Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 2 April 2016

Selamat Hari Lahir ke 4 , Qhaliff Iman !

 

Alhamdulillah.. sekejap je masa berlalu.. tahu tahu dah 4 tahun dia membesar di sebelah aku.. Tiap kali aku memandang pada dia dan berdoa dalam hati…

“ Moga dia membesar menjadi anak yang soleh serta berguna kepada masyarakat… “

image

Semalam bawak dia ngan adik dia ke Ayer@8 , Putrajaya. Main kat sana.. Huhuh.. Suka sangat dia sampai tak nak balik. Dan buat kali pertama , dia buat perangai di luar jangkaan aku. Dia meraung raung di tengah orang ramai tu.. Adehh..Ni perangai penutup usia 3 tahun ke ??? Geram tu memang geram la.. Adik dia tenang jer bila ajak balik.. Dia lak lelebih…

Hurmm.. dia nak naik ‘car’.. Kang daddy keluar la gi cari… Hadiah untuk dia.. Bukan tak pernah beli pon… dah beli dah dulu.. Tapii masa tu dia tak pandai nak main lagi.. Kali ni dah pandai.. kena beli lagi.. yang lama punya rosak dah..

image

Yelah.. dia lama tak keluar main.. asik g umah atuk dia.. asyik ke shopping mall je.. Eh ??? Hahahaha.. Dulu rajin la ke tempat tempat gini.. Tak pe la , malam ni gi lagi.. main puas puas.. Semalam aku dah terlalu penat.. Tak larat dah nak jegilkan mata..

Selamat hari lahir sayangku.. Moga membesar bagai johan..

Jangan lupa undi Ben Ashaari. Klik Sini.. Pastu ke no 15 !

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI