Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 29 Mac 2016

Respek la si ibu ibu bekerja !

 

Daddy kena kerja lagi hari ni.. Esok pon ! Lusa begitu juga.. Jumaat je baru takde apa apa projek !

image image

Tapi kan.. tiap kali aku nak tinggalkan anak , aku rasa cam.. sesuatu kehilangan ! Terasa sebahagian dari diri aku , kosong ! haaaa.. Rasa nak usung je dua dua ikut sama g meeting tuuu !

Terbayangkan tahun depan Qhaliff g taska.. Aku rasa kalau dia balik kul 12 tengahari , kul 10 aku standby depan pintu taska tuu.. Hahahaha.. Rindu kat dia.. Huhuhhu..

Tu la kan.. Aku dapat rasakan camana si ibu punya perasaan setiap kali berpisah dengan anak mereka.. Aku yakin , mereka kalau boleh.. nak duduk bersama anak anak.. melihat anak mereka membesar bagai johan .. kan kan ?

Si ayah lak ? Kalau boleh.. malam baru nak masuk rumah.. kan ? Kalau boleh Sabtu Ahad pon nak kerja gak.. Tapi aku yakin yang perangai gitu sikit jer.. Alhamdulillah.. korang tak gitu kan ? Good !

Bila dah rapat ngan anak , ginilah akuuuu… Tak caya . cuba la try.. Try la kawin ngan bini baru.. Sure payah  nak lepas punya kan ? #Ehh ..

Bila lutut sakit..

 

Sengal ! Asyik nak kena usap dan urut jer kepala lutut dan pelipat kaki ! Bila solat , memang payah laa ketika nak bangun dari sujud tu.. Fuhhh.. Nak duduk antara dua sujud pun berair mata.. Terasa menyesal main futsal ari tu tapi apakan daya.. dah terjadi !

Tiba tiba aku teringat.. Jus Annona yang boleh meredakan keradangan sakit sendi terutamanya lutut ! Jus Annona yang mengandungi ekstrak durian belanda mampu menjadi paint killer untuk sakit sendi yang aku alami !

Aku pernah buat review mengenai Jus Annona, baru baru ni.. Sakit pada joint di siku aku hilang seketika selepas minum Jus Annona.. Kemudian aku amalkan selama beberapa hari dan terdapat perubahan pada siku aku ! Tu yang aku ligat gi gym balik.. Hehehehe..

image

Aku tak kata pon yang Jus Annona ni akan pulihkan sakit sendi.. Ianya cuma bersifat menghilangkan keradangan.. Tanpa amik ubat yang mana ada orang tak suka makan ubat hospital ni.. Haaa..

Selepas aku minum satu sudu semalam.. terasa lega la jugak lutut aku tu.. Huhuhu.. Alhamdulillah.. Balik rumah , suruh wife urut skit.. Baru boleh tidur ! Nak tunggu seminggu lagi.. tengok kesan camana.. Ari tu , boleh je pulih tanpa gi spital.. heheh..

Oh , ada yang tanya.. mana nak beli ?

image

 

Atau korang boleh ke web Jus Annona mahupun Facebook mereka.

Web : www.annona.com.my

FB : Jus ANNONA

Atau boleh call ANNONA CARELINE ( 016 449 7181 ).

Kenapa Batman V Superman tak best ?

 

Hehehe.. spoiler ? Alaaa ,aku nak selamatkan duit korang ! Seriusss.. Aku tak tau la kenapa sejak aku besar ni , Superman dan Batman dah tak menepati selera aku walhal aku minat je diorang terutama Smallville.

Batman sejak George Clooney pegang watak tu , jadi tak best dah ! Terus hambar.. Walaupun Ben Affleck aku suka.. ( bukan sebab nama  dan rupa sama ), tapi dalam Batman ni , entahh.. aku jadi mengantuk sangat bila tengok ! Watak diorang best tapi  terlalu berdrama sangat !! Sebab tu kot ?

image

Nak dijadikan cerita.. maka semalam aku gi la layan seorang diri di Alamanda.. Aku ingatkan tak ramai orang.. Rupanya ramai gak la yang datang tonton.. Siap bawak anak lagi.. Huhuhuh..

Movie pon bermula.. Hero , sasa wooo ! Kacak gituuuu.. Huhuhuh.. Tapi kenapa mata aku makin layu dan layu ! Puas aku try jegilkan mata.. Arghhhh .. Why sekarang ????

Aku nekad.. aku keluar je dari panggung dan datang tonton bersama rakan rakan blogger je nanti tapi.. sayangnya ! Aku dah luangkan masa.. tinggalkan Qhaliff ! Pastu nak persiakan masa ?? Tonton kasi abissss , Ben !!

Aku pon layan dan layann… Beberapa kali aku terlelap dan mengharapkan babak Superman mati tu muncul ! Tu pun sebab dah kecoh kat Facebook yang bagitau Superman mati. Aku ingatkan mati kena belasah Batman.. Rupanya ngan monster macam muka… krik krik…

Hampa.. aku keluar dari panggung ! Kalau aku tau , aku g makan tenghari lagi best ! Tak pasal pasal aku kebulur tenghari tu .. tak sempat nak makan..

Watak Superman.. aku suka giler ! Watak Batman aku kagum ! Tapi drama dalam filem ni melayukan aku.. Layuuu ! Terus terbayang The Avengers.. atau Captain Amerika mahupun IronMan..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI