Selasa, 31 Mei 2016

Sedekah pada keluarga..

 

Selain dari bagi belanja bulanan , bila ada rezeki lebih.. belajar belajarlah belanja keluarga terutama mak ayah atau adik beradik yang masih belajar atau kurang kemampuan. Sesekali , bawak mereka berjalan jalan..

Itu yang aku belajar dari pengalaman kehidupan. Bukannya mereka tak mampu nak pergi sendiri tapi bila ada antara kita sudi sponsor pastinya mereka akan lebih teruja. Tak sangka ada yang sudi nak belanja , kan ? Sampai mati akan kenang..

Dan yang penting , anak anak dapat berkumpul dan bergembira.. Tak kisahlah bab lokasi tapi sesekali kalau dapat gi tempat yang ‘di luar kemampuan’ pastinya akan lebih WOW !

image

image

Yer.. empat budak yg pernah aku cerita dalam blog aku. Dari mereka kecil hingga dah ada bersekolah pon.. Mereka yg follow blog aku bertahun lamanya mesti kenal mereka ni.. hahaha ..

Alhammdulillah.. Aku rasa seronok bila dapat sponsor mereka bercuti walaupun sekejap.. Kalau ada rezeki , nak bawak g Sabah lak.. InshaAllah.. Atau Korea ? Woww !

Ibarat pistol di dahi !

 

Mengantuk  ! Mata keletihan seharian akibat memandang terik panas mentari dan juga penat melayani kesesakkan lalulintas ! Jammed teruk laluan PLUS kelmarin ! Pergi dan balik tersangkut dalam jammed.. Hurmm..

image

image

Pergi , ok lagi.. Sebab siang.. Balik tu , malam ! Aduhhh… terseksanya ! Mata aku jenis rabun silau ! Kalau ada kereta bagi lampu tinggi dari belakang , bias kat mata aku.. boleh blur jap permandangan dunia ! Bahayaa wooo …

Memandu pulang malam tu memang menyiksakan. Dalam kereta , penuh. Aku tak leh nak baringkan kerusi aku ketika berenti rehat di RnR. Nak tidur pon tak boleh sebab anak anak menangis.. Terpaksa teruskan perjalanan..

Mata mengantuk… tapi terpaksa memandu juga. Ibarat penjenayah letak pistol di  dahi aku !

“ Jalan  cepattt atau aku tembak! “ .

Teruskan hingga sampai rumah. Bila sampai je , terasa indahnya dunia ! Tak nak dah berjalan ke mana mana dah ! Terus cari tilam dan..

Paginya..

“ Kita nak g mana ari ni ?? “.

Hurm.. tak serik serik !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI