Selasa, 3 Mei 2016

Berlatih senyum di Hotel Perdana Kota Bharu

 

Hehehee.. Aku memang payah nak senyum. Bukan apa… setiap kali aku senyum , pasti akan ada yang tergoda ! Hahahaha.. Tak caya , tanya la mereka yang pernah menerima senyuman aku.. Mesti akan terbawak dalam mimpi ! Siap pernah kata , dating terus ngan aku dalam mimpi tu haa ! Haaaaaaa ! Sejak tu , aku simpan senyum aku.. ngan budak budak je aku leh senyum..

image

Tapi sejak aku tiba di Hotel Perdana Kota Bharu , Isnin lepas.. aku mula belajar senyum.. Setiap langkah aku di situ, andai terjumpa staff mereka.. aku akan melemparkan senyuman. Bukan sebab situ staffnya cun cun  dan kacak belaka tapi sebab mereka akan lemparkan senyuman pada kita dulu.. Nak tak nak , kena balas ! Kang tak balas, kata sombong ! Lagi pun , tak baik tak kannn .. kena balas senyuman orang..

Disebabkan keramahan mereka tu , aku rajin laa turun ke bawah.. jenjalan.. Rasa seronok kat hotel ni ! Patutnya , hari ni aku dah check out tapi aku buat keputusan untuk tambah semalam lagi di sini ! Maklumlah , pasni payah dah nak ke sini ..

Aku masuk gym.. staff yang bertugas membersihkan kawasan ketika tu pun peramah.. Berbual mesra je ketika aku bertanya itu ini. Takde sapa la yang muka masam.. Tu belum kat kaunter lagi.. Respek tul laa diorang ni. Banyak banyak hotel aku pergi , ni paling membuatkan aku rasa macam nak terus tinggal kat sini.. Hahahaah.. Tu pon kalau aku kaya la cam Bill Gates.. Hehehee…

Tahniah Hotel Perdana ! Terus berikan senyuman ! Penat hilang tengok bila korang senyum.. hahaaa..

Psstt.. Bila keluar dari hotel , muka jadi masam balik.. Sebelum sampai hotel , aku train muka aku.. senyum Ben , senyum !

Ke mana wang zakat aku ????

 

Tahun lepas , buat pertama kalinya aku bayar zakat.. Ini sebabnya , pendapatan aku melayakkan aku untuk memberi zakat. Alhamdulillah.. Bila dah mampu kuar zakat tu , pastinya nak tau ke mana duit duit zakat itu disalurkan ? Kan kan ?

Hurm.. Hari ni , aku ikut team Lembaga Zakat Selangor ke Pasir Puteh , Kelantan. Tujuannya ? Nak tengok sendiri projek Lembaga Zakat Selangor ! Tapi kenapa luar Selangor lak ? Dalam Selangor sendiri pon ramai asnaf kan ? Diterangkan.. ini salah satu ! Ada banyakk..

Kenapa Kelantan ? Sebenarnya , bukan Kelantan je yang menerima bantuan dari Lembaga Zakat Selangor.. ada juga negeri lain juga menerima bantuan seperti Perlis..

Lokasi : Desa Alam Shah, Kg. Gong Jenerah, Bukit Awang, Pasir Puteh , Kelantan.

Projek : Penempatan Agro-Ekonomi bantu asnaf fakir dan miskin Kelantan.

image

image

Terkedu gak aku masa sampai kat kawasan ni. Tak sangka sama sekali ! Besar giler kot projek ni ! Rumah diberi duduk percuma. Kerja ada .. Ada pendapatan dan simpanan ! Tapi.. mereka perlu berusaha untuk dapatnnya ! Ini bermakna , wang zakat pengeluar zakat disantuni dengan lebih baik dan terjamin.

Penempatan agro ekonomi Desa Alam Shah melibatkan sumbangan zakat daripada pengeluar zakat di Selangor sebsnysk RM8.3 juta. Rumah yang disediakan , aku masuk dah.. Ternyata mereka bertuah sekali ada pihak yang mengambil berat akan nasib mereka.. iaitu pengeluar zakat ! Rumah dan perabot , disediakan sekaligus ! Asnaf masuk cuci kaki jer.. Alhamdulillah !

image

image

image

image

image

image

Majlis Perasmian dan Pengurniaan Kunci Rumah kepada penghuni Desa Alam Shah disempurnakan oleh Sultan Kelantan dan disaksikan oleh Sultan Selangor.

image

image

Inisiatif ini dibangunkan atas keprihatinan Sultan Selangor agar manfaat dana zakat di Selangor dapat disalurkan kepada negeri negeri yg kurang sumber zakat.

Hasilnya, penempatan agro ekonomi Desa Alam Shah direlisasikan selepas pembinaan penempatan yg sama di Taman Desa Asnaf Perlis pada tahun 2013.

Ada 30 buah rumah setingkat dgn kelengkapan instastruktur seperti surau, dewan serbaguna, pusat sumber dan kedai runcit serta padang permainan.

image

image

image

image

image

29 keluarga asnaf akan tinggal di sini selama 5 tahun. Mereka diberika latihan pertanian dan mereka akan mengusahakan projek penanaman cili. Setiap keluargs diperuntukkan satu ekar tanah utk mengusahakan tanaman tersebut dgn mendapat tunjuk ajar ilmu pertanian serta perladangan daripada Nestle ( Malaysia) bagi tujuan pembuatan Maggie Sos Cili. Secara tidak langsung dpt menjana pendapatan dgn purata RM1,200 sebulan.

image

image

Alhamdulillah.. sejuk mata dan hati melihat program ni.. Menurut sumber , pasni akan ada banyak lagi program macam ni di bawah kelolaan Lembaga Zakat Selangor.. InshaAllah..

Maka.. apa lagi alasan kita untuk tidak membayar zakat ? Perlu ingat.. dalam pendapatan kita , ada bahagian untuk orang lain.. Sila paham paham kan…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI