Rabu, 1 Jun 2016

ABSOLUTE 25 untuk membersihkan usus seterusnya mencantikan kulit anda !

 

Fuh , panjang tajuk ! Kalau pendek , korang tak baca lak ! Haaa.. Bukan apa… apa yang aku nak cerita kat korang ni , berbaloi jika korang impikan kulit yang cantik ! Tak kira la lelaki atau perempuan ! Dua dua leh baca…

ABSOLUTE 25 , seperti yang aku dan rakan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari war-warkan di media sosial semalam yang mana akan ‘lahirnya’ sebuah produk yang diimpikan oleh mereka yang ingin kelihaan cantik menawan serta kacak bergaya ! Haaaaa ! Cam aku laa.. Heeee..

Maka nak dijadikan cerita.. hari ini aku ke soft launching produk ABSOLUTE 25 di The Majestic Hotel Kuala Lumpur. ABSOLUTE 25 dikeluarkan oleh NutriRiche Health and Beauty , yer kawan kawan..

image

image

image

APA ITU ABSOLUTE 25 ?

Idea bermula apabila salah seorang pengasas produk ABSOLUTE 25 ini  mengalami masalah penghadaman yang teruk sehingga menyebabkan bellau sering mengalami sakit kepala yang kerap serta perlu bergantung kepada ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital. Pelbagai jenis produk dah dicuba namun tidak padanya. Hasil daripada kajian yang dilakukan oleh pasukan penyelidik formulasi yang terdiri daripada pakar formulasi , pakar dietitian dan pakar nutrisi untuk mengenal pasti punca penyakit dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh dirinya.

Sebelum memasuki pasaran , ABSOLUTE 25 telah dicuba sendiri oleh pengasas produk dan beberapa orang prospek yang mempunyai masalah yang sama dan berlainan. Selepas ianya benar benar memberi impak positif serta masalah yang dihadapi berjaya diselesaikan barulah keputusan untuk ABSOLUTE 25 dihasilkan dengan skala yang lebih besar dipersetujui.

image

ABSOLUTE 25 mempunyai kelulusan pengkelasan makanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia  , HALAL dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta melepasi Ujian Kualiti Makanan yang ketat di Melaka Biotechechnology Corporation yang diiktiraf oleh ISO17025.

BAHAN YANG DIGUNAKAN ?

image

L-cysteine adalah bahan utama yang digunakan untuk bertindak sebagai agen pembersih usus yang selamat  dan ianya diperolehi daripada asid amino yang diambil dari buah buahan yang mempunyai khasiat yang tinggi.Pelbagai masalah penyakit pada tubuh badan berpunca dari dari usus yang kotor serta plug lendir serta berkerak yang menyebabkan kebanyakkan nutrisi gagal diserap dan digunakan oleh badan dengan baik.

L-cysteine telah digabungkan dari ekstrak biji apricot , ekstrak epal hijau dan ekstrak manggis yang terbukti secara saintifik oleh penyelidik luar yang boleh membantu membersihkan usus secara sihat dan selamat.

image

Selepas usus dibersihkan barulah ABSOLUTE 25 yang mana terdapat mineral khas di dalamnya bagi membekalkan tenaga kepada usus untuk menyerap segala nutrisi .

Mineral yang dirumus khas  yang terdapat di dalam ABSOLUTE 25 ini , adalah terdirii dari Vit-C , ekstrak buah delima , kranberry , tomato , biji anggur , astaxanthin , lutein , acesulframe-K dan apple stem cell serta premium collagen yang mana bertindak membaiki dan menambah baik tahap kesihatan kulit bagi mereka yang mengamalkan pengambilan ABSOLUTE 25 secara berterusan.

image

CARA MENGGUNAKAN ABSOLUTE 25

Didatangkan dalam bentuk serbuk di dalam sachet. Kandungan setiap sachet ilaha sebanyak 3000mg yang mana disarankan oleh pakar formulasi dan nutrisi ABSOLUTE 25 bagi mendapatkan hasil pembersihan usus secara pantas dan efektif.

Nak guna , mudah jer.. Koyakkan sachet dan terus masuk ke dalam mulut ! Tak perlu bancuh ! Tak perlukan air ! Mudah kan ? Haaa.. Aku dah cuba.. Rasa pun sangat diterima tekak ! Disaran ambil setiap pagi dan malam.  Tapi selepas sejam , sila minum air segelas untuk kelancaran membuang toksin melalui pembuangan air besar.

image image

image

image

ABSOLUTE 25 boleh diambil oleh ibu mengandung , pesakit diabetis , darah tinggi mahupun segala jenis penyakit kerana ABSOLUTE 25 selamat digunakan sebagai makanan tambahan harian.

IPHONE 7 UNTUK ANDA !

Satu pertandingan LIKE , SHARE dan COMMENT akan diadakan pada September 2016 nanti . Seorang pemenang bertuah akan dipilih secara rawak.

image

Sila ikut rapat rapat perkembangan ABSOLUTE 25 di media sosial :

Facebook : Nutririche Malaysia

Instagram : Nutririchemalaysia

Buat masa sekarang , ABSOLUTE 25 sedang dijual dalam harga promosi ! Untuk maklumat lanjut , sila hubungi melalui panggilan terus mahupun whatsapp ke 012.206.7007 / 017.240.0788.

Apa lagi ? Dapatkan dan simpan stok banyak skit supaya kesihatan lebih terjamin serta kecunan senantiasa milik korang !

 

CLEANSE.CLEAR.CANTIK !

Blog vs Facebook !

 

Ada kata blog tak relevan dah ! Sekarang media sosial seperti Facebook dan Instagram dan amik alih ! Huhhhh… Yeke ? Aku buat sedikit kajian .. kajian la sangat ! Hahahaha.. Apakah benar ??

image

Facebook dan instagram akan amik alih dan blog dah seperti suratkhabar jer.. Tapi bagi aku , Facebook tak stabil ! Contohnya , banyak status aku tahun lepas dan juga gambar dah tak da ! Nak carik balik , memang tak jumpa dah melainkan masa post tu , aku letak dalam folder.. tu inshaAllah selamat.. Instagram lak , banyak akaun palsu ! Dua dua ni dah boleh create follower hantu ! Kalau nak buat job berbayar , rasa bersalah sungguh laa pada client ! Berkat weh ! Berkat !

Ada kata , kalau nak santai… blog tak leh dah ! Orang update di Facebook je ! Tapi bagi aku , part nak bersantai.. aku lebih suka luah kat blog ! Sebab blog dah jadi diari ! Facebook ni sekadar kertas contengan jer !

Dan yang penting.. satu hari nanti , akan ada satu lagi platform media sosial akan wujud dan Facebook akan senasib Myspace dan Friendster.. Sekarang ni pon orang dah mula menyampah dengan Facebook.. Manakala Instagram , fungsi  dia terhad.. Tak cam blog ! Lalalalaa..

Tak setuju ? Tak pe.. tunggu dna lihat jer.. Blog ni  dari aku remaja dah ada.. skang dah tua wooo ! Masih ada dan ramai pembaca setiap !

Apakah aku layak membuat pinjaman perumahan ? Camana aku nak tau ?

 

Satu persoalan terutamanya buat mereka yang bergelar ‘orang muda’ .. kan ? Apatah lagi jika bergaji kecik..  Dalam entri aku yang lepas , aku ada bagi beberapa tips untuk membeli rumah. Owh , sila rujuk entri Bagaimana nak miliki rumah pertama anda ( Dengan kerjasama Mega 3 Housing ) ? ini.

Baca dah ? Ok.. persoalannya sekarang.. Apakah korang layak nak buat pinjaman perumahan ? Ada kerja tetap.. Ada gaji tetap.. Tapi rasa cam tak layak je kan ? Maklumlah ,ada yang fikir.. diri sendiri pon tak lepas nak hidup ! Kalau fikir gitu , sampai bila bila la dok rumah orang !

Ok.. jom tonton video ni dan dapatkan maklumat mengenai apa yang aku nak sampai di dalam tu yer !

Amacam ? Paham tak ? Haaa.. kalau dah paham , bagus laaa ! Boleh gi cuba sendiri diri nanti yer !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI