Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 24 Mei 2016

Bila ada anak..

 

Aku tertarik dengan kenyataan Tuan Hisham Sharif yang viral hari ini..

image

Qhaliff dan Zahra dalam fasa kanak kanak yang tak tau apa apa tetapi Qhaliff mula matang dan banyak mengajar adiknya walaupun sering bergaduh.. Tapi si abang , tetap sayangkan adiknya ! Tak kasi aku marah adiknya tu..

Macam dalam entri aku sebelum ni , Qhaliff setiap kali keluar gi shopping mall , pasti akan dapat satu mainan. Wife sebolehnya tak nak kasi tetapi berbeza dengan aku. Aku kasi jer.. Tapi ada batas la.. Amik yang mampu beli je.. Jangan sampai bapak dia jual handphone untuk beli mainan lak ! Hehehehe..

Aku bukanlah manjakan dia. Tapi aku dalam usaha nak kasi dia punya daya imaginasi sendiri. Bermain dengan permainan dia dari dia habiskan masa dengan bermain tablet atau handphone !

Kekadang , dua dua budak comel ni memang bisa mengundang amarah aku terutama bila mereka buat kesilapan ! Alhamdulillah ,aku sering ingatkan diri aku akan kepayahan kami mendapatkan anak pertama  setelah bertahun berusaha. Bila dah dapat , takkan nak main pukul pukul gitu je kan ? Kalau Allah amik semula , camana ?? Haaaa..

image

Tak lama lagi , akan dapat seorang lagi anak.. menjadikan 3 orang keseluruhannya ! Aku perlu lebih sabar dan tabah dalam membesarkan mereka.. Terus terang . tak mudah ! Aku memang respek la mana mana ibu yg berjaya membesarkan anak mereka dengan penuh kasih sayang dan kemanjaan tetapi anak mereka , dengar cakap dan menjadi insan berguna !

InshaAllah.. aku akan terus tabah dalam membesarkan anak anak.. dan juga isteri.. heee.. sorang je isteri ada !

Jangan mudah terpedaya !

 

Nak salahkan sapa bila kita dah diberi amaran , jangan percayakan sangat media sosial ini terutama bila melibatkan diri sendiri dan juga duit..

Bila ada orang pm aku di Facebook dan bagitau ada makhluk asing gunakan gambar aku sebagai gambar profile dia dan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang undang , maka aku hanya mampu nasihatkan supaya berhati hati jer . Apa lagi nak aku katakan ? Sepatutnya dia kena lebih berwaspada ! Jangan mudah percaya terutama pada gambar melainkan kita sendiri pernah jumpa depan depan ! Tu pun kena hati hati bila melibatkan duit !

image 

image

Hurm.. Apa pun niat orang yang gunakan gambar aku ni , semoga dia diberi hidayah..

Terlalu banyak fitnah kebelakangan ini.. Kes Fatin Clever Girl tu pon sama gak.. Orang guna gambar dia.. Dan bestnya , ada jugak insan yang percaya dan sibuk viralkan gambar dia ! Agak agak la skit.. guna akal fikiran tu bila nak melakukan sesuatu yang mampu mengaibkan orang lain..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI