Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 2 Jun 2016

#BawalGlam khas untuk wanita bergaya !

 

Kadang-kadang rasa macam nak pakai je tudung aku ni ! Bukan apa.. terlalu banyak tudung / shawl di luar sana dan semuanya cantik cantik belaka ! Cuma aku pelik … camana perempuan boleh buat pilihan memandangkan terlalu banyak jenama dan harga pon boleh tahan mampu milik !

Dan terbaru , #BawalGlam muncul dengan koleksi agungnya ! Semua cantik cantik belaka ! Fuhhhh.. Dan aku bersyukur aku dilahirkan lelaki namun..aku ada pasangan perempuan..

“ Baang.. nak ! Untuk raya jer.. “.

Hurmmm… Dia ternampak gambar ni sewaktu aku download ke telefon pintar aku. Maklumlah , aku kena buat review bawal ni. Tak pasal pasal nak kena order lak.. Huhuh..

image

 

Cantik kan ? Ok.. meh aku stori mori kat korang jap ! Keunikan #BawalGlam terletak pada hiasan batu Swarovski yang berselarak di atas tudung tersebut. Maka , nampaklah keanggunan si pemakai tuuu.. heheheh… Kemudian dengan warna yang lembut dan menawan , menaikkan lagi seri korang bila korang memakainya. Bayangkan kalau aku pakai , camanana ! Fuhhh.. Nilopah pon inshaAllah tergoda.. Auww.. Ok, aku gurau jer part tu.. Orang laki mana leh pakai tudung !

image

Ok. Untuk pengetahuan korang , dah ada stok ! Nak borong , silakan ! Nak beli sehelai pon , silakan !  Ada 12 warna ekslusif. Kainya mudah dijaga dan paling penting , mudah dibentuk mengikut citarasa si pemakai.

image

Bagi yang nak buat tempahan khas , mereka juga ada membuatnya. Kot la nak nampak lain dari yang lain .. kan kan ? Haaa…

Bagi yang berminat , boleh hubungi melalui aplikasi :

Whatsapp : +60122392923

Instagram : @bawalglam

Facebook : Bawalglam

Sila jangan tunggu dah popular baru nak beli ye ! Kang.. haaa.. kang..haa ! Nyesal kooo.. Beli banyak banyak dan melaram time raya nanti atau gi majlis iftar yg bakal menjelma minggu depan..InshaAllah.

image

#BawalGlamByAinaAzman

Asing Sisa Pepejal : Kita belum bersedia !

 

image

Sumber : Sinar Harian Online

Geleng kepala aku bila ternampak beberapa keping gambar isu asingkan sisa pepejal viral di media sosial. Banyak komen di situ masuk akal sangat !

Antara komen mereka ialah :

  • Nak asingkan sampah takda masalah tapi pihak berkuasa tolong sediakan tong sampah
  • Asingkn bole..tp brg pepejal yg lain ltak luar tong smpah wlupun kt da ikat klo anjing liar dtg selongkar lg mslah..jenuh la nk brsihkn kwsn tong smpah tu adehh..noops jgk depa ni
  • Sediakan tong hijau utk sampah sisa rumah , tong hijau sisa kaca , kertas dan plastik ,, nak kuatkuasa undang tapi taknak sediakan kemudahan ,, SBB recycled boleh make it money

Aku memandang luar rumah aku. Tiap malam , anjing liar memang berkeliaran. Nasib baik ada disediakan tempat letak sampah bertutup di rumah aku ni. Maka , sampah aku ‘terjaga’ la ! Pernah dulu letak ka luar sebab dalam tu dah penuh. Esoknya , terburai abis ! Satu kerja aku lak nak kena kemas !

Dan kalau nak letak tong sampah , depan umah aku ni tak de la luas mana pon.. Letak 4 tong sampah , memang tutup la pintu depan umah aku tu.. Hurmm..

Kemudian.. untuk sampah boleh kitar semula.. itu duit tuu ! Mesti ada orang carik dan kumpul pastu jual ! Rugi la nak biarkan kan ? Haaa… Acaner tu !

Cadangann buat gini , memang bagus tapi kita belum bersedia. Negara kita masih jauh ketinggalan.. Yang seronoknya , semuanya nak denda rakyat ! Tak cukup lagi ke rakyat menderita ?? Nampak je mewah tapi derita ! Terpaksa berlakon untuk menutup penderitaan sebenarnya ..

Kesimpulan.. Asing sisa pepejal , rakyat Malaysia belum bersedia. Suruh memandu guna lampu signal pon masih ramai buta tuli ! Huhhh..

Bila si adik demam..

 

image

Balik dah Penang , Zahra demam.. Kata doktor , demam virus ! Hurm..  harap takde yang serius. Bila Zahra demam , orang yang paling terasa ialah abang dia , Qhaliff.. Qhaliff takda kawan main. Zahra nak berkepit jer.

Dalam kereta semalam..

“ Zahra.. Zahra demam yer.. “. Si abang bertanya dalam gaya dia sendiri. Dan Zahra yang berada dalam car seat memandang dia lalu angguk..

Kemudian abang dia cuba hiburkan hati Zahra dengan main agah agah ! Tersenyum aku. Namun , si adik memandang sayu. Dia tak larat..

Lalu menutup matanya.. sambung tidur. Si abang kecewa. Kawan bermain dia , tak sihat. Dia terasa sunyi.. Hurmm.. Kemudian dengar dia bermain seorang diri di belakang kereta.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI