Ahad, 27 Mac 2016

Ini namanya , Nasi Tumpang !

 

Atau nasi tupe.. hehehe.. Antara makanan yang patut korang rasa bila berada di Kelantan atau bila terjumpa di mana mana pasar pagi.. Haaa.. Bila jumpa , sila beli dan makan ! Nyummmyyyyy…

image

Memula aku nampak makanan ni aku ingat .. hurm.. aku tak terbayang la apanya pon ! Tak tau lak ni makanan.. Atau aku ingat ayahanda pada si Tapai .. Bila tanya wife  dia jawab .. Ni la Nasi Tumpang !

Haa?? Dia tumpang nak g mana lak ??? Adehhh .. Ada jugak boleh main tumpang tumpang eh ??

Camana rupanya ?

image

Sedap ??? Serius sedap ! Huhuhuh… G la try !

Akhirnya , dia berenti membebel !

 

“ Bang , petang nanti gi Ikea eh ? 

Aku , ok jerr… Sementara ada duit skit.. Dan dia nak beli apa apa keperluan untuk rumah , ni masanya.. Bajet tak lebih RM100 ! Haaaa.. nak beli apa di Ikea dengan bajet banyak tu ??? Hahahaa..

Setelah 2 jam di Ikea… maka balik ke rumah ! Sampai di rumah.. dia memunggah barang dan aku pengsan ! Bukan sebab penat tapi sebab kesengal lutut membuatkan aku rasa terseksa ketika berjalan !

Dan dalam diam.. dia membeli sesuatu yang aku tak terfikir ! Dan ini membuatkan aku tidak lagi dibebel ketika membasuh pinggan !

image

Kalau tidakk…

“ Bang , berapa kali la nak cakap.. baki makanan terutama nasi tu , jangan buang dalam sinki. Sumbat nanti , abang gak susah ! Haaa.. “

Dan adanya penapis besar gitu.. aku selamat .. untuk kali ni !

Legaaa sangat !!

 

Akhirnya , aku ada tv dalam bilik aku sendiri ! Lama dah teringin nak ada tv sendiri tanpa ada gangguan sapa sapa .. hahahaha .. Dah tua tua gini , baru tercapai hajat ! Tv di bawah tu , biar anak anak je kawal.. dalam bilik ni , daddy yang punyaa !

image

Tak pasang ngan Astro pon.. Download movie pastu mirrorkan aja dari Samsung Tab S2 aku.. clear je gambar.. eehehe…

Satu lagi lega ialah.. lutut aku ! Aku pakai yang baru ni , ternyata lebih bernafas skit laaa lutut aku.. Yang sebelum ni , fuhhh.. Yang getah tuu .. ketat skit..

Er , harga pon cun gak yang ni.. huhuuh..

image

Hurm.. kalau tak elok gak minggu depan… memang kena MRI gak la kaki aku ni.. hurmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI