Sabtu, 30 April 2016

Anugerah Pilihan Online martabatkan blogger !

 

Sejak aku mula blogging , aku teringin melihat BLOG termasuk dalam anugerah berprestij dalam negara. Yelah , bila kita tengok Anugerah Popular Berita Harian , takde pon kategori untuk blogger sedangkan blogger sekarang memainkan pelbagai peranan di media sosial termasuk mempopularkan artis tanahair dan juga luar negara.. Namun tiada hinggalah DIGI WWWOW muncul. Waktu tu , aku berjaya layak ke pusingan akhir dan satu kebanggaan buat aku yang hanya bercerita pasal anak di blog..

Dan satu penghormatan buat aku serta rakan rakan blogger bila mana MSTAR , Suria FM dan Dnars selaku penaja rasmi. Selain tu ada penaja penaja gempak seperti Rafflesia dan Ice Watch. Satu kebanggaan !

Cita cita nak tengok Kategori Blogger disenaraikan tercapai ! Mstar mengangkat martabat blogger di tempat yang sepatutnya ! Blogger banyak memainkan peranan di media sosial. Tak kira dalam apa bentuk sekali pon , tapi yang nyata.. blogger bukanlah lalat yang membawa kotoran sebaliknya lebah yang memberi manfaat pada hidupan lain..InshaAllah !

Apa pun yang berlaku malam ni , aku akan tetap beri sokongan pada APO pada akan datang selagi mana kategori Blogger dipertandingkan.. walaupun aku tak tersenarai !

Jutaan terima kasih buat para penaja dan juga buat Mstar , semoga Anugerah Pilihan Online ini setanding dengan anugerah anugerah lain di Malaysia ni..

image

Ke gym.. persiapan terakhir.. Hehehe..

Debaran APO 2016 makin terasa ?

 

image

Malam ni.. Hurmm..

Persiapan aku ? Hurmm…

Perasaan aku ? Hurmmm..

Yang pasti , aku gi gunting rambut.. Rambut aku serupa.. Hurmmm..

image

Pakaian ? Arghhhh ! Apa pon takde .. macam nak pakai baju melayu lengkap je aku malam ni walaupun temanya , GLAM DIGITAL ! Huh… Pakai baju nikah 8 tahun dulu.. 8 ke 9 eh ? Lupa lak.. heee…

Menang ke Kalah ? Tak kisah.. Yang pasti , ni pertama dan terakhir aku join.. Pasni serik dah ! Malas nak berkempen undi mengundi ni.. Penat mental dan fizikal.. lalalalaaaa…

Jangan lupa malam ni yer.. Live !  Korang leh juga menyaksikannya siaran langsung Malam Kemuncak APO2016 melalui Internet dihttp://apo.mstar.com.my/malam-anugerah.aspx . "'Live' Streaming' akan bermula pada pukul 7.30pm (April 30) dengan kehadiran finalis APO2016 di karpet ungu.

Rasanya aku takde kot part ni.. 730 tuu.. Maghrib dulu kat masjid baru g masuk…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI