Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 21 April 2016

Perlukah aku berhenti ?

 

Aku teringat satu tika dulu.. ketika aku menganggur bertahun lamanya.. Ketika tu , tiada kawan.. tiada lawan.. tiada yang endahkan aku. Aku terkontang kanting. Nasib baik aku masih punya keluarga tetapi hari hari la kena leter..

“ G la cari kerja.. “ .

Bukannya aku tak cari kerja.. cari dah ! Tapi takde ! Yelah , nak cari kerja gaji RM2K di kala ekonomi mencecah lantai ketika tu.. mana nak dapat ! Suruh jadi  pembantu pam minyak , segan..

Akhirnya.. aku dapat jugak kerja.. Seorang kenalan yang juga jiran aku offer kerja di tempat dia.. Gaji RM650 sebulan ! Sebelum aku bergelar penganggur , gaji dah lebih RM2K kot..

Namun aku bersyukur. Aku tau camana payahnya hidup keseorangannya.. Aku nekad. Bila aku berada di atas , aku nak bantu orang. Walaupun aku tahu , aku boleh ditikam bila bila masa saja. Terbukti juga sewaktu aku bekerja dulu.. aku pernah backup sorang kawan pejabat ni .. tapi bila aku kena ‘sound’ dia buat bodoh jer.. Insaf aku !

Perjalanan hidup aku banyak mengajar aku. Jangan percayakan sangat manusia ni terutama yang mendampingi kita di saat kita berada di satu tempat yang tinggi !

Namun aku berfikiran positif.. Aku mengambil pendekatan seorang ustaz yang banyak membantu aku ketika aku bekerja di Putrajaya , satu tika dulu. Dia jenis tak berkira.. Alhamdulillah..

image

“ Hari ni kita tolong orang.. Jangan harapkan balasan dari dia.. Biar saja ALLAH yang membalasnya.. “.

Arghhh.. Aku sering terlupa part tu ! Aku tahu.. manusia ni mudah lupa.. serupa la aku ! Aku tahu , aku bukanlah insan sebaik baik insan. Maka aku cuba buat kebaikan sebanyak mana yang termampu sebelum aku ‘pergi’ untuk selama-lamanya.

Kehidupan dalam dunia maya , tak jauh bezanya dengan realiti. Tapi rasanya , lagi terus dari realiti ! Hakikat yang perlu aku terima. Persoalannya , apakah aku harus teruskan perjalanan hidup aku begini aku , bersikap seperti mereka.. Tak perlu endahkan manusia lain.. Pentingkan diri sendiri !

Tapi aku bukan begitu.. Aku dah dibesarkan dengan pengalaman hidup. Biarlah sedikit , tapi kita berkongsi..

Hurm… entahlah.. aku serik. Rasanya dunia maya ni bukan tempat aku bermain.. Dah tiba masa kot untuk aku bersara , sepenuhnya ?

Sidang Media Moslema In Styles International Tour 2016 dan Pra Pelancaran Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016

 

Bertempat di Talent Lounge , Damansara Perdana..sekali lagi aku menyaksikan perkembangan positif fesyen muslimah tempatan. Sidang akhbar “ Moslema In Style International Tour “ dan Pra Pelancaran Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016 telah berjaya dirasmikan dengan sempurnanya.

Majlis pelancaran dimulakan dengan kata kata aluan dari pengasas Moslema In Style , Encik Nurizman bin Abdul Rahman disusuli oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Keusahawanan Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) , Datuk Salmah Hayati bt. Ghazali.

image

image

image

Selaku rakan rasmi Malaysia , Moslema In Style bakal menyertai siri pertunjukan fesyen antarabangsa  yang diadakan di beberapa kota terkemuka dunia. Siri pertunjukan ini  bermula pada April 2016 hingga November 2016 dan dimulakan di kota London, Istanbul , Moscow, Jakarka, Paris , Machester dan berakhir di Kuala Lumpur.

image

Pada 30 April hingga 1 Mei 2016 , Moslema In Style akan menyertai acara fesyen terulung London Muslim Lifestyle Show 2016 yang bertempat di Olympia London , United Kingdom. Ia merupakan platform berprestij bagi mempromosikan kebudayan dan keseniaan Islam selain memasarkan produk dan perkhidmatan menerusi rangkaian jenama muslim di peringkat global yang mana  lebih100 buah negara bakal terlbat.Selain pertunjukan fesyen , London Muslim Lifestyle Show 2016 turut menawarkan pelbagai program menarik kepada bakal pengunjung seperti seminar , persembahan selebriti dan sesi jalinan rangkaian perniagaan bersama ikon ikon hebat industi.

image

image

Moslema In Style selaku rakan rasmi Malaysia bakal membawa dan mempromosi enam jenama tempatan yang mewakili Malaysia di sana nanti..

  1. Telekung Siti Khadijah
  2. Aidijuma
  3. Naelofar Hijab
  4. Imaan Boutique
  5. Rina Salleh Boutique
  6. MARA In Fashion ( Usahawan Fesyen  MARA )

image

Pada 13-14 Mei 2016, Moslema In Style kemudian bakal meneruskan siri jelajah antarabangsa ke kota Istanbul , Turki dengan menyertai Istanbul Modest Fashion Week 2016 dan merupakan fesyen Modest yang paling berprestij di peringkat antarabangsa.

Kali ini Moslema In Style bakal berkolebrasi dan mempromosikan 5 lagi jenama Malaysia di sana.

  1. Telekung Siti Khadijah
  2. Aidijuma
  3. Naelofar Hijab
  4. Jubah Souq
  5. TSAR

image

Selepas London dan Istanbul , program Moslema In Style International Tour 2016 bakal ke beberapa lagi kota fesyen seperti Moscow , Jakarta , Paris dan Manchester bagi mempromosikan industri fashion Modest Malaysia di peringkat antarabangsa.

image

Siri jelajah ini dijangka melabuhkan tirainya pada November 2016 di Kuala Lumpur , Malaysia menerusi acara fesyen Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016.

Moslema In Style , sekali lagi dilantik selaku Penganjur Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016 yang bakal mewarnai kalender fesyen Malaysia pada 26 hingga 27 November 2016. Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016 memberi peluang kepada pereka fesyen terkemuka mahupun pereka fesyen muda untuk mempamerkan hasil karya mereka melalui inteprestasi seni rekaan busana yang kreatif dan sopan.

image

Untuk maklumat lanjut berhubung Kuala Lumpur Moderst Fashion Week 2016 :

Web : www.klmodestfashionweek.com

Facebook : KLMODESTFASHIONWEEK

Instagram : MoslemaInStyle

Youtube : MoslemaInStyleTV

SnapChat : MoslemaInStyle

Tel : 011 2661 1187 ( En.Nurizman )

Email : Rizman@moslemainstyle.com

 

Bagi yang berminat untuk turut serta , jangan lepaskan peluang ini. Masa untuk mengembangkan lagi sayap perniagaan anda , berada di depan mata ! Heeee..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI