Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 28 Mac 2016

Patut OLA BOLA best !

 

Semalam , aku berpeluang menonton 3 movie sekali gus.. Ola Bola , Bravo 5 dan Jejak Warrior.

image image image

Ketiga tiga filem ni memang best untuk ditonton tapi sayangnya , Ola Bola memang patut dapat pujian dan kutipan box office ! Bravo 5 , boleh nampak macam filem Survivor.. Aku terpinga pinga tak paham… Babak tak patut ada pon ,dia selitkan.. buat apa ? Adehh.. Walhal , Bravo 5 boleh dibuat jauh lebih bagus bila adanya kerjasama dari pihak kerajaan dan juga tentera.

Jejak Warriors.. Aku rasa filem ni boleh dikembangkan lagi.. Ada cerita tapi macam.. hurmmm… Selayaknya main kat cerekarama jer kalau jalan ceritanya seperti yang aku tonton. Bukan tak bagus tapi ..biasa sangat ! Haaa..

Ola Bola ? Patut ada yang mengalir airmata.. Patutlah ada yang ulang tengok .. Jalan cerita mantap. Ada cerita. Kesinambungan yang menarik. Semangat negaraku begitu meluap bila menonton filem ni..

Walaubagaimana pun.. ketiga tiga filem ni mmg ok bagi aku. Takde la meleret dengan cinta cinta gituuu.. Sekurangnya , terhibur bila menonton dan tak meluat melihat aksi aksi mengarut.. seperti bomoh dan adegan tayang badan….

GST membebankan atau membantu kita ?

 

Sebelum dikenakan pada rakyat , gendang dipukul bertalu talu yang mana rakyat diberitahu GST tidak akan membebankan.. Tapi sayangnya , rakyat di era viral ini , dah faham dan masak .. semua tu omong kosong belaka ?

Hari ni aku kena servis kereta lagi.. Dalam kepala , terbayang GST yg bakal dikenakan pada aku. Aku tak kisah bayar GST asalkan aku dapat rasa kenikmatan hasil bayar cukai tu.. Tapi ??? Hurmmm..

Selain servis kereta.. roadtax pon akan tamat tempoh.. ini bermakna insuran pon kena renew gak  !

image

Nasib baik aku main kutu dah dari awal tahu. Duit kutu je la aku gunakan untuk cover insuran ni.. Huhuh.. Bajet aku , RM1K termasuk roadtax..

Dan di pusat servis , aku dimaklumkan mengenai insuran yang dikenakan pada kereta aku.. NCD 38%. Katanya kereta baru.. Aku angguk je la.. Kena kencing ke tak , wallahualam. Tapi yang pasti , bila berlaku kemalangan.. bawak ke balik ke diorang ! Dah 4 tahun aku guna company yang sama.. Nama besar gitu ! Ahh , aku malas pening kepala.. Bayar jer..

GST ..RM89..berapa sen tah.. Fuhhh.. Kang buat roadtax , GST lagi ! Perghhh.. Kejap lagi gi barang dapur , GST lagi ! Arghhhhh ! Stresss ! Keje bagai gila.. bayar cukai ! Tapi yang makin kaya , ‘ diorang ‘ ! Aku cuma mampu hidup jer..

Hulur kad kredit.. GST lagi.. Nak bayar cash ? Hurmmm… Nanti laaa..  Tunggu duit kutu , cover semua perbelanjaan hari ni ! Hurmm..

Tetiba terfikir tahun depan.. Qhaliff dah nak masuk taska… Gulp ! Adik dia yang bakal lahir lagi.. Gulp…

Jangan ngeluh.. Rezeki anak anak ada ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI