Jumaat, 3 Jun 2016

Jadual imsak dan berbuka puasa 1437H/2016M dan Bazaar Ramadan sekitar Kuala Lumpur.

 

Pejam pelik,  pejam pelik… Masuk tahun ke 8 aku berpuasa bersama sama rakan di media sosial ni ! Seronok ! Macam macam ada ! Pastinya kali ni , time line lebih meriah lagi sebab makin ramai pengguna media sosial terutama Facebook !

Ok.. Kat bawah ni aku bagi jadual berbuka puasa mengikut negeri..

Kuala Lumpur dan Putrajaya

image

Untuk negeri lain , sila klik mengikut negeri yang korang nak.. hehehe.. Banyak sangat nak letak gambar dalam ni :

Untuk Bazar Ramadan sekitar  KUALA LUMPUR dan SELANGOR saja .. Lain lain tempat , gue enggak tau dong.. Moga jangan membazir yer ! Makan sekadar perlu ajaaaa..

Selamat menunaikan ibadah puasa !

Shopping dengan anak teruna..

 

“ Daddy.. nak gi mana ? “ .

“ Jalan jalan..”

“ Nak ikut.. “

“ Jooommm.. “.

Naik teksi ke sana dari rumah mak aku. Kereta , wife aku guna. Aku pon malas nak memandu. Naik muak memandu terutama bila nak lalu jalan sesak ! Hurmmm..

Rezeki.. Tunggu tak sampai seminit , ada teksi ‘kosong’. Tahan dan bagitau nak ke KLCC. Dia amik.. Alhamdulillah.. Dalam teksi , siaran IKIM. Dok dengar kuliah agama bab Puasa. Rezeki lagi.. Heheheh.. Qhaliff , buat hal sendiri. Aku , pasang telinga.. Huhuhhu..

Sampai destinasi. Tengok meter.. RM13. Aku bagi RM20 kat Qhaliff. Suruh bagi kat pemandu teksi. Dia pon hulur.. Aku ajak Qhaliff turun. Pemandu teksi tu nak pulangkan baki..

“ Tak pe bang.. Sedekah..”. Terus aku berlalu.. Qhaliff tampak riang sungguh !

image

Tujuan aku ke sini ada dua.. Satu nak beli tablet yang ada S Pen .. bermakna aku nak ke Samsung dan ke dua , aku nak ke Sony.. nak tengok lens yang aku perlukan bila ke event.

Memula ke Sony. Aku berdiri lama kat depan kaunter lens.. Takde orang layan pon. Yelah.. aku pakai tracksuit ngan baju tshirt Navy yang biasa aku bawak gi gym pastu sweater Hard Rock aku. Qhaliff lagi santai ! Hahahaha.. Kira nampak selekah laa..

Tunggu punya tunggu.. Hurmm.. Aku memandang lens berharga RM3K++ . Macam best ! Tapi takde orang nak layan.. Datang pelanggan lain , ada pulak orang nak layan.. Hurmm..

Aku melangkah keluar.. Terus ke premis Samsung lak.. Baru langkah masuk , terus ada yang ikut.. Aku pun tanya itu ini begitu begini.. Dia menjawab tanpa prejudis.. Aku pilih apa aku nak … termasuk casing dan template glass.. termasuk SD Card ! Huhuh.. Malas nak g kedai lain dah !

Settle.. Bayar dan mintak dia pasangkan semua.. Tak banyak cerita pon dia.. Malah layan elok jer.. Huhuhuh. Alhamdulillah.. Cepat je kerja dia.

Settle.. gi Parkson lak.. cari mainan dia . Aku hutang ngan dia semalam . Dia berkelakuan baik di tempat aku bekerja.. Maka itu upahnya.. heheee..

image

Dan.. selesai hutang ! Jom balik rumah.. Selamat RM3K dari beli lens tu .. hahahaa.. walaupun aku memerlukannya ! Huhhh…

Nak sangat ikut daddy , kan ??

 

Semalam , buat pertama kalinya Qhaliff terlibat membuat kerja blog dengan aku ! Haaaa.. Aku bawak dia.. G kelas mcm taska tuuu.. kat Mid Valley dan ke food review di Subang..

image

image

Seronok dia ! Keluar rumah jam 1 petang.. dan sampai rumah semula jam 10 malam ! Dalam kereta , dia pengsan ! Hahahahaha.. Penat.. Sampai rumah , muka penat sungguh..

“ Qhaliff penat ke ? “. Mak dia tanya..

Hanya mampu mengangguk.. Mandi , dan tidur ! Aku sneyum jer. Bagus jugak bawak dia hari ni.. Hehehehe.. Baru tau daddy keje camana !

Tapi yang job pertama , aku tak tunjuk lagi kat dia ! Hahahaha .. Aku tak bawak dia.. Kalau bawak dia , hurmm.. Tak sempat nak bergambar laaa jawabnya !

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI