Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 9 April 2016

Apakah nasib mereka , pelakon veteran ?

 

Mr. Os pergi meninggalkan kita. Hilang lagi seorang permata yang sering membuatkan aku tersenyum dikala aku dalam keadaan duka. Tengok muka arwah di kaca tv , aku senyum dah.. Ingat lagi filem filem komedi arwah yang seronok ditonton.. 

Teringat pasangannya , Salleh Yakob… sekarang jadi penyampai radio di Sinar.Fm .. Setiap kali dengar suara dia setelah bertukar pasangan, aku jadi kesian. Dia seolah olah memaksa dirinya. Aku tak nampak dirinya yang sebenar di situ. Hurm.. dengan keadaan ekonomi sekarang.. keluarga yang besar.. tiada tawaran berlakon lagi.. aku rasa dia bernasib baik dapat jadi penyampai radio.

Kemudian terbaca seorang lagi pelakon veteran yang lakonannya cukup mantap… kerjanya sekarang menjual pisang goreng ! Aduhhhh…. kesiannya ! Dimana pembelaan untuk mereka ? Takkan takde job dah untuk mereka ? Takkan sekarang nak pacak muka cun seksi dan kacak tapi lakonan kayu ! Oh ,ikut permintaan pasaran di negara kita.. hurmmm..

image

Pelakon Veteran , Roslan Salleh Jual Pisang Goreng Tampung Hidup – Perak Today

Banyak lagi pelakon pelakon veteran yang kita kenali ..hidupnya melarat dan terbiar.. Sedih mengenangkan nasi mereka..

Bila melihat mereka , aku terbayang diri aku satu hari nanti. Aku yang sekarang ini orang kenali.. bila sampai satu tahap , aku dalam kesusahan.. apakah mereka akan membantu aku ???

Semoga Allah murahkan rezeki dan permudahkan hidup mereka..dan kita semua !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI