Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 28 April 2016

Hi-Tea @ VIVATEL Kuala Lumpur

 

Tercari tempat menarik untuk bersama si dia atau nak melepak dengan kawan kawan sambil makan tengahari yang best pada setiap Sabtu atau Ahad ? Ahaaa.. Aku ada cadangan.. Ini antara tempat yang menarik pernah aku singgah makan ! Ternyata ada banyak pilihan dan citarasa.. Semuanya menyelerakan !

Kat mana ???

Kat Vivatel , Kuala Lumpur ! Tak susah nak ke sini.. Waze , confirm jumpa. Nak ke VivaTel ni , memang akan melalui Jalan Loke Yew.. Tu paling mudah ! Menariknya , lepas abis makan .. korang leh g jenjalan dalam shopping mall. Hotel dan shopping mall , bercamtum ! Fuhhh.. memang syiokkkk arr ! Kena pulak situ pon ada panggung wayang ! Haaaa.. Makan kenyang kenyang dulu.. baru layan !

image 

Halal kee ??

Chef Ashar Daud selaku ketua chef di sini kata..

” HALAL , Ben ! “

image

Dah la Halal.. tempat bersih dan kemas wooo ! Aku tak sangka ada sebuah hotel yang menarik di Cheras ni yang menyediakan cafe / restoran yang cukup menarik !

Hidangan sedap sedap ke ???

Hahahaha.. Nak aku jujur ke ? Aku tengok makanan je pon aku dah kenyang ! Semuanya sangat menyelerakan sama sekali ! Dah sampai tak tau mana satu aku nak makan dulu.. Hahahaha..

Menariknya di sini.. ada beberapa masakan yang perlu diorder dulu.. tujuannya , untuk memelihara rasa dan segar ! Haaa.. Contoh ? Cam ikan dan ayam..

image

Pastu ada masakan tradisi orang melayu Kelantan dan banyak lagi laa ! Semua sedap sedap laaa.. Confirm puashati punyaa..

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Antara yang istimewa ialah Siakap goreng , Nasi Lemak Pandan Daun Pisang , Puyuh Berempah , Mee Rebus Urat Keting , Vietnamese Noodle Chicken Soup .

Chef Ashar dah cukup berpengalaman dalam bidangnya ! 39 buah restoran pernah dia bekerja dan pastinya dia dah mahir dalam selok belok citarasa rakyat Malaysia ni.. sebab tu , kawan kawan blogger lain tak berhenti makan ! Hahahaha..

Amacam ? Nak rasa ? Ajak ramai ramai laaa datang .. Kalau seorang , RM48 nett. Kalau bawak 5 orang , seorang dapat free ! Hahahaa.. Kanak kanak , RM38 nett.. Banyak makanan gak untuk kanak kanak.. Berbaloi ! Bawah  6 tahun , free.. heee..

Untuk keterangan lebih lanjut , sila ke www.vivatel.com.my atau ke Facebook , VIVATELKL. Untuk tempahan , sila telefon 03 9205 8888.

Selamat Menjamu Selera !

Captain America ‘ Civil War ‘ membosankan ?

 

image

Punya la sabar menanti.. dan terus sabar ! Akhirnya keluar jugak Captain America.. Huhuhuh.. Terubat rindu nak tengok muka sendiri di layar putih tu haaa…. hahaha..

Ok.. Dah tengok tadi.. camana ? Best cam sebelum ni atau lagi best ? Ke bosan cam Superman V Batman ? Hurmmm… Bagi aku laa.. bagi aku laa , kannn…

image

Di luar jangkaan ! Hahahahaa.. Baru tau siapa bunuh mak bapak si Tony ni.. Haa.. Captain America yang bunuh ! Huhhhh… Patutlah diorang bermusuhan eh ? Eh , tak laa.. salah info aku bagi tuuu.. hahahaa.. Potong stim betul..

Tapi tak kisah la.. Yang pasti , setiap permusuhan akan mengakibatkan pengorbanan.. Sapa yang terkorban ? Yer.. sila gi tonton sendiri ! Sebab pasni aku nak tengok 3D punya lak.. Best tul keje sendiri ni.. Tengok waktu siang , mana ada orang.. lalallaa…

image

5 bintang dari aku !

Ceria Ria Beramal Bersama Bintang Musim ke 2

 

image

Sambutan hangat dari rakyat Malaysia tahun lepas pada program  yang dianjurkan Yeo Hiap Seng ( Malaysia ) Berhad , Yeo’s Ceria  Ria Beramal Bersama Bintang tahun lepas membuatkan program itu kembali sekali lagi pada tahun ini.

Dengan mengekalkan team Heliza Helmi dan AG , beberapa selebriti terkenal ditampilkan bagi menjayakan program amal sempen menyambut kedatangan Ramadhan dan Aidilfitri.

Apa yang menariknya , bagi para peminat air minuman Yeo’s , mereka berpeluang memenangi hadiah sejumlah RM58 ribu sambil berama !! Caranya tak susah pun.. mereka perlu sertai pertandingan yang bakal dianjurkan nanti !

Sebelum tu.. aku perkenalkan selebriti selebriti yang terlibat dalam Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama  musim ini..  Seperti yang aku bagitau tadi , ada Heliza , AG , Shukri Yahaya , Kaka Azraff , Feeya Iskandar dan FaizDickie. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi mewakili beberapa rumah kebajikan seperti Pusat Jagaan Rumah Kesayangan ( RUKESA) di PJ , Rumah Kasih Nurul Hasanah di Kuala Lumpur , Rumah Titian Kaseh di Titiwangsa , Teratak Nur Barakah , Shah Alam , Rumah Bakti Nur Syaheera di Cheras dan Rumah Kasih Harmoni , Kuala Lumpur.

image

Menurut Naib Presiden Kumpulan Yeo’s Malaysia & Indonesia , Ong Chay Seng , program mesra Ramadhan bertujuan menyokong amalan baik sentiasa menjadi tradisi mulia.

Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua ini akan berlangsung pada 1 Mei hingga 25 Jun 2016. Semua lapisan masyarakat boleh memberi sumbangan melalui pembelian rangkaian minuman dan makanan Yeo’s. Setiap nilai derma dikira apabila sumbangan disalurkan melalui akaun rasmi WeChat Yeo’s Malaysia.

image

Ok.. Dah tau kan ? Sekarang cara cara nak join contest yang dianjurkan oleh Yeo’s Malaysia.. Senang jer.. Boleh rujuk ke www.yeos.com.my

Semoga Berjaya Dan Selamat Beramal !! Tahniah buat Yeo’s Malaysia atas usaha murni yang berterusan ini..

Berakhir sudah penderitaan !

 

Bukan senang nak jadi ADUN  blogger ! Huhuhuh.. Baru tahu camana rasa artis nak menang anugerah ! Hahahaa.. Sebenarnya ni , ni bukan kali pertama aku masuk ke peringkat akhir.. Dah banyak kali aku rasa.. tapi tak de la tahap beria nak menang.. Lebih pada nak dapatkan populariti agar blog aku dikenali.. Maklumlah , aku bukanlah blogger bermuka kacak ! Hehehehe.. kan kan ?

image

Yer.. aku cuma mampu pertaruhankan penulisan santai aku.. dan juga kreditibiliti aku sebagai media influencer.. Tu jer.. Dan menang atau kalah , tak kisah.. Yang penting , rakan rakan bagi sokongan tak berbelah bagi.. Tu yang aku nak..

Hurmm.. tahun mendatang , aku tak nak masuk mana mana award dah ! Kecuali Academy Award jer.. Tak pon , Oscar pon ok dah.. kan kan ? Penat siut nak berkempen ! Huhuhuh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI