Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 10 April 2016

Syoknya kalau ada bathtub !

 

Hari ni workout di petang hari. Selepas tu , g panjat bukit.. Minggu ni ada satu lari larian.. SuperHeroes di Matic ! Nak join ? Jom laaa.. Masih boleh join ! Hehehehe.. Saja , bakar lemak di kala orang sedang membuta lagi.. kan kan ?

Ok… Pastu balik umah.. Cuaca masih terasa teriknya ! Masuk je rumah , aku disambut anak anak. Ceria diorang . Macam setahun aku gi berperang !

Dan kedua duanya , dah siap mandi.. Ahaaa.. Aku plak nak berendam la kalau gini ! Hehehehe… lama tak berendam wooo ! Aku nak rehat lak… dalam bilik air kali ni ! Dan pintu bilik air , diketuk.. dua dua nak join sama ! No waayyyy !

image

Fuhh..real tidur tuu ! Dah tu, sapa amik gambar ????

image

Ahaaa.. ni baru real ! Hahaahha…. Lega siut dalam berendam walaupun , tak muat !!

Apa nak buat.. bukan ada orang nak sposor bathtub.. kan kan ? Tadi gi tengok kat IOI Mall Putrajaya.. Harga dalam RM2K+ gituu.. tu baru yang biasa jer ! Yang gempak dan luar biasa…

image

Yang macam ni di bawah ni !

image

Wife pandang..

Nak pasang kat mana ?

Eh , bilik kita la.. kita renovate bilik kita.. kita tidur je kat ruang tamu.. Janji ada menda ni ! Haaaaa.. “

Wife tolak troli pergi meninggalkan aku.. Malas layan kerja giler aku ! Pantang ada duit skit .. nak beli itu ini.. Baru skit je ada duit ! Huhhh…

Kalau ada yang nak sponsor , sila bagitau yer.. Hahahaha…

Bila usia menjangkau 40 tahun !

 

Baru selesai workout kat gym. Minggu ni agak malas sedikit nak gi gym. Kenapa ? Satu , panas ! Dua , Qhaliff nak ikut sama. Dia suka g borak ngan orang yang sedang serius workout ! Tak jadi diorang nak workout.. hahaha .. Dan tiga , rehatkan lutut.. Huhu…

image

Kelmarin , aku gi gym di Cheras. Yang malam ni , kat Sepang.. Di Cheras , aku jumpa la kawan lama aku. Dia memang ada je kat sana.. Aku cerita kat dia apa yang terjadi pada aku… lutut aku ! Kemudian dia pon cerita jugak la.. Dia pon pernah kena gak masalah cam aku kena tu.. Dia siap jumpa pakar lagi dan doktor pakar tu kasi la buat fisio bagai laa.. Kemudian dia kasi tip..

Doktor tu suruh makan suppliment tambahan seperti minyak ikan salmon dan minum susu Anlene ! Kasi kuat balik tulang dan jugak minyak ikan tu kasi cover sendi sendi yang digunakan dengan lasak ketika bersukan sejak kecil dulu.. haaa.. “.

Lebih kurang begitu la ayat dia.. Aku ada tokok tambah skit je la.. Mana nak ingat sangat apa dia kata. Bukannya dia awek cun aku nak dengar betul betul. Kalau awek cun , mau je aku duduk depan dia dan tenung mata dia..

Merenung mata awak , dah buat lutut saya makin lemah.. Berikanlah senyuman.. agar lutut ini kembali kuat ! Walaupun untuk seketika.. “ .. Haaa.. aku nak cakap je gitu kalau dia tu awek cun. Ni harap sado je la.. hahahaha…

Selepas dia kata gitu , esoknya aku gi cari… kat Alamanda.

image image

Tak semestinya dah 40 tahun baru leh amik.. Korang yang dah lebih usia 19 dan aktif bersukan… dah kena amalkan dah ! Jangan tunggu tua , dah sakit tulang.. haaaa ! Baru mau nyesal ! Ketika tu , duduk termenung je la mengenang nasib..

Kalau aku tau.. aku ikut cakap Ben Ashaari hari tuuu.. “ .

Belikan la untuk orang tua kita.. kalau kita dah malas nak minum.. huhu…atau makan !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI