Khamis, 7 April 2016

Makin berselera dengan Serunding Sedap Senghoti dan Dendeng Daging Lazat !

Malam ni mak aku masak nasi putih dengan sambal telur jer.. Ikutkan tu dah lebih dari mencukupi.Tetiba aku teringat Serunding Sedap Senghoti dan Dendeng Daging Lazat yang semakin mendapat tempat di Kelantan.

image

image

Terus aku terliur.. Huhuhuh.. Tunggu nasi siap masak dan terus cari pinggan. Nasi sesenduk dan sambal telur. Kemudian masukkan serunding serta dendeng .

Apakah rasanya ?

image

Perghhhh… ! Kalau ada air sirap , lengkap makan malam aku ! Hahahaha…. Tak sempat abis , aku tambah sepinggan lagi. Masukkan serunding dan dendeng lagi ! Huhuuh..

Cukup Ben , cukup ! Bawak bawak istighfar ! Ingat perut tu skit ! Esok masih ada. Order je lagi kalau abis. Ingat orang belakang pulak ! “ . Bisikan halus menerpa telinga kanan aku..

Makan Ben.. makan ! Sedap tuuu.. Makan sampai abis ! Kang nak order , kena tunggu lagi. Lain kali order banyak banyak. Baru puas makan ! “ . Terdengar satu bisikan lagi di telinga kiri..

Amboiii…. Godaan sungguh !

Mak.. serunding ni ok tak ? “. Aku pasti akan tanya dia dulu. Sebab mak aku cerewet bab makan..

Sedap.. semalam makan ngan bubur.. Bertambah ! Hang ada beli lagi ka ? Nanti mau satu tau.. “. Jawab dia.. Huhh… Dah tak pasal pasal aku kena repeat order !

Teringat akan Ramadhan yang akan datang dan wife yang semakin sarat mengandung. Dia pasti tak larat nak masak atau nak cari makan di bazaar Ramadhan. Nampaknya aku kena buat stok dari sekarang ! Huhhuuh.. sebelum takde stok atau kehabisan stok !

Mana nak beli ? Nak kann ? Aku tauu.. aku pon nak order gakk.. Ok , untuk segala maklumat lanjut , boleh rujuk di :

Dendeng Daging Lazat..

FB: njoimakan 

Instagram : njoimakan 

Tel: 018 7724826

 

Serunding Sedap Senghoti

FB: serunding_sedap_senghoti

Instagram: serunding_asli

Tel: 011 3139 4595

Hurmm… bagi mereka yang kaki serunding atau tak pernah makan.. sila la try ! Leh makan ngan roti gak ! Kalau letak dalam nasi goreng ke.. Perghhhh ..

Ok… aku nak sambung makan.. round 3 !

Review The Jungle Book 2016

 

Arghhh ! Rugi , rugiiii… Rugiii !

image

Rugi kenapa ? Huhhhh ! Dah booking tiket ke ? Alahai.. Tu la.. lain kali tunggu aku review dulu.. Maklumlah , aku siang tak keje.. malam baru ker .. Korang siang kerja .. malam tak keje kan ?

Ok ok…. Apa yang tak best ? Hurmm.. Gini.. Aku tadi g la tonton dengan geng aku iaitu Awie , The Pelukis Man.. Haaaa ..Siap beli pop corn kongsi lagi haaaa..

Tunggu punya tunggu sambil main hp , akhirnya bermulaa laa.. Aku tumpukan perhatian.. Sesekali mulut mengunyah pop corn. Dalam hati dah timbul rasa menyesal !

image

image

Hurmm… hurmmm.. Rasa macam nak keluar jer ! Tapi alang alang dah tengok , tengok je la kasi abis !

Part mana tak best ?? Serius nak tau ??? Haaa.. Jalan cerita dia , aku rasa korang pon dah tahu kan.. kannn ? Haa.. Tapi kalau dilayan dengan 3D , aku rasa lagi gempak kot ! Tu pasal aku kata rugi ! Kalau tau segempak dan cun gini , baik layan 3D jer.. Huhuhuh..

Kesimpulan ? Haaa.. Kalau tak bawak anak , layan 3D. Kalau bawak anak , tengok biasa biasa je dah la.. Hahahaha.. Dan aku rasa , anak bawah 6 tahun , tak yah la bawak.. Rasanya BoboiBoy lagi mudah untuk diorang paham.. hehehehe…

Jungle Book , tak rugi ditonton.. Tak macam Batman V Superman.. Huarghhhh.. ngantuk !

Isu ‘ Awak ‘ : Angkuhkah Doktor itu ?

 

Dah viral. Aku terbaca… Kemudian ramai menghentam dan ada yang backup. Aku pulak camana ??? Hurmm..

image

image

Aku yang selalu berurusan dengan client di media sosial biasanya akan lihat dulu dengan siapa yang aku berurusan.. Kerana apa ? Aku tak tau dengan siapa aku berurusan maka aku perlu tahu. Jika dia sudah bagitau sapa dia , tu lagi bagus ! Bagus kerana mudah untuk aku memanggil dia..

Kenapa ? Yang pertama … itu menunjukkan yang kita ni profesional. Bila berurusan , perlu ada batasnya. Bukannya kita berurusan dengan kawan tepuk tampar kita.. Satu lagi , dia tu client kita.. perlu hormat.. Bilia mereka nampak tahap profesional kita , mereka pon akan hormat kita.. Maka , mudah untuk berurusan.. kan kan ?

Angkuhkan Dr. Harlina ? Aku tak rasa langsung.. Dia suruh panggil Puan atau Dr je pon.. Mudah.. Title Doktor tu memang tak bawa ke mati tapi memudahkan dia untuk mengucapkan.. Nak panggil makcik ? Kalau tak tau sapa dia , mungkin boleh la kot.. Tu pun selepas dah stalk FB dia… dan tak tau sapa dia tapi bila tengok gambar , mungkin lebih berusia dari kita tapi paling sesuai , panggil la Puan atau ‘Kak’ … sejuk hati client kita.. kan kan ?

Abis tu panggil ‘ Awak ‘ tak sesuai ke ? Dalam berurusan dengan client di media sosial , untuk memanggil di saat pertama perkenalan tu , tak sesuai.. Selepas lama berbual , mungkin ok la kot. Tu pun kalau dia tak bagitau sapa dia…. dan dia ok jer dalam perbualan tu !

Apa apa pun.. tunjuk siapa kita pada client kita.. Bukan suruh angkuh atau berlagak tapi untuk tunjuk kita profesional dalam berbisnis..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI