Khamis, 14 April 2016

Best tak ‘ The Huntsman : Winter’s War ‘ ?

 

Syok jugak blogger sepenuh masa ni.. Di kala orang sibuk kena arah dek bos , aku dokk makan pop corn di dalam panggung wayang.. sambil goyang kaki.. Tengok kiri kanan kerusi.. kosong ! Tak yah gaduh gaduh ngan orang belakang atau orang depan , kepala besar ! Huhhhh..

image

Ok.. kenapa aku tengok filem ni ? Filem Redha pon dah main.. Dia punya trailer , aku memang sedih tengok.. Maklumlah , aku ada anak dan aku jaga anak aku dari kecik.. Sesungguhnya bukan mudah nak jaga anak autisma ni.. Respek pada ibu bapa yang begitu tabah dan sabar melayan anaknya itu.. Moga Allah terus berikan ketabahan.. Kalau korang boleh layan cerita sedih , aku syorkan g tengok Redha..

Aku ? Aku tak larat nak sedih.. Dah la aku ni cepat cedih dan cepat stress.. haa.. Kang aku teriak dalam tu.. OK ok.. sambung balik point utama.. Aku minat watak Thor..Dan mamat hero ni , masih diselubungi watak Thor dalam filem ni.. hehehe.. Dan yang penting , kacak siuttt ! Kalau Superman haaa… Dia kacak dan macho ! Haa.. kan kan ?

Filem ni best tak ? Giler kau tak best ! Hahaahha.. Berbaloi la tengok dari tengok Superman V Batman tu haaa… Best part bila isteri dia mati ! Haa.. dari situ la dia start selekeh .. kan ? Dan dalam filem ni , tunjuk sapa dia sebenarnya.. Best best !

Nak lagi best ??? Kakak dia tak mati sioutt ! Nak lagi best ??? Bini dia pon tak mati siottt ! Haa.. Nak lagi best ? Eh , tengok laaa sendiri ! Huhhh.. jangan download.. memang tak best ! Huhhh..

image

Huhhh.. bila tengok dia , macam tengok cermin.. aku mengadap cermin.. Sebijik siut ! , Kan ?

Semakin enak bila ditambah Sambal Hitam Pahang !

 

Mak aku masak maggie.. Dia pon dah buntu nak masak apa , tengahari semalam..

Hang mau maggie ka ? “

Mula-mula aku geleng kepala.. Tetiba aku teringat sesuatu ! Terus aku tukar jawapan aku tadi , dari taknak maggie kepada nak !! Nak makan sangattt ! Haahahhaa… Yess !

Kenapa aku beria sangat ?? Hehehe.. Aku teringat Sambal Hitam Pahang yang aku dapat dari rakan di Pahang.. Rakan Facebook kirim.. Suruh aku rasa ! Ni masanya yang tepat untuk aku rasa.. Kalau sedap , dia suruh review.. Kalau tak sedap ?? Mustahil katanya tak sedap ! Hahahaha.. Sambal Hitam Pahang ni popular okkkkk !

Tadaaaa ..

image

image

Sebenarnya , sambal hitam ni dah cukup popular di Pahang.. Cuma ramai ‘orang luar’ tak tauuu.. Kalau tak tau , meh aku bagitau.. Sedap ok !!

Apakah dia boleh makan dengan nasi atau megi je ???  Tu dia ! Rakan di Facebook dah bagitau cara nak makan ! Confirm licin punyaa laa…

image

Dan.. maggi yang aku makan tu, tak sampai 5 minit ..licin ! Nasib baik aku dah mula jaga badan.. kalau tak !! Sahih aku bertambah lagii ! Huhuhuh..

Nak try ? Ramadhan dah dekat.. sila simpan buat stok ! Huhuhuh.. Camana nak beli ? Haa.. Sila ke MINionlicious Enterprise Sambal Hitam Pahang. Moga segala kekalutan hilang bila makan sambal hitam Pahang ni nanti ! Hahahahaha..

Sedap laaa !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI