Khamis, 26 Mei 2016

D’Kayangan Buffet Ramadan untuk kaki steamboat !

                                                                           
Ramadan hampir menjelma. Pasti ramai tercari cari di mana restoran menarik untuk berbuka puasa bersama sama rakan-rakan mahupun keluarga yang tercinta , santai !
Malam tadi , aku berpeluang ke D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat yang terletak di Shah Alam bersama-sama rakan blogger #KBBA9 . Waze jer ! Mesti jumpa punya.. Tak susah nak ke sini pon !
Parking , mudah dan percuma.. Hehehe..
image
Ini kali ke tiga aku ke sini. Kali pertama di Maeps dan kemudian mereka berpindah ke Shah Alam. 
Apa yang menariknya ? Yang pertama ialah harganya. Harganya yang bagi aku , mampu bayar tapi puas makan ! Puas makan di sini bererti , ada pelbagai jenis pilihan makanan steamboat dan juga panggang termasuk juga masakan goreng seperti keow teow goreng , mee goreng dan juga bihun goreng ! Semua ada wooo !
image
Disebabkan ada pelbagai pilihanlah aku sanggup ke sini dari Sepang ! Satu lagi sebab steamboat dia yang menepati tekak aku.. Tekak aku yer ! Tekak orang lain aku tak tau la.. Hehehehe.. Tapi berdasarkan kajian aku melalui perut memasing di sana , mereka enjoy sungguh makan malam tu !
Tak caya ?? Tengok gambar di bawah ni sekejap.. Kan ? Haaa ! Penuh meja dengan pilihan yang menepati tekak mereka.. Senyum riang gituuuuu.. Hehehhe..
image
image
Apa juadah yang bakal disajikan nanti ? Harga lak berapa ? Haaa.. Rileks rileks.. Meh aku story skit..  Harganya cuma RM49.90+ untuk orang dewasa manakala kanak-kanak cuma RM24.00+  ( 5 hingga 11 tahun ) . Ok la kan ?
Juadah ? Selain dari menu steamboat grill yang sedia ada , D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat menyajikan makanan berkonsep 3 dalam 1 iaitu Grill + Steamboat+ BBQ secara buffet. Antara yang istimewa ialah Kambing Panggang , Nasi Briyani Gam , Ayam Kampng Goreng Berempah , Gulai Kawah Daging Cincang , Gulai Kawah  Ayam , Sup Tulang dan Ikan Patin Masak Tempoyak.
image 
image
image
Manakala menu skewer dan BBQ Istimewa ialah Ayam Skewer Berempah , Ayam Skewer  Kunyit , Ayam Skewer  Cilantro , Daging Skewer Berempah, Ikan Dory  Skewer Berempah , Sotong Skewer Berempah , Udang Skewer Hitam Cilantro Pepper , Kambing Skewer  Hitam Manis , Otak Otak dan Pari Assam Nyonya.
Steamboat.. korang boleh pilih sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk nikmati bersam sama aneka makanan laut yang segar segar. Antara makanan laut yang disediakan ialah udang , ketam , kepah , kupang , isi ikan , bamboo lala dan banyak lagi. Pelbagai bebola , sayuran , aneka mee  dan pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef Shahnizam seperti Sos Cili Pedas , Sos Cili Thai , Sos Bawang Putih , Sos Lada Hitam , Sos Yong Tau Foo dan banyak lagi !
image
image
image
image
image
Pencuci mulut lak.. ada Bread & Butter Pudding with Vanilla Sauce , aneka kek , krim puff mini , ‘ round cake cut ‘ , aneka kek , krim puff mini , round cake cut , brownies coklat , agar-agar  dan juga aneka buah buahan. Aiskrim , AbC serta minuman panas dan sejuk pun adaaa !
image
image
Amacam ? Best ? Kalau terliur , sila booking cepat sebelum penuh ! Biasanya cepat penuh wooo ! Full house gituu.. Kena booking awal awal ..
Jika berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut , sila ke :-
Instagram : @dkayangansteamboat
Alamat : No 1 , Apartment Servis Sri Acapella , Jalan Lompat Tinggi 13/33 , Seksyen 13 , Shah Alam.
No Telefon : 012 2971091 / 017 507 6274 / 03 55234979
Diulangi , sila booking cepat cepat ! Dan selamat menjamu selera .. Ops , dan selamat berpuasa !

Si Manja Daddy..

 

Maka betullah kata orang dulu dulu.. Anak perempuan , rapat dengan ayahnya ! Anak lelaki bukan tak rapat tapi dia cemburu. Sebab tu si mak lebihkan anak laki lak..

Sememangnya aku terasa akan cabaran membesarkan anak perempuan ni. Walaupun baru berusia 2 tahun , dah rasa cabarannya ! Huhuhhu..

image

Asal sampai shopping mall , dia dulu sua tangan. Meminta didukung  Taknak ibu dia dukung.. Daddy dukung best ! Hahaha… Anak lelaki , bawak diri sendiri… masuk kedai mainan.. tu rempat mainan mahal mahal ! Aku layankan jer..

Tapi aku tertanya.. apakah perasaan si isteri bila si suami lebihkan anak anak dia.. Si wife , dah kurang rasa kasih sayangkah ?? Tu belum part tak dapat tidur samma  tuuu.. maklumlah , pakat berebut tidur atas katil.. Hurmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI