Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 23 Mei 2016

Melampau ! Aku asyik terkena !

 

“ Qhaliff.. makan nasi ayam ni.. “

Dia wat dek.. Geleng kepala kemudian setelah dipaksa berkali kali..

“ Qhaliff makan nasi , daddy beli toys .. Ok ? “

“ Ok…. sedapppp ! “.

Arghhhhh..

Tunaikan janji !

image

Itu semalam.. Asal membeli jer ! Tak kira la permainan apa pon , asal dia dapat bawak balik sesuatu..  Dan hari ni , aku ajak dia tengok movie , Angry Birds di Alamanda.. Dia suka giler ! Aku pun tak sangka sebenarnya..

Maka.. aku bawak dia g meeting terlebih dahulu.. Dia ok jer.. Tak buat hal. 3 jam kat situ.. pastu balik ! Suka giler dia ! Destinasi , Alamanda..

Di Alamanda.. Aku bawak dia masuk ke dalam GSC. Dia tak nak masuk ! Dia cakap dengan nada perlahan.. Aku tak dengar..

“ Qhaliff nak tengok ke tak ni ? Cepat laa.. “

“ Tak nak.. “ Sambil geleng kepala.

“ Dah tu Qhaliff nak apa.. ? “

“ Toysss.. “

Arghhhhhhh.. Terkena lagi aku ! Asal masuk mall , dalam kepala dia toys ! Tak kira la camana punya toys , asalkan dapat bawak balik sesuatu..

Hurmmm…

image

Jangan pinggirkan anak ke dua !

 

image

Abang.. Qhaliff nak mainan tu.. “.

Hurm.. Aku suruh wife gi pilihkan jer. Kalau aku gi , confirm amik mahal punya ! Aku ngan Qhaliff ni , malas berkira sangat. Bagi aku , rezeki sejak dia lahir , memang murah sangat. Sebab tu aku tak nak berkira dengan dia..

Kemudian Zahra yang dalam troli , meronta nak turun ! Dia nak gak ikut mak dia .. Aku turunkan dia dan perhatikan jer.. Beria Zahra memilih.. tapi…

Hurm.. Wife kembali dengan Zahra menangis dan Qhaliff keriangan ! Dan aku bertanya pada wife..

Zahra punya mana ? Beli kat Qhaliff jer ? Jangan gitu. Beli sekali untuk dia . Terasa abang kalau buat gini.. “.

Yer.. aku anak kedua ! Aku dah rasa perasaan Zahra walaupun dia tak reti nak luahkan ! Zahra cuma dapat ‘saki baki ‘ abang dia jer ! Ini tak adil bagi aku..

Membazir ? Tak per la.. Aku nak adil.. Kalau si abang dapat , adik pon nak kena ada gak ! Tak semestinya sama pon.. Diorang ni , asal dapat jer .. dah memadai !

image

Aku dapat rasakan yang Zahra ni memiliki ciri ciri aku. Maka aku perlu jaga dia dengan betul betul sebab dia ni aku rasa.. jenis simpan dalam punya ! Bahaya wooo ! Kalau lelaki , ok lagi.. Ni perempuan. Sekali memberontak.. haaa !

Sememangnya dia manja dengan aku. Bila dia perasan abang dia lebih skit dengan aku , dia akan cepat cepat tarik perhatian aku untuk aku tumpukan pada dia.. Hurmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI