Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 13 Mei 2016

Buffet Ramadan “ Sajian Nostalgia “ di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur


image
Cam best je ? Cam best je ?? Best ke ?? Kena test dulu baru tau best ke tak kan ? Tapi berdasarkan pengalaman aku tahun lepas, Buffet Ramadan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur tidak akan mengecewakan. Dengan keselesaan tempat makan serta lokasi surau yang berdekatan , pastinya berbuka puasa di sini akan memuaskan hati korang..
Satu lagi kelebihan ialah , pengangkutan awam ! Fuhh.. Naik lrt jer ! Senang sangat.. Pastu , leh terus g shopping kat Sunway Mall yang bersebelahan dengan Seri Pacific Hotel.
Ok.. part makanan.. Fuhhh.. Mula mula lagi aku dah terliur tengok sup gearbox yang dimakan oleh blogger  Sohoque.. fuhhhhhhh…
image
image
Tak tahan tengok.. aku gi amik jugak ! Dan… terus teringat wife di rumah ! Ni kalau dia ada ikut sekali ni , confirm dia akan suka. Memang tahun lepas , dia berpuashati berbuka di sini.. Aku pon ! Tu sebabnya , aku rela datang ke preview Ramadan semalam.. Walaupun rumah aku nun di Sepang sana ! Jauh kottt..
image
Sebelum tu , aku test burger dia. Kalau burder sedap , memang kali ni punya buffet Ramadan di sini  , tip top ! Besar tu size dia ! Memang puas laa.. Daging dan rotinya , lembut kooo ! Rasa macam nak makan burger je ..lagi dan lagi ! Tapi yang lain pon sedap !
image
image
Antara juadah yang bakal disajikan di sini ialah makanan tradisional seperti Bubur Lambuk , Lemang dan Ketupat , Serunding Daging Ayam , Rendang Ayam , Nasi Kandar , dan banyak lagi..
Selain tu ada Kambing Golek , Gulai Daging Campur Umbut Kelapa , Satay Ayam dan Daging , Dim Sum , Mee Rebus , Laksa Johor , Wantan , Mee Udang , Roti Jala , Murtabak Ayam , Rojak Singapore , Pasembor , Shawarma , Babaganoush , Hummus , Chicken Mandy Tandoori Style , Kari Kepala Ikan , Kambing Panggang , Ayam Golek Percik dan…..
image
image
image
image
image
Manakala untuk dessert ada Pengat Ubi , Bubur Kacang Merah  , Pulut Hitam , Pengat Pisang dan banyak lagi.. Air ? Hehehe.. Air dia memang sedap belaka laaa.. Ada Air Kelapa , Sirap Selasih , Air Kurma , Air Kiwi dan macam macam lagi..
image
Oh yaaa.. ada persembahan Ghazal untuk mereka yang sedang menjamu selera ! Hehehe.. Maka , sila makan dengan tenang yer..  Tak perlu berebut.. Ada banyak wooo…
Harga ? Ok.. Ada pilihan.. Samada nak makan di Pacific Ballroom atau Zende Retaurant. Harga lain lain yer.. hehehe..
Pacifit Ballroom :
Tarikh : 6 Jun 2016 – 5 Julai 2016
Harga : RM98 nett ( Dewasa ) dan RM49 nett ( Kanak Kanak )

Zende Restaurant :
Tarikh : 8 Jun 2016 – 4 Julai 2016
Harga : RM128 nett ( Dewasa ) dan RM64 ( Kanak Kanak )
image

Demam lepas cucuk 2 tahun !

 

Kelmarin , Zahra amik suntikan selepas genap 2 tahun. Pastu badan dia mula panas.. Dan , semalam.. dia demam.. Hari ni pon demam lagi. Dan tempat dia cucuk tu , sedikit merah..

Apakah patut aku buat ? Aku pon google laa. Kot kot ada parents yang alami masalah cam aku..

image

image

Ada satu jawapan dari sebuah majalah di Facebook.. Katanya ..

Tip Elakkan Demam Selepas Disuntik : Bayi selalunya akan demam selepas menerima suntikan pelalian. Untuk mengelakkannya, ambil sebiji bawang kecil dan sapukan pada bahagian yang disuntik sebaik sahaja selesai disuntik. “.

Tapi… doktor tak kasi letak apa apa di tempat dia disuntik tu ! Kalau demam , bagi je ubat demam yang dia bagi.. Kenapa dia demam ? Sebabnya vaksin yg diberi bertujuan utk membina antibodi bagi melawan penyakit. anak deman tu biasalah. itu adalah tindakbalas normal badan yg menunjukkan vaksin itu telah memainkan peranan bagai yg diharapkan oleh doktor.

Tunggu hari ni lak.. Harapnya demam dia kebah la.. Semalam mak dia dah cuti.. Terpaksa.. sebab aku ada kerja luar nak kena buat. Kena pergi aku.. maklumlah , aku punya kerja , tak bergaji.. kena buat kerja , baru ada gaji.. Huhuh.. Keutamaan adalah aku sebab aku adalah ketua keluarga.. kan kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI