Sunway dengan ‘KETCH UP’ !

 

Giliran aku lak dan 4 lagi rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari berserta rakan rakan media online yang lain.. Sasaran kali ni ialah Bandar Sunway. Rakan rakan lain dah buat area Taman Tun Dr. Ismail , Petaling Jaya minggu lepas..

image

Ok.. apa menariknya projek Ketch Up ni ? Apa kelebihannya ? Apa syoknya ? Haaaa.. Hanya yang join je tau ! Hehehehe.. Yang tak join , akan diterangkan kemudian.. Rajin rajin la follow dan baca yer ! Heeee..

5 cafe ‘diserbu’ kali ni. Whup Whup , A Pie Thing , After Black , Underground Societe dan Garage 51 !

image

image

image

image

image

Setiap cafe yang aku pergi , takde satu pun persamaan mereka ! Masing masing dengan idea tersendiri ! Konsep berbeza dan santai. Takde satu pun cafe yang aku masuk , aku rasa cam… segan nak makan kat situ ! Haaaa.. Semuanya ‘mengalukan’ kedatangan pelanggan pelbagai bangsa ke situ.

Setiap cafe ada ceritanya. Tu yang menariknya. Ada yang takde rupa cafe pon ! Tengok dari luar , macam bengkel atau kilang jer.. Tapi rupa-rupanya ??? Fuhhhh.. Dah la menarik designnya.. makanannya , superb !

image

image

image

image

image

image

Maka aku tak hairanlah restoran mamak kat sini tak banyak ! Kalau tidak , bersepah je restoran mamak. Di sini penuh dengan cafe cafe yang cukup artistik dan berseni. Yang penting ,mereka mengalukan kedatangan pelanggan mereka.

Ketch Up telah membuka mata aku dan rakan rakan blogger yang lain. Nak jadi usahawan cafe ni , anda perlu ada keyakinan dan keunikan , selain modal ! Hehehehe..

Ok.. kalau nak tengok aktiviti Ketch Up ni , boleh ke Facebook Ketch Up .. macam macam ada !

image

Jom follow team Ketch Up !

Facebookwww.facebook.com?KetchUpCommunity

Website: www.ketchup.com.my

Instagram: @ketchup_my

Misteri Qhaliff dan pintu !

 

Hurmm… Apa masalah Qhaliff dengan pintu ? Setiap kali kalau pintu tak tertutup rapat , dia akan bangun dan tutup.. siap kunci sekali ! Walaupun aku dan wife dalam bilik , pintu tak ditutup .. dia akan tutup dan kunci !

image

Ada sekali tu.. er , banyak kali gak la.. Dia tengah lena. Aku bangun tidur dan turun ke bawah.. Bila aku masuk bilik semula , aku tak kunci pintu. Qhaliff yang sedang lena , tiba tiba terjaga dan turun dari katil.. Dia g tutup pintu dan kunci ! Pastu sambung tidur ! Aku dan wife , terpinga pinga !

Banyak kali gak la aku biarkan pintu tu tak berkunci.. dia tetap kunci ! Nak dijadikan cerita.. ada sekali tu , di sebuah hotel baru baru ni .. dia masuk bilik air dan kunci ! Sekali tak leh bukak pintu tuu ! Haaaa.. Dia mengelabah dan mula menangis. Nasib baik boleh bukak dari luar.. guna duit syiling !

Sejak dari tu , aku ingatkan insaf dah.. malah makin menjadi lak perangai pelik dia ni. Apa sebab dia kunci ,masih kekal misteri hingga sekarang !

Rambang mata bila ke CACAMERBADOTCOM !

 

Peristiwa berlaku siang semalam di Pusat Komersial TSB , Sungai Buloh. Ketika tu , secara jujur aku dipelawa ke sana untuk berbincang satu projek. Katannya untuk minta aku review sesuatu laa.. Maka aku ke sana bersama rakan blogger sejurus abis satu event di Batu Caves. Alang alang dah dekat , baik aku gi terus.. kan kan ?

Sampai je CaCamerbaDotComni, aku terkedu.. Aku seperti masuk ke syurga mainan kanak kanak ! Nasib baik la Qhaliff tak ikut aku.. Fuhhhh ! Dasat dasat ! Hahahahaha..

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Tak semestinya mainan jer.. Ada jugak pakaian budak dan juga orang dewasa !

image

image

image

Belon untuk parti hari jadi dan barangan yang sesuai di parti tersebut! Fuhhhh..

image

image

image

image

image

image

Hahahaha.. Memang cacamerba aku dibuatnya ! Setiap benda yang aku tengok , aku teringat Qhaliff dan Zahra.. Serasa macam nak kaut je semua dalam ni ! Hahaahha… Nasib baik la takde tunai yang banyak di tangan.. kalau tak ???

image

Hahahaha.. Muka aku yang tak leh blah sebab terbantut nak shopping lagi ! Kalau tak teringat anak anak kata rumah yang dijaga dek wife , rasanya lama lagi aku dalam kedai ni…

Ok , kalau korang nak datang sini.. Meh aku kasi alamatnya.. Kalau nak guna Waze , Search jer Komplek Komersial TSb , Sungai Buloh. Dengan dengan Bella’s Kitchen TSB.

Alamat : No 53, Ground Floor , Jalan Nautika BU 20/B, Pusat Komersial TSB , 40160 , Sungai Buloh.

Alamaakkkk ! Kat Sungoi Buloh daaa ! Jauhnyaaa .. Atau malasnyaaa ! Kan kan ? Takde jual online ke ?? Takde instagram ker? Facebook ???

Rileks adek manessss ! Ada laaa.. Mesti ada punya !

image

www.cacamerba.com.my

 

image

Instagram : @CacaMerbadotcom

 

Hehehe.. Korang ada pilihan.. nak shopping online atau bawak anak anak ke sini.. Harga sangat berpatutan ! Macam macam ada punyaaa !  Rasanya kalau nak create parti harijadi , kat sini sesuai untuk cari barangannya.. Atau kalau nak dorang yang buatkan , pon boleh ..

HotLine Mobile :  019 2611 765

Birthday Qhaliff dah dekat dah.. Hurm.. Nak buat camana eh ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI