Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 27 Mei 2016

Ni semua salah Transformers !

 

Aku ada sehari tinggal puasa tahun lepas sebab musafir ke Kelantan di penghujung Ramadan lepas. . Disebabkan bisikan setan , aku melengahkan hutang puasa  hingga hampir Ramadan tahun ni. Kononnya nak train sebelum masuknya Ramadan walhal boleh je puasa sunat setiap minggu !

Aku pun bagitau la niat aku tu kat wife. Dan jam 5 pagi tadi , wife kejutkan aku untuk bersahur. Wahhh.. fefeeling Ramadan sudah ! Makan nasi putih dengan telur kicap. Permintaan aku.. Hehehehe..

Selepas bersahur , aku siapkan entri tertunggak aku. Aku buat entri Transformers.. Bila aku baca , tergerak hati lak nak bawak Qhaliff ke sini. Minggu depan mesti ramai orang ni !!

Best ni kalau bawak Qhaliff ! Mesti dia teruja tengok BumbleBee nanti ! “ . Bisik hati kecik aku.

Seperti yang dirancang.. jam 9 lebih , aku bertolak ke One Utama bersama Qhaliff dan sepupunya. Kat sana , dengan aku aku sekali rambang mata ! Semua aku nak amik bawak balik ! Hahahaha.. Best pulak tengok robot robot kat situ..

image

image

Dan aku membelanjakan hampir RM400 dalam masa setengah jam. Main amik jer ! Beli bantal dan baju.. Dapat la satu robot. Puashati la diorang.. Aku gak tak beli apa apa ! Huhuhuh….

Pastu bergambar lak ! Aku penat dah… Adehh.. Nak kejar solat Jumaat lagi.. Settle semua  termasuk bergambar.. Qhaliff bagitau dia lapar ! Nak nasi dan Milo Ais.. Huhuuh.. Jom makannn !

Order KFC.. Set dinner . 3 ketul ayam , ais krim dan apa tah… yang ada chesse tu haa.. Letak atas meja.. Semua g basuh tangan.. Memula aku suruh Qhaliff makan.. Dia amik french fries jer.. Aku pon makan skali laa.. Sedap ! Tengah lapar dan penat la katakan..

Tiba tiba aku teringat..

“ Alamakkk… aku kan puasa !! “ .

Masa sedar tu , ayam dah nak masuk ketulan ke dua serta air milo secawan dah abis !

Acaner tuuuu … Gelak besar je la aku ! Dan masa makin suntuk ! Menyesal melewatkan ganti puasa tuuu.. Haishh..

Jom sertai Projek Wakaf Telekung Siti Aishah 2016


Semalam di Hotel Royale Bintang , Projek Wakaf Telekung Siti Aishah telah dilancarkan. Majlis disempurnakan oleh YAM Permaisuri Datuk Ammar Hajjah Siti Aishah binti Dato Seri Abdul Rahman, mantan Raja Permaisuri Agong yang juga turut berkenan menjadi penaungnya
imageimage
Telekung yang dihasilkan oleh dalam satu program yang digelar Azam Kerja kumpulan wanita yang dikategorikan sebagai miskin tegar dibekalkan dengan mesin, peralatan dan bahan mentah untuk menghasilkan produk seperti aksesori wanita dan produk jahitan yang mana dapat membantu mereka meningkatkan pendapatan.
Bagi mengembangkan usaha mereka serta mengembangkan program ini ke tahap lebih baik agar pendapatan ekonomi keluarga meningkat, mereka kini dilatih untuk bersedia menerima tempahan lebih banyak pada masa akan datang. Sekali gus projek ini mengurangkan sikap bergantung kepada bantuan kerajaan.
Kemudian  mengambil inisiatif melahirkan idea untuk mengadakan projek Wakaf Telekung ini dan menamakannya dengan jenama Siti Aishah setelah mendapat perkenan YAM Permaisuri Datuk Ammar Hajjah Siti Aishah binti Dato Seri Abdul Rahman, mantan Raja Permaisuri Agong yang juga turut berkenan menjadi penaungnya.
Program yang dibuat oleh D’or Rue ini mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak, agensi kerajaan, swasta, persatuan, pertubuhan, korposat dan orang perseorangan yang mahu menanam saham akhirat melalui projek ini.
Mereka percaya ramai di kalangan kita yang mahu menyumbang demi kelangsungan ekonomi golongan yang memerlukan. Kami menyediakan jalan kerana setiap sen yang disumbangkan sangat besar ertinya. “Pakej Wakaf Telekung Siti Aishah ini akan dihantar ke rumah anak-anak yatim, sekolah tahfiz, rumah orang tua-tua, masjid, surau, hentian rehat dan rawat (R&R), stesyen minyak di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Lokasi untuk menempatkan telekung-telekung yang telah disumbangkan itu juga bergantung kepada permintaan orang yang telah memberikan wakaf dalam bentuk wang.
Harrga wakaf telekung tersebut pada kadar RM35.00 sehelai untuk dewasa dan RM30.00 sehelai bagi kanak-kanak. Untuk menyertai wakaf telekung tersebut , sila hubungi 03- 61841662/667 (waktu pejabat) atau 019-6821965 (Mohd Zaharuddin), 013-3358570 (Wan Farah) 013-2250751 (Norlida) dan 013-3061175 (Rozita).
Sesiapa yang berminat juga boleh datang sendiri ke alamat, D’or Rue Sdn Bhd, 23, Kompleks Kilang SME Bank, Jalan SBC6, Taman Sri Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor.
Wakaf boleh dibuat melalui tunai, bayaran cek dan online di nombor akaun Maybank 562151000859. Sila emaill slip bayaran pengesahan ke dorrue@gmail.com. Simpan resit untuk tujuan pengecualian cukai pendapatan.
Maklumat lanjut, hubungi Huda Hana Media Communications di talian Rahana MD (012 2813848) atau Nurhuda Khalid (012 3031005 ).

Jangan lepaskan TRANSFORMERS di One Utama !

 

Cuti sekolah minggu depan , kan ? Tak tau nak bercuti ke mana atau korang adalah peminat Transformers , cam aku ni ? Heheheeh.. Apa kata kita serbu ke One Utama sebab bermula 25hb Mei hingga 5hb Jun 2016 , TRANSFOMERS akan berada di sana dan pelbagai aktiviti akan diadakan !

HA95371_TF_AtriumEvent_1205

Selain dari dapat tengok live di depan mata ( confirm bapak budak budak yang lebih teruja berbanding anak ! ) , korang berpeluang membeli barangan ekslusif dan terhad dan anak anak boleh sertai aktiviti yang disediakan di sana nanti.

image

Dengan pembelian minimun RM120 ( dalam dua resit ) , anak korang yang berusia 8-12 tahun boleh join pertandingan Fastest Fingers Challenge yang mana jika berjaya , anak korang akan dapat Generations Combiner Leader yang bernilai RM249.90.

Jika anda ahli One Card dan sampai ke sana awal , anak korang boleh join aktiviti tanpa sebarang pembelian ! Haaa.. ruginyaa sapa tak jadi ahli.. aku la tuu ! Huhhh..

Untuk keterangan lebih lanjut , sila ke Hasbro Transformers’ Facebook page.

Aku tergugat.. Hari ni gak nak gi ngan Qhaliff !

Duduk di Seremban 2 , kerja di KL !

 

Fuh.. layan iklan kat radio. Beli rumah kat Seremban 2 , pastu ulang alik KL.hari hari ! Adehhh ! Seremban 2 tu kot ! Bukan dekat wooo ! Aku yang tinggal kat Sepang dan ulang alik ke Cheras setiap hari pon terasa biratnya ! Ni kan pulak Seremban ??? Naik komuter ? Hehehe.. Kalau komuter tu cam kat Jepun atau Korea , ok la gakkk ! Dah la penuh dengan pelancong asing dalam komuter tu ! Fuhhh..

Aku.. duduk Sepang.. Setiap bulan servis kereta ! Sekali servis , mesti lebih RM500 ! Termasuk GST ! Hurmmm… Sampai sekarang aku tak nampak ke mana GST tu pergi !

Kalau tak silap aku , hujung bulan ari tu aku baru servis kereta.. Jap check..

image

Hurmm…

image

Yupp… Baru nak masuk 4 tahun kereta aku ni. Dah lebih 150 ribu km ! Jatuh dah value dia.. huhuuhu.. Dan rasanya , balik dari Penang ni , aku kena servis lagi kereta !

image

Arghhh ! Penat.. tapi bila memikirkan keselamatan keluarga.. servis je la.. Enjin kena jaga.. Hari hari guna wooo !

Tu la.. aku terfikir.. Camana la orang yang tinggal kat Seremban atau lebih jauh dari aku tu , kerja di KL dan travel hari hari ! Memang respek laa.. Kalau aku.. kalau aku.. Huhuhu.. Kalau bujang , leh la gagah naik pengangkutan awam.. Ni dah kawin ! Haaa..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI