Isnin, 16 Mei 2016

Masa untuk berhenti bergelar blogger !

 

Hari ni , aku test lagi mengvlogkan diri ! Lama dah aku tak buat kerja gini ! Tetiba mood nak bikin vlog ringkas datang moodnya ! Dan aku pon mengepos dua video setelah berpuluh kali cut and delete ! Hahahaha ..

image

Bukan mudah terutamanya vlog yang guna editing ni.. Kena sabar dan kena ada skill. Bakat dan minat tu ,takde masalah. Masalahnya , aku dah lama tak buat menda gini ha ! Dulu masa kerja sebagai multimedia programmer , aku layan la editing video ni tapi sejak buat kerja mudah cam blogger ni , aku serius.. malas !

Best sebenarnya.. cuma idea dan kelancaran bila berkata kata tu penting ! Aku lak , gagap kekadang.. hahahaha.. Tu pasal dalam entri aku , ada banyak titik titik tu , tanda tergagap la ! Hahahaha !

Berhenti jadi blogger ? Hurm.. bergantung pada adik Zahra nanti. Apakah aku mampu jaga 3 orang anak sekali gus ! Atau 3 orang anak itu yang akan jaga aku ?? Kita tunggu je bulan 9 nanti.. InshaAllah.. Baby boy tuuu… heeee…

Kenapa Butik SuriScha patut jadi pilihan wife aku ?

 

Bang.. nak beli baju raya laa.. tapi nak gi beli kat Jalan Tar ! Sana murah dan banyak pilihan ! “.

Dialog setiap tahun ! Tapi bila nak gi sana, aku jadi malas sangat !! Sangat malas ! Arghhhh.. Serius , aku malas ! Kenapa aku malas ? Sebab ramainya insan insan di sana ! Dan paling menakutkan , kalau kena seluk saku atau paling tidak pon , tangan lenguh dukung anak ! Nak tinggalkan diorang , kesian.. huhu..

Tapi tahun ni. segalanya berubah sama sekali. Tak payah nak pening pening dah ! Ada satu tempat di Bandar Baru Bangi.. situ ada berpuluh butik pakaian muslimah !! Sila pilih jer.. hehehehe..

Bila dah terlalu banyak.. tak tau mana lak yang ok.. mana yang tak ok ? Bagi aku , semua ok ! Tapi paling ok..pastinya yang pernah aku masuk dan melihat sendiri layanan serta pakaian yang dijual di sana. Paling penting bagi aku ialah kualiti serta rekaannya. Wife aku tak suka pakai seksi meksi ni. Ketat ketat , takde dalam kamus hidup dia ! Huhuh..

Destinasi pilihan ? Yer.. aku cadangkan dia SuriScha. Kenapa situ ? Sebab aku ke sana baru baru ni dan dapati , SuriScha ni lain dari yang lain ! Yang pertama.. mereka sanggup layan karenah pelanggan mereka yang cerewet ! Aku cuba jadi secerewet yang mungkin.. tapi tidak la memualkan mereka.. hahahaa..

image

image

Yang kedua.. rekaan dia memang menarik hati ! Aku sendiri pon tak senang duduk tengok jubah atau baju yang tergantung kat sana ! ARghhh.. Aku kena bagi kat wife aku tengok gak ni !

Menariknya , harga dalam RM75 – RM150 ! Giler murah ! Kain lak tu , berkualiti !

image

Yer.. aku pun pilih laaa.. pastu whatsapp ! Wife kata , jgn pilih lagi. Dia nak turun sendiri ke butik tu ! Oh , nooooo ! Kalau dia turun , jawabnya…. jawabnyaaa… Maka sebelum dia turun , aku bagi dia sehelai dulu.. hehehe..

Sila pilih.. aku bagi dia pilihan ! Dan juga aku bertanya pada rakan rakan di Facebook.. mana satu pilihan mereka..

image

Dan ada banyak pilihan lagi sebenarnya..

image

image

image

image

image

Cantik cantik , kan ? Diorang ni pon rambang bijik mata ! Tak tau nak pilih mana satu nak pakai untuk bergambar ! Nasib baik aku punya size takde ! Kalau ada.. mau gak aku try ! Huhhh…

Yang ketiga.. Keselesaan ! Butik ni luas dan tak semak mata memandang ! Tak perlu nak berhimpit dan berebut rebut.. Tenang jer gituuu.. Kalau bawak anak  pon , takde nak pening kepala tengok diorang berlari sana sini.. Huhuhu..

image

Yang keempat.. Mesra alam ! Terima kasih dan senyuman senantiasa di bibir ! Ni penting ni.. kasi sejuk hati pelanggan… Haaaa.. Dan aku pun sejuk laa.. Selepas dicadangkan oleh owner dan wife pon berkenan.. maka…

Bawak balik laaa sepasang jubah untuk isteri !

image

Ok.. berkenan gak ? Design baru ? Design raya ? Harga ? Camana nak tengok design lain ? Di mana butik ni ? Ada facebook tak ? Instagram ? Huhuhuh..

Sebelum tuuu.. Ada sedikit pesanan dari pemilik SuriScha..

SuriScha akan mengadakan Jualan Koleksi Hari Raya sempena pembukaan Wisma  SuriScha pada 26 Mei  2016 di Kota Fesyen MiTC Air Keroh , Melaka. Anda semua dijemput hadir !

Alamat :

HQ SURISCHA ,

3-41-3 ( Level 2 )

Pusat Bandar Medan  8 , Bangi Sentral ,

Seksyen 9 , 43650 Bangi , Selangor

No Hotline : + 6017 984 0807

No Pejabat : + 603 8922 0267

Facebook : Surischa Malaysia

Instagram : Surischa

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI