Isnin, 11 April 2016

Bila anak dara kena marah !

 

Hurmm… Sian dia.. kena marah ngan daddy ! Sesungguhnya dia memang suka provoke aku. Aku tahu , dia nak tarik perhatian aku. Abang dia jadi penghalang dia setiap kali dia cuba nak tarik perhatian aku..

Dan malam tadi.. dia kena marah. Aku pun terlepas amarah sebab agak stress dengan kerja aku. Aku dah mintak wife tengokkan diorang dan aku nak buat kerja. Tapi masalahnya , diorang suka mengekor aku ke mana mana saja .. huhu ..

Nyesal.. serius ! Aku batalkan semua urusan aku ari ni.. Wife pon amik cuti. Tebus kesalahan.. bawak dorang bermain di IOI Mall Putrajaya.. namun , rasa bersalah tetap di dalam hati.. hurmmm..

image

Zahra ni.. dia memang hati kering. Sangat berbeza dengan Qhaliff yang lebih lembut tapi keras. Semalam bila Zahra kena marah ngan aku , Qhaliff marah aku balik ! Siap gi cerita kat ibu dia yang aku marah Zahra.. Amboiiii… Dan dia ungkit berkali kali walaupun dah seharian berlalu.. Dia ingat apa yang berlaku pada adik dia ! Sungguh superhero la dia ni.. Tapi bila dia marah adik dia , dia lupa semua ! Huhhh…

image

Teringat tadi diorang main menda alah ni.. Setiap kali Zahra tarik tangan dia , Qhaliff berenti dan tarik semula tangan dia.. suruh pegang pinggang dia.. Takut jatuhh ! Siap marah lagi.. hahahaha… Abang long sungguh laa…

Tunggu adik diorang lak.. apa ceritanya.. Abang long kena sekolah dah..

Salahkan ibu bapa !

 

Daddy , nak buang mana ni ? “ . Kotak minuman air milo dah diselesaikan dek Qhaliff.. Dia tak nak buang kat dalam kereta..

image

Hurm… aku saja nak test anak aku.. Aku bukak tingkap kereta dan buang satu plastik kecil bungkusan makanan ke luar tingkap. Aku tak suruh dia meniru sikap buruk aku tu tapi mereka memerhati dan belajar dari tingkah laku ‘superhero’ mereka..

Dia pon bukak tingkap dan nak buang kotak minuman air milo dia.. Dengan pantas aku jerit..

Qhaliffff… kasi kat ibu.. Jangan buang kat luar ! Bagi ibu.. cepat ! “.

Hurm.. Yer , sesungguhnya ibu bapa adalah contoh pada anak anak mereka. Didik mereka sewaktu mereka masih kecil. Jangan tunggu besar , baru nak ajar..

Teringat lagi aku sewaktu kecil dulu.. Perasaan teringin nak merokok tu terlalu kuat.. Kenapa ? Nasib baik aku tak merokok… berjaya tidak merokok !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI