Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 22 Mac 2016

Syoknya shopping dengan anak..

 
Dulu masa bujang , teringin nak berjalan dan shopping barang dapur dengan anak lelaki atau anak perempuan.. Nampaknya , Allah panjangkan umur aku untuk menikmati apa yang aku inginkan. Alhamdulillah..

Qhaliff akan jangkau usia 4 tahun , bulan April ni. Dia dah banyak belajar dengan sendirinya. Melalui orang tuanya.. permerhatiannya.. pergaulannya.. Tu belum masuk taska lagi ! Kalau masuk ? Fuhhhh.. Tak larat aku nak layan borak dengan dia ..

Sedikit demi sedikit aku belajar memahami dia.. Bila dia buat pasal , tu tanda dia mengantuk ! Haa.. Cuma kekadang tu je la aku terlajak perangai ! Maklumlah , aku kan bekerja dari rumah. Kekadang , aku dikejar dateline.. Dikejar maintenane.. Haaa.. macam macam haaaa !

Bila keluar dengan dia , aku rasa seronok.. Shopping.. Dia kalau mintak itu ini.. dia boleh toleransi…

“ Daddyy.. nak robot tuuuu..  “

“ Mahal la Qhaliff.. Mana daddy ada duit banyak.. “

“ Ollloooo… “

“ Amik yang lain la.. “

“ Okkk.. “

Yer… dia boleh bertolak ansur.. Dan apa saja dia nak amik , dia mintak izin dulu.. Cuma , mintak izin tu syarat jer la.. Kita kasi ke tak.. dia nak juga ! Hahahaha.. Tapi kalau kita tak kasi, dia tak la meroyan kat situ.. Kena pujuk elok elok.. Alihkan perhatian dia.. dia ok la .. Kejap jer..

Sebelum shopping.. aku bawak dia gi jumpa client .. Dan dia sangat behave. Layan kepala dia sendiri jer.. Hehehehe..

“ Qhaliff nak apa ? “

Fuhh.. soalan maut untuk dia.. meroyan cari coklat ! Hahahahha..

 

image

#APO2016 :Kenapa perlu mengundi BEN ASHAARI ?

Suhu panas direkodkan dan sekolah diberi cuti !

 

Fuhh.. Perlis dan Kedah dah dapat cuti. Yelah suhu panas melampau ni memang terlampau panas ! Huhuhuh.. Aku di dalam rumah pon terasa bahang. Dalam kereta , biasanya pasang aircond di level 2 jer tapi hari ni.. 3 koooo !

Aku kesan suhu melalui jam tangan mahal aku ! Haaa.. Mahall kooo ! Eleh , mesti ada orang kata.. Tu pun nak bagitau ke ? Bagitauu laa.. Sebab mahal ! Kalau murah , aku diam diam jer.. Hahahaha.. Takde la… gurau jer.. Jangan panas ehhh.. Biar cuaca  je panas ..kita jangan panas !

Gambar bawah ni.. ketika nak gi makan tengahari di Ummiza Cafe , Jenderam Hilir.. dekat dekat ngan daerah Sepang dah ! HAaa… ni dekat ngan hutan ni..

image

Ok.. pastu petang , aku detect lagi..

image

Berasappp ! Ok , aku try matikan aircond dan tutup tingkap ! Aku tau la panas ! Tapi ada manusia terlupaaa.. dia tinggalkan anak kecil dia dalam kereta .. atau tertinggal ! Kesannya ? Fuhhh..

image

Walaupun hari dah masuk petang tetapi bahang El Nino tetap terasa ! Dengan suhu begini , tak dinafikan gajah pon leh kena strok haba !

Sila berhati hati.. nak bersukan di luar rumah pon , sila pk masak masak.. Jerebu pon dah mula terasa kan ? Haaaa…  Berhati hati la yer..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI