Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 12 April 2016

Tak jatuh ego suami…bla.. bla.. bla

Status dan gambar aku hari ni di Facebook, tiba-tiba dapat sambutan di luar jangkaan.. Hampir dapat 500 shares dan 5 ribu likes.. Aku tak sangka pon dan bukan niat aku sebenarnya nak viralkan gambar ni..

Apakah tujuan aku sebenarnya ?
Mudah jer.. Ada lelaki yang segak , kacak , sado , kaya dan berpendidikan tinggi beranggapan jatuh ego mereka bila buat kerja kerja rumah ! Apa guna ada isteri ? Atau ada orang gaji ? Kan kan ?
Hurm… walaupun berkemampuan mengaji pembantu rumah.. apa salahnya sesekali bantu isteri… kan kan ? Bila sama sama saling membantu , barulah terasa kemesraan di situ. Bayangkan bila dah lama kawin , api cinta dah semakin kelam.. aktiviti beginilah yang boleh membantu mengembalikan kehangatan kasih sayang.. kan kan ?


Aku tau ramai je lelaki aka suami orang sekarang semakin rajin.. Alhamdulillah.. Namun masih ada yang beranggapan , ini kerja perempuan ! Maka biar je perempuan yang buat !! Terutama mereka yang baru baru berkahwin.. Haaaa…
Sapa amik gambar aku tu ? Tu tak penting.. Kalau boleh pikir , dengan telefon pintar tu , macam macam boleh buat.. kan ? Sendiri angkat pon boleh.. kan kan ?

Akhir kata.. jika suami anda dalam golongan rajin gini , maka bersyukurlah.. Suami anda ada ramai peminat .. terutama di pejabat.. hehehehehe..Dah la kacak.. rajin lak tu ? Kan kan… 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI