Rabu, 6 April 2016

Kesian budak budak sekarang..

 

Teringat kata seorang kawan..

“ Diorang ni budak budak lagi. Usia diorang ni , di zaman kita dulu duk main sungai.. main kejar kejar.. Main guli ! Tapi sekarang ? Diorang duduk sendirian dan main tab.. handphone ! Bila sekolah , dari pagi sampai malam dok ngan buku jer.. Siang , sekolah agama. Tengahari sekolah kebangsaan. Malam , tuisyen. Pastu buat kerja sekolah. Selesai semua , baru boleh tidur. Baru nak nyenyak , kena kejut gi sekolah. Stress diorang ! “

image image

Teringat wajah Qhaliff yang baru jangkau 4 tahun. Apa plan aku pada dia ? Duit aku dah mula menyimpan untuk dia. Apakah aku nak dia jadi profesor ? Guru agama ? Ahli saintis yang berjaya ? Pilot ? Blogger??? Nak jadi blogger tu boleh.. tapi biar blogger yang berilmu.. bukan cam bapak dia.. Bapak dia , nasib baik handsome.. leh la cari makan skit.. Hahahaha..

Tapi betul apa kata bro tu.. Ada sampai Sabtu Ahad pon penuh dengan aktiviti . Kononnya , tak nak jadi cam mak ayah dia. Biar mereka lebih berjaya ! Tapi peliknya , masa mak ayah dia sekolah dulu.. baru sekolah kebangsaan dah tak larat ! Tang anak dia , macam macam suruh buat ! Apakah anaknya itu robot ???

Serius.. kalau akulah kanak kanak itu , aku pasti akan jadi tertekan ! Sibuk nak dapat no 1 ! Nak lawan dengan sepupu gitu. Adoi.. tak hagak hagak ! Diorang ni budak lagi. Bila diorang besar , apa memori diorang ada? Dah la kat sekolah pon tak aktif berkokurikulum. Kalau aktif , ok la gak.. Tapi confirm akan jadi penat sangatttt bila kat rumah !

Ada baik dan buruk .. Yer , aku tahu.. Tapi cuba tengok anak kita tu.. Dan jangan main sumbat jer tanpa mengetahui masalah mereka andai mereka datang mengadu. Tahu nak marah jer ! Huhhhh…

Qhaliff nak kawan..

 

“ Daddy , jom g gymm.. “

Hurm.. tiap kali dia kata gitu , aku tau apa dia nak sebenarnya. Dia nak bermain kat sana..

image

Ada sekali tu , selesai workout.. sampai je kat tingkat bawah gym tu , Qhaliff terhenti. Kat bawah tu ada taska. Dia pandang dalam tu..

Daddy , kawan…

Aku tunduk dan bisik kat dia..

Qhaliff nak g school ke ?

Dia pandang aku dan senyum. Pastu geleng..

Jom balik… “. Dia cakap kat aku.

Qhaliff semakin rapat ngan aku. Tapi takde masalah dia nak aku tinggalkan sebab aku tahu dia boleh menyesuaikan diri dengan keadaan terutama bila ada rakan sebaya.

Tahun depan , aku akan hantar dia ke taska. Tahun ni , biarlah dia enjoy dengan aku.

image imageimage image

image

Sebenarnya , aku yang sayu.. Dia nak berkawan.. Pasni dia sibuk la ngan kawan dia.. Daddy kena cari kawan baru la ! Huwaaa.. Er , takpe.. Zahra ada.. Pasni daddy dating ngan Zahra lak.. Huhuhuhh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI