Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 23 April 2016

Penangan Nasi Kerabu Mok Su , Gate 1 Putrajaya !

 

Semalam..

Bang , hari tu.. Puan belanja nasi kerabu.. sedap giler ! Sebijik macam nasi kerabu Ketereh ! Nak cari la nanti.. “. Cubaan pertama memancing.

Kat mana ? “. Tanya aku.

Gate 1.. ala , tempat yang abang selalu beli pisang goreng tu.. “.

Owh.. ok.. esok , breakfast kita gi makan sana.. “.

 

Dan malam tadi.. aku balik rumah lewat.. Dalam kul 1 lebih pagi.. Pastu update blog , dalam kul 3 gak la baru tidur.. Terkenangkan janji nak bangun pagi nanti untuk pergi breakfast sama sama .. aku tergaru kepala. Mampukah aku bukak mata aku ?? Adehhh…

 

Jam 6.30 pagi.

Bang.. bangun.. subuh.. Pastu jom makan nasi kerabu ! “.

Arghhhhh ! Aku tak leh bukak mata niiii ! Ngantuk sangat.. Barulah hari ni nak dapat tidur lama skit sebab hari lain, aku bangun sama awal ngan dia.. Huhuh..

Bangun.. solat.. pastu .. tengok kiri kanan.. Qhaliff , Zahra tidur lagi.. Wife , kat bawah.. Huhuhhu.. Sambung tdo pon best ni ! Dan… pasang aircond.. Dalam sejam dua pon jadi laa…

Dan tiba-tiba.. terdengar suara..

“ Bang.. bangun la.. kang lewat gi.. abis ! Ke abang tak larat ? Tak larat tak pe laa.. “ . Wife senyum kelat..

“ Macam tak larat… “. Aku jawab perlahan..

“ Bang..teringin nasi kerabu la..  “. Dia guna ‘nukluear’ terus !

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh !!! Geram betul aku ! Aku memang lemah tul kalau dia guna perkataan TERINGIN tu ! Dari anak pertama hinggalah kedua.. sebut je tu , aku lebur !! Yelah , dia kan tengah mengandungkan anak aku.. takkan tu pon aku nak berkira kan ? Bukannya dia teringin nak makan anak gajah atau daging T-Rex ! Nak makan makanan yang boleh didapati di kedai kedai berhampiran je pon..

Ok ok.. bagi 5 minit.. Gi la iron baju budak budak tu dulu.. “. Kedengaran  suara Qhaliff dan Zahra.. Dan dia menurut jer.. Aku letak kepala balik..

Tiba – tiba terdengar suara Qhaliff..

Zahra.. cepat la bukak.. mandii ! “.

Aku celikkan mata.. Dua dua dah setengah bogel dan berada di pintu tandas ! Arghhhhhh !!! Cerah terus mata aku..

“ Dah dahhh.. bukak pampers tuuu.. Masuk mandiii .. “.

Berjaya gak diorang buat aku bangkit dari tidur…

 

Jam 9 pagi..

image

Tercapai jugak impian dia… Siap tapau lagi bawak balik ! Sedap sangat ke ??? Dia kata sedap.. aku kata ?? Hurmm.. Tapi yang pasti , layanan pekerja diorang , ok sangat kat sini..

Lokasi kat mana ? Kalau korang tau kat mana INSPEN atau INSTITUT PENILAIAN NEGARA , haa.. gerai diorang terletak kat depan tu jer.. Hehehe.. Kat area PUTRAJAYA tapi bukan dalam PUTRAJAYA.. Pinggiran gitu.. Google je laa.. INSPEN PRESINT 14 Putrajaya .. Heee…

Strikes Against Bowling Tournament 2016 !

 

Bertempat di Ampang Superbowl , Bangi Gateway malam tadi.. menyaksikan para blogger mempamerkan aksi aksi luarbiasa tanpa papan kekunci masing masing ! Kali ni mereka membaling bola bowling ! Apakah mereka sebagus ketika mereka update blog ? Huhhh..

image

Bagus atau tidak , tu tolak tepi.. Yang penting , HAPPY ! Dan ternyata mereka gembira tak terkata.. Aku pelik gak.. apa yang diorang happy sangat ? Masing masing kat tangan dok pegang cookies K.ROGERS BUTTER COOKIES ! Kata diorang sedap sangat ! Tu pasal overdose hingga terlalu happy ! Aku tak sempat nak rasa lagi.. simpan ! Balik rumah , makan ngan wife dan Zahra.. Dua dua hantu cookies.. Heheheh..

image

image

image

image

image

Cookies ni selesai diborong diorang ! Sambil membaling , mulut mengunyah ! Tak berenti memasing mengunyah ! Aku je tak sempat sebab dok sibuk layan tetamu.. huhu …

Apa pun , jutaan terima kasih pada semua penganjur malam ni. Ternyata mereka gembira dan berpuashati… baloi datang jauh jauh.. kan kan ?

Tak lupa juga , team The Vocket sudi hadir untuk memeriahkan lagi event malam ni ! Terbaik ! Semua peramah sangat..

#KRogersButterCookies

Teamwork !

 

Balik dari solat Jumaat tadi , aku selisih dengan kawan lama yang dah berkurun tak jumpa.. Sama sama membesar dari sekolah rendah hinggalah aku kawin.. pastu masing masing hilang..

Kemudian , bertegur sapa.. Aku ngan kawan ni , kalau dah start borak.. hurmm.. memang payah nak berenti dah ! Memang ada je isu.. Kawan ni , dulu bekas pemain guitar sebuah kumpulan yang top gak la.. Sekarang dia main kat kelab dan busking jer..

Kemudian dia highlight pasal buskers ni..

image

Sekadar Gambar Hiasan

Menurutnya , ramai buskers ni terdiri dari gelendangan. Cari makan , kais pagi .. makan pagi.. Duit hari ni , bayar sewa bilik untuk hari ni.. Kalau takde pendapatan atau kurang mencukupi , tido la di kaki lima atau di tangga jer.. Pakaian , dalam bagpack jer.. Terkedu gak la aku dengar.. Tapi setakat ni , bila aku lalu depan buskers ni , memang aku bagi duit la skit.. tanda sokongan. Aku memahami sangat kehendak mereka ni.. Aku dah rasa..

Kemudian dia bercerita lagi camana mereka bergerak.. Yang penting , perlu ada persefahaman dan teamwork ! Teamwork tu penting sangat ! Tak boleh tamak dan pentingkan diri sendiri.. jgn jaga tekak sendiri jer !

Aku tersenyum bila dengar perkataan teamwork ! Sangatlah penting teamwork ni ! Amatlah payah jika nak bergerak sendirian.. Tapi tak ramai yang paham.. Ada yang selesa bergerak sendirian .. Hak masing masing.. Namun bila kita bergerak berkumpulan , kejayaan yang dicipta lebih manis.. Kita berkongsi kejayaan ! InshaAllah..

Sampai Asar kami berbual.. Dan , terbit idea untuk bantu dia nanti.. Untuk lebih maju ! InshaAllah..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI