Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 8 Mei 2016

Cendawan Susu Harimau bagus untuk kesihatan !


Aku adalah peminat cendawan ! Pantang nampak sup cendawan atau masakan cendawan , mesti aku akan amik sedikit. Kalau claypot yee mee tu , confirm aku mintak lebih cendawan punya ! Hahahaha .. Dia punya sedap , kalah rasa isi ayam !
Tapi aku tak pernah dengar cendawan harimau ! Aku pernah dengar pasal cendawan Ling Zhi dalam komik komik dari Hong Kong yang dikatakan penuh khasiat.. tetapi tak pernah aku dengar pasal cendawan harimau ni !
Awal tahun lepas , jiran aku pengusaha cendawan ada bercerita pasal cendawan harimau. Katanya , ada bekas pemimpin negara kita amalkan pengambilan cendawan harimau ketika dia sakit teruk. Kalau tak silap aku , dia batuk teruk. Macam macam ubat dia amik tapi tak berjaya sembuh sehinggalah dia diperkenalkan dengan cendawan harimau. Selepas beliau amalkan pengambilan cendawan harimau dengan konsisten , Alhamdulillah.. sembuh penyakitnya..
Dan rezeki aku serta rakan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari.. kami ditawarkan melawat kilang pengusahaan cendawan harimau secara komersial ! Waahhh ! Gila laaa nak lepaskan peluang gini kan ? Lama dah aku ternanti nanti peluang gini.. Nak tau camana cendawan harimau yang dikatakan cukup payah nak jumpa di hutan hujan khatulistiwa ini , dihasilkan dengan begitu banyak sekali !
Lokasi.. Seri Kembangan… Nama syarikat , LIGNO Biotech Sdn Bhd.
image
Beberapa blogger terpilih telah berada di lokasi ini. Dan masing masing dah tak sabar nak jelajah kilang LIGNO Biotech Sdn Bhd yang mana telah berpengalaman dalam bidang penyelidikan kulat dan cendawan bertahun lamanya.
Ketua Pegawai Eksekutif LIGNO Biotech Sdn Bhd , Ng Szu Ting dan pakar penyelidik . Dr. Tan Chon Seng sudi meluangkan masa untuk menerangkan kebaikan cendawan susu harimau serta bagaimana mereka melakukan kajian terhadap cendawan susu harimau ini hinggalah berjaya mengkomersialkannya.
image
image
image
Ok.. aku tahu.. Kenapa digelar Cendawan Susu Harimau ??? Apa keistimewaannya ? Kenapa orang kata cendawan susu harimau ni mahal ? Dan kenapa susah sangat nak jumpa ???
Aku tahu.. banyak persoalan di benak korang tu.. kan ? Hahahaha.. Tu baru skit .. InshaAllah , aku cuba terangkan skit.. Ok ? Sabar eh.. sabar..
Menurut sejarah awal.. Takde dalam buku sejarah SPM atau STPM aku rasa.. sebab ianya turun dari mulut ke mulut.. bukan dari mulut ke dalam hati ! Tu jatuh cinta namanya.. Ni cerita pasal Cendawan Susu Harimau.. maka cerita lagenda ini disebarkan hanya secara lisan.. Aku tak tau la kot satu hari nanti ada orang nak patenkan dan bagitau cerita ni , adalah dari moyang dia.. Hahahaa.. Gurau jer..
Ok.. sambung.. Menurut sejarah yang tak pasti sumber awalnya , dikatakan cendawan ini berasal dari susu harimau yang baru beranak. Oleh kerana anak harimau punya taring sejak kecil , si ibu memancutkan susunya ke atas daun atau tanah untuk memberi minum anak-anaknya.Baki daripada susu harimau tersebut dipercayai tumbuh menjadi cendawan dan dikenali sebagai Cendawan Susu Harimau. Ia diperakui berkhasiat dan mampu membantu merawat pelbagai jenis penyakit.
Oleh kerana cendawan susu harimau atau bahasa saintifiknya , Lignosus rhinocerus tumbuh di dalam hutan , orang aslilah yang menemuinya terlebih dahulu dan menjadikannya penawar kepada pelbagai jenis penyakit.
Khasiat cendawan susu harimau ni , berbeza dari cendawan lain.. Khasiatnya terletak pada ubi cendawan tersebut ! Dikatakan makin berat ubinya , makin berkhasiat !
image
Ok.. memandangkan cendawan susu harimau ni payah nak jumpa di hutan negara kita .. maka nak tak nak , kena wujudkan satu kilang khas untuk pembenihan hingga matang..
Prosesnya memang memakan masa dan amat rumit. Aku yang tengok pon , berkedut abis dahi ! Fuhhhh.. Dah la tu.. bukan calang calang orang leh kerja di Ligno Biotech Sdn.Bhd ni.Kena ada kepakaran baru leh kerja sini.. Huhuh..
Ada beberapa peringkat.. Dan setiap peringkat tu , memerlukan penelitian dan penjagaan agar kualiti cendawan susu harimau , menepati standard yang ditetapkan !
image
image
image
image
image
Kajian selama 8 tahun ( melibatkan pelbagai agensi kerajaan serta Institut Pengajian Tinggi dalam dan luar negara ),  berjaya menghasilkan beberapa produk komersial yang mana memberi manfaat pada paru-paru si pengamalnya serta memulihkan sistem pernafasannya.. Haa ! Menarik ?
Selain tu , cendawan susu harimau yang cukup terkenal di kalangan atuk nenek moyang kita ni , bagus untuk sistem imuniti badan manusia serta buat mereka yang ada masalah sendi ! Mereka yang ada masalah dengan penyakit kulit pon dikatakan cendawan susu harimau mampu memulihkannya.
Ok.. ada 3 produk yang berjaya dihasilkan dari cendawan susu harimau ni ! Dan aku dah cuba kesemuanya.. memang ada perubahan !
TIGERUS TMM Tea
image
Kelebihannya ? Jika amalkan setiap hari , ianya mampu membersihkan paru-paru kita.. Yelah , kita kan dok sedut oksigen.. habuk habuk yang masuk ke dalam paru paru kita tu , nak clearkan camana ? Haaa..
Selain tu.. ianyan boleh memberi kesegaran pada otak kita terutama bila otak kita dah terlalu letih.. Dan juga boleh redakan selsema .

TIGERUS Tiger Milk Mushroom 
image
Mereka yang punya masalah dengan paru paru serta pernafasan , boleh cuba yang ni.. InshaAllah akan beri manfaat.. Dan juga , anti oksida.

TIGERUS TINGGY Cocoa
image
Yang ni untuk kanak kanak. Aku bagi dah kat Zahra dan Qhaliff.. Alhamdulillah , mereka suka. Khasiat ? Banyakk.. Antaranya ialah , untuk imunisasi , sistem pernafasan , kesihatan tulang dan bagus untuk otak sebab ada DHA.
Lawatan hari tu berakhir dengan otak penuh dengan info. Dada penuh dengan ilmu ! Tak sabar nak kongsi dengan kawan kawan , masa tu ! Hahahaha ..
Sebenarnya.. banyak lagi aku nak cerita.. tapi risau korang close cepat cepat dan terus bukak laman web untuk mencari infomasi bagi membeli produk produk yang dah aku miliki tu ! Ternyata bagusss sekali !
image
Nak tau dengan lebih lanjut atau nak bertanya tentang pembelian, sila hubungi :
Laman web : www.tigerus.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/tigerusTMM

Email : contact@ligno.com.my

No Tel : 1700 818 242

Hari Ibu dan Hari Bapa dah dekat.. boleh belikan dan hadiahkan pada diorang.. Sayangkan mereka , kasi jaga kesihatan skit.. kan kan ?

Biar orang lupakan kita tapi kita jangan !

 

Pernah ada kawan tanya , kenapa aku beria sangat membantu blogger baru ‘naik’ dan tak  amik sebarang komisien dari job yang aku dapatkan untuk blogger komuniti yang aku tubuhkan tu ? Walhal dulu , semua blogger kena berusaha sendiri untuk maju !

Hurmm..

image

Aku gi gym , sejak usia 22 tahun. Sekarang dah 40 tahun.  Apa yang aku nampak ialah , rakan rakan di gym jika berlatih beramai ramai lagi seronok dari seorang diri berlatih ! Memang bila beramai ramai ni , macam macam kepala ada.. Ada yang curik tulang.. ada yang asal angkat.. ada yang serius.. Hasil , korang pon leh tau. .sapa yang serius dan rajin serta berdisiplin ..tak culas.. dia la yang sado nanti !

Dan menariknya , bila ‘susah’ akan ada yang cepat cepat tolong ! Berbanding sorang sorang.. Ada kes aku dulu.. letak terlalu berat.. ditambah dengan dah penat.. tiba tak tak leh angkat beban ! Haaa.. Mengelabah aku dibuatnya ! Nasib baik ada orang.. kalau takde ? Mau gak aku mati terhimpap !

Aku pernah susah dulu.. Bertahun lamanya hidup terumbang ambing ! Takde sapa nak tolong.. Yang bertanya khabar , ramai jer.. Tanya gitu gitu jer.. Pastu jawabnya.. “ Ooooo” … tu jer ! Tapi aku tak salahka diorang ..

Cuma aku belajar dari situ.. Kalau kita dah senang , kita jangan lupa orang yang dibawah kita.. Tapi bila kita dah senang , jangan sesekali lupa orang yang bantu kita senang tu !

 

Realitinya .. bak kata TUN MAHATHIR , Melayu Mudah Lupa ! Yer , memang itulah kenyataannya !

image

Tapi aku kuatkan semangat dan berpegang pada..

image

Aku tak nak blogger blogger yang berbakat besar dan yang benar benar berminat dalam bidang penulisan ni , terabai.. Mana yang bagus , cuba untuk beri semangat dan bimbing mereka..

Hidup sebagai blogger ni sebenarnya payah.. Terlalu ramai yang bermuka muka ! Selagi mana mereka tak tercapai impian mereka , mereka sanggup membontoti blogger blogger yang ada nama..Hanya untuk menumpang seketika sebelum berjaya untuk melangkah sendiri ! Ketika tu , baru boleh nampak belang masing masing.. Hehehe.. Pengalaman aku .. 8 tahun dalam bidang ni !

Dan aku jugak berpegang pada janji Allah.. Banyakkan bersedekah !

image

Ikhlas membantu insan lain.. Aku cuba ! Allah ada.. Biar DIA saja yang membalas apa jua yang aku lakukan.. Aku tak harapkan balasan manusia. Akan aku kecewa nanti.. Dan sememangnya , sebelum sebelum ini ,

InshaAllah.. Aku melangkah selagi nyawa dikandung badan.. selagi ada insan memerlukan..

Selamat Hari Lahir , Zahra Nur Iman !

 

Pejam celik.. pejam celik.. daddy pon terlupa , hari ni dah masuk 2 tahun usia anak daranya ! Nenek dia lagi gempak.. dah ingat umur 3 tahun ! Dengan perangai dia macam makcik makcik skang ni.. Huhhh.. Tak sangka , baru 2 tahun umur dia.. Hurmm..

Beberapa tahun lepas..

image

image

Untunglahhh.. dua dua ni.. Lahir lahir , dah masuk suratkhabar dan tv ! Daddy lahir lahir.. masuk buaian terus ! Huhhhh..

Makin besar , makin mengoda untuk digigit.. Ada je perangai dia yang memang mencari pasal dengan daddy dia.. Skang ni , dia suka provoke abang dia dengan layan handphone.. Dia bukan nak sangat tapi saja nak goda abang dia datang lepak ngan dia .. hurmm..

image imageimage

Dah jadi BFF dah.. Dan Zahra pon dah bersedia untuk menerima kehadiran baby.. Setiap hari , dia akan pegang dan peluk perut mak dia..

“ Sayaannng baby.. “.

Tak sabar nak ada kawan baru la tu..

image

Sekejap je masa berlalu.. pasni daddy dukung adik dia lak.. Dan dia akan ikut ibu beli barang dapur… Qhaliff , gi sekolah..

Zahra.. inshaAllah akan jadi kakak yang bertanggungjawab walaupun garang.. Kuat nangis tapi mudah dipujuk.. mudah sangat ! Tak macam bapak dia.. hahahaa..

Semoga menjadi anak yang beriman pada Allah.. bertanggungjawab pada agama , keluarga , masyarakat dan negara..

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI