Rabu, 4 Mei 2016

Berbuka puasa di Hotel Perdana Kota Bharu , Kelantan.

 

Terkagum sejenak aku.. Hahahaha.. Dalam hati..

Adusssss… confirm sedap giler ni !

image

Nasi Mandi adalah salah satu makanan kegemaran aku ketika aku lapar sungguh ! Hehehe.. Kalau aku betul betul kelaparan , memang aku akan cari nasi mandy. Berbaloi makan..

Itu antara juadah aku nampak yang bakal disajikan di Hotel Perdana sempena Ramadan yang bakal tiba nanti. Ahaaa.. itu baru satu ! Ada lebih 188 sajian yang bakal dihidangkan nanti ! Heheheheh.. larat ngan tak larat je nak makan nanti ! Tapi aku rasa , confirm larat.. kan kan ?

Bagi peminat kambing bakar , yesss ! Jangan lepaskan peluang ini.. Baik punya bakar woooo ! Sangat menyelerakan sama sekali.

image

image

Hurmm.. Tak suka kambing ? Hahahaha.. Jangan risauuuu ! Boleh gi makan makanan lain.. Macam macam adaaaaaaa ! Aku sendiri pon kalau boleh nak kuasakan 7 diri aku ni ! Haaa.. Tapi aku bukan BoboiBoy ! Tak mampu aku.. Mampu makan skit skit jer..

Jom cuci mata dulu.. Kalau terliur , maafkan aku. Bukan niatku… uhuk !

image

image

image

image

image

image

image

image

Ni skit je ni.. Aku tak leh tunjuk banyak.. Sebab masa aku amik gambar makanan ni , aku terliur sama. Maka , untuk elakkan korang pon turut terliur , lebih baik aku simpan je la gambar gambar tu..

Apa ? Nak tengok gak ??? Hurm… jap..

image

image

image

Kalau tak suka makan makanan yang berat berat , kuih muih pon banyak dihidangkan.. Roti..  pelbagai pilihan menu Arab, Indonesia dan Thai nanti akan dihidangkan di sini , senang cakap laaa ! Haaaa..

image

image

Menariknya , berbuka nanti di tepi kolam renang.. Permandangan yang rileks.. santai.. tak yah berebut rebut nak makan ! Stok banyak…

image

Ok… Sapa chefnya ? Menurut En.Taha Zainal selaku Pengurus Besar di Hotel Perdana Kota Bharu , Eksekutif Chef Ibrahim Abu Lasi, akan menyediakan menu berbeza dan ianya  akan dihidangkan secara bergilir-gilir untuk 6 hari pusingan.

Tambahnya lagi , Iftar Ramadan yang berkonsepkan Ramadan Bazaar @ Perdana akan menawarkan sajian dari seluruh Malaysia termasuk pilihan menu Arab , Indonesia dan Thai. Konsep ini telah menjadi ‘signature’ Iftar Ramadan di Hotel Perdana Kota Bharu selama lebih 3 tahun.

image

Antara menu baru yang diperkenalkan untuk Iftar Ramadan tahun ini adalah Kibas Panggang , Ayam Tempayan , Murtabak , Rendang Kerang dengan Daun Pegaga dan gerai Kebab Ayam.

5 masakan kawah turut disediakan termasuk Kari Kambing Gearbox , Sup Merah Tulang Rawan , Kari  Kepala Ikan , Gulai Ayam Kampung Sumatera dan Masak Lemak Daging Salai Pucuk Ubi.

Pilihan sup termasuklah Sup Torpedo , Sup Tulang Rawan dan Bubur Lambuk Daging Rusa . Menu hidangan utama ialah Nasi Mendy , Mendy Kambing dan Ayam , Stik Daging Stail Cina , Kari Sotong dengan Nenas , Masak Lemak Perut dengan Rebung , Dalcha Sayur dengan Tulang Kambing , Lo Hon Chai. 

Manakala pencuci mulut lak  ada Ais Krim Goyang , Sago Gula Melaka , Krim Karamel , Pulut Tapai , Ais Kacang serta pilihan kek dan kuih muih Melayu.

Harga ???

RM78 nett seorang dan diskaun 50% akan diberikan kepada kanak kanak berumur 4 –12 tahun. Diskaun untuk tempahan awal turut ditawarkan pada harga RM60 nett seorang dan promosi pembelian baucer tempahan awal sah bermula RM20 April – 10 Mei 2016 ! Sila beli cepat kerana.. berbaloiii sangat !

Iftar untuk majlis persendirian atau koporat juga boleh diatur di dewan dewan dengan harga RM60 nett untuk tempahan minima 50 orang.

Dan untuk pengetahuan korang , setiap pembelian RM1 akan disumbangkan kepada rumah kebajikan yang terpilih.

Ahaaa.. tunggu apa lagi ? Kalau ada perancangan untuk berbuka puasa beramai ramai atau dengan rakan pejabat , sila buat tempahan sekarang ..

Sebarang persoalan , sila ke  :

Laman Web : www.hotelperdanakotabaharu.com

Facebook : Hotel Perdana Kota Bharu

Instagram : #hotelperdana_kotabharu

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI