Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 19 April 2016

Kenapa filem REDHA tidak dapat sambutan ?

 

Filem REDHA sedang ditayangkan di panggung wayang tetapi tenggelam kerana kemunculan filem  THE HUNTSMAN : WINTER WAR.  Kenapa boleh tenggelam walhal filem ni dikatakan mampu mengalirkan airmata serta memberi kesedaran pada para penonton.

image 

Aku rasa laa.. ramai tak paham apa itu autisme ! Sebab tu macam entah tak endah je .. kan ?

Ok.. Korang takyah google.. aku dah google kan dan kasi jawapan untuk korang.. Aku amik dari wikipedia dan edit skit.. boleh baca  lebih lanjut di wikipedia..

“ Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris  mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun.

Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.

Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now"). Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.

Sesetengah individu yang berjaya dipercayai mengalami autism pada peringkat tertentu. Bagaimanapun, autism lebih kerap di dapati pada individual yang mempunyai permasalahan pembelajaran (learning disabilities).

Di Malaysia, kanak-kanak warganegara Malaysia yang telah disahkan autisme boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan pelajar memperoleh bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.[1] 

image

Ok… tolak tepi review kawan kawan.. tunjukkan sokongan dengan menonton filem ini kerana setiap tiket , ada bahagian akan didermakan pada persatuan terbabit.. Kalau tak silap aku laa.. Kalau silap , sila beritahu yer..

Filem yang diinspirasikan dari kisah benar itu menceritakan pengalaman pasangan suami isteri, Razlan lakonan Namron dan Alina  membesarkan anak mereka yang menghidap autisme.

Dilema pasangan ini dipapar penuh perasaan dalam trailer terutama sekali persembahan berkesan Namron yang tidak dapat menerima hakikat anaknya menghidap autisme.

Jommm penuhkan panggung ! Sesekali menderma melalui cara gini , apa salahnya kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI