Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 25 Mei 2016

De’Xandra : Hadiahkan pada mereka yang teristimewa !

 

Ah , sudahhh.. Dah nak abis dah perfume aku ! Nak beli , beratus kott ! Dah la nak masuk Ramadan pastu Syawal. Aku nak berjimat cermat dah ni ! Kalau nak beli perfume , makan ratus gak ni ! Hurmm.. Yang murah , bau dia tak sedap !

Yer.. tu sangkaan aku la ! Aku dah terbiasa beli yang tak sedap bauanya. Aku berangapan , sebab harga murah walhal… bak kata seorang kawan , ada je yang sedap bauannya ! Cuma aku je tak tau !

Nak dijujurkan cerita.. baru baru ni, aku ditegur oleh seorang rakan di Instagram. Dia meminta aku review satu produk dan aku suruh dia whatsapp aku. Senang nak bercerita..

Dan… dia pon pos la kat aku produk tu.. Dia dah bagitau mengenai produk tu. Aku pun dah sedia maklum akan ‘kehangatan’ produk ni di media sosial tapi belum berjaya membuka pintu hati aku untuk membelinya..

Esoknya , sampai laaa itu perfume ! Wahh ! Teruja jap aku dibuatnya. Tak sabar nak bau perfume yang aku dapat tu. Apakah baunya seperti yang ‘dikecohkan’ ???

Aku dapat dalam kotak. Menurut agen yang menjual perfume tersebut , mereka yang membeli menerusinya , pakej lelaki perempuan akan dapat macam tu !

Aku bukak dan..

De’ XANDRA INSPIRED PERFUMES

image imageimage

image

image

image

Aku pun test sembur kat pergelangan tangan.. Hurmm. Wangi ke ? Yer , memang wangi ! Tahan lama ? Aku test sembur kat baju aku dan gi ke gym.. Workout selama 2 jam pastu g makan laksa  sarang 2 jam lagi.. Dan baunya masih ada !

Ini bermakna , aku tak perlu lagi la nak beli perfume mahal mahal kat shopping mall tu sebab De’ Xandra ni. Dikatakan mampu tahan 8 jam lamanya jika guna De’Xandra Inspired Perfumes ni.

Ada berapa bauan ??? Ada lebih 40 jenis bauan mengikut bauan perfume yang tekenal di dunia ! Klik gambar dan besarkan yer ! Hehehe.. Download atau save je gambar ni !

image

image

DE'XANDRA INSPIRED PERFUMES WANGIAN EDP YANG TAHAN LAMA MELEBIHI 8 JAM! WANGIANNYA SETANDING PERFUMES ORIGINAL.

Menurut Macik Enn ( agen De’ Xandra ),

“ De'Xandra diinspirasikan dari jenama wangian antarabangsa dan ianya membantu anda mendapatkan wangian jenama yang terkenal & terlaris di pasaran dengan harga mampu milik!

"Wangian Terbaik No 1 Malaysia"

KEISTIMEWAAN DE'XANDRA INSPIRED PERFUMES

  1. Tahan lebih lama dengan harga rendah - Ciri utama yang dimahukan oleh ramai penggemar perfumes ialah ketahanannya. De'Xandra tahan lama melebihi 8 jam dengan harga yang rendah.
  2. Boleh dibawa solat - Walaupun sudah berkali-kali ustaz, ustazah dan pihak Jakim mengesahkan alko-hol boleh dibawa solat tetapi masih ramai lagi yang bertanya. Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk mengesahkan alkohol De'Xandra terbaik dari ekstrak tumbuhan. Alko-hol De'Xandra ialah dari ekstrak tebu dan ianya boleh dibawa solat.
  3. Boleh bawa travel - Ramai juga yang suka membeli perfumes yang boleh dibawa hand luggage dalam penerbangan, ringan serta mudah dibawa. Dengan kandungan 35ml, De'Xandra membantu ramai orang untuk membawa De'Xandra terbang bersama.

CIRI-CIRI LAIN YANG ADA PADA DE'XANDRA

1) 35ml, EDP perfumes

2) Mudah dibawa travel

3) Produk bumiputera

4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam

5) Setanding produk antarabangsa

6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling dicari penggemar perfumes

7) Menepati citarasa & permintaan rakyat Malaysia

Bagi anda yang ingin lihat keberkesanan De'Xandra, anda boleh rujuk link laman web De’Xandra di bawah. Memang banyak sangat testimoni De'Xandra!

Web : www.dexandrareview.com

atau ke :

Instagram : www.instagram.com/aiennadia.galleries

FB pages : ww.facebook.com/rahsiaharummewangi (MinyakWangi4u)

OnlineShop : www.aiennadiagalleries.shoppy.my

WhatsApp : +6018 240 8564 “

 

Harga ? Heheehe.. Murahhhh sungguh la bagi aku ! Biasa beli perfume mesti lebih dari RM100 ! Tapi yang ini , di bawah harga bajet aku sama sekali !

Harga De’Xandra :

1  Botol – RM65

2 Botol – RM120

* Harga tak termasuk pos yer !

Kan ? Haaaa..  Apa lagi ? Beli untuk diri sendiri atau hadiahkan pada kengkawan yang anda sayang mahupun teristimewa.. Kot la terlupa hadiah harijadi.. belikan je perfume De’Xandra ni.. abis cerita ! Mesti suka punyaaa !

Bila si isteri mengandung memandu kereta !

 

Hari ni wife memandu g kerja. Biasanya aku hantar.. tapi untuk hari ni , aku sangat sangat tak larat dah nak memandu ke sana sini. Apatah lagi malam ni , aku ada kerja lak ! Kalau aku memandu dari awal pagi , pastinya malam karang akan bermasalah buat aku ! Mengantuk !!

Wife pon tak larat nak bersiap awal pagi ! Dia kata biar je dia memandu. Tak jauh mana pon Putrajaya dari rumah aku tu.. Kalau jalan clear , dalam 15 minit je dah sampai.

Bila si isteri memandu , dia yang mengandung dah nak masuk 6 bulan pastinya sukar nak memakai seat belt ! Agak rimas katanya. Tapi aku tertanya , apakah selamat baby yang sedang dikandungnya ? Setiap kali mengandung , aku akan tertanya gitu.. Aku rasa , ramai je lelaki tertanya tanya.. kan ?

Menurut BabyCenter , memakai seat beat tidak akan mencederakan bayi dalam kandungan  tetapi perlulah memakai dengan cara yang selamat. Bukan pakai ketat ketat tuuuuu.. Haa !

image

Gambar Hiasan dari BabyCenter.Com

Perhatikan cara pemakaian dia. Jangan pakai lilit perut tu. Kalau berlaku kemalangan , hurmm.. bahaya wooo !  Banyak la gak tips dia kasi tu.. Boleh rujuk kat BabyCenter. Sila utamakan keselamatan yer.. Jangan malas malas !

Siapakah yang menganas sebenarnya ?

 

Hurm.. kerap terjadi !  Malah aku pernah menjadi mangsa si abang ! Tapi kali ini.. siapa mangsa sebenarnya ???

image

Hurmmm…. 5 minit kemudian..

image

Qhaliff berjaya menguasai kedudukan ! Ini bermakna sebenarnya Qhaliff yang masuk ke wilayah Zahra atau Zahra yang masuk tetapi terpaksa berundur demi perpaduan tilam dan katil !

Huhhhh  ! Yang pastinya , daddy kena tidur kat tilam lain selepas peperangan meletus.. Hurmm..

Sedap ke Laksa Sarang D’Laila ?

 

“ Ben.. jommm MMA ! Kak Laila buat Laksa Sarang ! “

Aku pun ‘ok ‘ jer la.. Tapi dalam kepala , tak proses apa apa pun ! Menda Laksa Sarang pon aku tak tau.. Hahaha.. Yang aku tau , Laksa je ! Tak kira la apa pun laksanya , janji aku perlu pergi dengan perut kosong ! Hehehe..

Lepas gym.. aku terus ke MMA Santai Corner yang terletak di Bandar Baru Nilai. Tak singgah mana mana gerai.. terus ke D’Laila.. Kepala masih proses ..

“ Nak makan apa eh ?? “

Sampai je meja kengkawan.. aku tengok si Rozita makan Laksa Sarang manakala Saidila makan bubur.. Rasanya la kot.. macam bubur !

Terus aku terliur tengok laksa ! Nak jugakkkk ! Terus aku order ngan Kak Laila. Nasib baik orang tak ramai waktu aku gi tu.. Heheheh.. Tak perlu tunggu lama untuk dapat tempahan aku tu..

image

image

Makan.. kuah dia , terasa macam mak aku punya. Hurmm.. Laksa jenis halus.. Menepati selera tekak !

“ Kak.. nak satu lagi ! “.

Tolak tepi segan ! Hahahaha.. Dah sedap , jangan ditahan tahan wooo ! Tambahan pulak memang terasa pedas bila terkena cili dia.. Haa.. menambahkan lagi keenakkan Laksa Sarang D’Laila ni..

Settle makan.. Tapau untuk wife ! Hahahaha.. Alhamdulillah.. Dah tau dah mana nak cari laksa andai teringin ! Oh ya.. jangan keliru dengan laksa penang atau asam laksa yer.. Ni Laksa Sarang.. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI