Ahad, 17 April 2016

Bangga aku dengan mereka..

 

image

25 orang blogger Kelab Blogger Ben Ashaari berkumpul di satu lokasi.. bukan untuk lepak suka suka.. bukan untuk bersantai .. tapi untuk satu job yang menarik !

Ada antaranya , belum pernah bersua muka.. Sekadar berbual di whatsapp.. Tapi bila bersua muka , semua seperti dah kenal bertahun lamanya.. Alhamdulillah.

Mereka tiba tepat masanya. Duduk. Dengar dan bertanya. Tak perlu guna mic. Tak perlu tinggikan suara ketika bercakap. Mereka , dah cukup tahu apa perlu dibuat..

Dan client amat sukakan suasana ini ! Sapa kata komuniti tak berbaloi ? Bila satu kepala.. segalanya jadi mudah ! Tak perlu nak berlagak diva.. tak perlu nak berlagak otai.. Tak perlu nak poyo !

Yer , aku bangga sekali dengan mereka.. Berbaloi sekali usaha aku selama ini.. Dan aku bercadang nak tambah lagi rakan blogger dalam KBBA9 !

Mendekati golongan Gelendangan dan Miskin Kota..

 

Satu peluang untuk aku , bagi menginsafi diri.. Betapa untungnya aku atau sebenarnya aku tergolong dalam mereka yang dalam kerugian ? Hurm..

image

Hurmm… Lokasi , Pusat Transit Gelendangan Kuaa Lumpur. Ok , aku baru tahu kewujudan tempat ni.. Menurut sumber , tempat ni baru je wujud dan Alhamdulillah.. mendapat banyak perhatian terutama syarikat besar dan NGO.

image

Berkumpul di sini.. Kemudian , para sukarelawan terdiri dari team GSL dan KBBA9 mula buat kerja…

Ramai pulak orang kat sini hari ni.. Menurut sumber , hari cuti memang ramai yang sudi datang dan memberi sumbangan dalam bentuk makanan.

Dan kami pon buat kerja.. Masukkan semua sumbangan ke dalam plastik dan kemudian masukkan ke dalam MPV..

image

Dan sumbangan kitorang ialah..

image

Kenapa ada buku latihan dan pen ? Ok , cuba fikir kenapa ? Haaa.. Bagitau aku jawapan… cepat !

Ok.. jom ke lokasi..

Dan , aku terkejut melihat suasana di sini..

image

image

image

Ramai betul gelendangan di sini.. Dan ramai pulak orang dok bagi makanan kat area ni..

Tiba-tiba mata aku tertarik sesuatu.. Dan aku diajak oleh ketua sukarelawan kali ni , ke sana.. sana tu , belakang bangunan ni… Dan aku pun pergi la..

Di belakang tu , aku tergamam..

image

Pada awalnya , aku ingat mereka ni gelendangan.. Tapi rupanya bukan. Mereka ni punya tempat penginapan sendiri dan juga pekerjaan di sebelah siang namun sebelah malam , mereka berkumpul di sini dan ‘belajar’ untuk menambah pendapatan sampingan dan juga anak anak mereka diberi pendidikan tambahan..

Sangat menarik ! Mereka diberi tunjuk ajar dan juga kemahiran seperti menjahit yang bertujuan untuk menjana pendapatan bagi membayar kos kos perbelanjaan harian seperti sewa bilik dan sebagainya..

image

image

Mereka ini bukan gelendangan.. tapi mereka ini digelar ‘ miskin kota’ . Maksudnya , diorang punya pendapatan harian tak mencukupi untuk terus hidup. Maka ada pihak tertentu mengambil inisiatif memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan ! Alhamdulillah. Mereka ni masih muda .. dan mereka telah berjaya mempunyai saham akhirat mereka sendiri.

Aku mencari ketua mereka dan alhamdulillah.. pesetujuan berjaya dicapai.. Kelab Blogger Ben Ashaari akan membantu mereka nanti dari sudut promosi !

Nantikan cerita aku pasal tu.. hehehe.. Ngantuk lak ! Esok kerjaaaa.. Miskin Kota ni bukan pengemis.. Gaji tak besar.. tak cukup.. Kena cari bisnis atau sesuatu untuk mereka terus hidup..

Hurmm… pengalaman malam ni , sangat menginsafkan..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI