Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 23 Mac 2016

Perlu ke kedekut ?

 

image

Gambar kat atas tu , sekadar perhiasan jer… Tak tau nak letak gambar apa.. Hehehe.. Isu apa ni ??? Ok.. tadi aku ada la gi satu seminar keusahawanan di Shah Alam kendalian Kelab Usahawan Melayu Selangor.

Pastu ???

Huhh.. Sabar laaa.. aku nak cerita la niii. ! Gini.. penceramah yang bagi talk tu menceritakan pengalaman dia.. Antara pengalaman dia , bila melibatkan bisnes ni , tak kira apa bangsa sekali pon , mereka akan rahsiakan sumber mereka ! Haaaa… Patut tak ?

Er.. persoalannya.. Ada ke yang berkongsi kat mana ‘sumber’ diorang tu ? Maksud aku.. kalau aku jual nasi lemak.. nasi tu , sapa buat ? Sendiri atau upah orang ? Kalau upah orang , sapa yang buatkan ? Haaa.. Ada ke orang nak kongsi ? Hurmmm…

Kalau aku ? Hahahaha… Aku tanya dia balik..

“ Kalau awak , awak nak bagitau tau dari mana awak amik ? “

Hurmm.. susah jugak meniaga ni.. Sebab tu Islam suruh meniaga dengan jujur.. Kalau semua orang jujur , maka…. Hurmm.. Semua orang bahagia dan tenang meniaga..

“ Saya amik bekalan nasi ni kat Kak Ani.. Umah dia kat hujung Taman Seroja tuuuu .. “.

Fuhh.. punya la jujur.. Bersangka baik , kononnya..

Lusa , orang tu meniaga sebelah kita … Adehhh !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI